Sunday 30 March 2014

Rawatan Perubatan Islam

Jumaat lepas kitorg suami isteri cuti..salah satu sebabnye nak pergi ke pusat rawatan islam al-hidayah. sampai dlm 9.15am dapat nombor giliran pukul 9.40am. kat kertas tulis masuk 10am tapi nampak mcm lambat je nombor bergerak kitorg singgah bank dulu. sempat transfer duit masuk ASB. time ni la peluang nak gi bank. masa office hour. pastu terus ke Pusatan Rawatan Islam Al-Hidayah. bukak je pintu, terus nombor dipanggil. terasa VIP sangat. haha.... 

Jumpe ustaz. ustaz tanya la sejarah perkahwinan kami, ape rawatan kesuburan yg dah buat. memula ustaz 'scan' hubby. dia kate ade gangguan. pastu 'scan' erin pulak..masa tgh 'scan' tu, ustaz suruh baca 'Lailahaillallah' dalam hati.rasa la mcm kebas2 sikit..pastu ustaz kate erin pon ade gangguan jugak. :( lepas tu ustaz bagi potongan2 ayat al-quran yang kami kena baca iaitu:

1. Surah Al-Mu'minun ayat 105-118. baca 3 kali semasa waktu siang hari. sebaik2nya lepas solat subuh, zohor atau asar

2. Surah Al-Fussilat ayat 25-44. baca 3 kali jugak pada waktu malam. sebaik2nya lepas solat maghrib atau isyak.

kebetulan surah2 kami kena baca sama. maybe ade jugak kes yg husband x sama dgn wife. 
ustaz juga ade bagi air penawar utk diminum. sebelum minum kena baca Al-Fatihah 3 kali diikuti dgn selawat nabi 3 kali.

erin berharap erin dan hubby akan terus istiqamah dlm membaca surah2 yg ustaz bagi ni. lepas 3 minggu, ade rawatan susulan lagi. ustaz nak tengok perkembangan. hihi..dah mcm dokter dah. 

perubatan moden kita cuba, tapi perubatan cara alternatif pon harus diusahakan juga. semoga Allah memberikan kami rezeki zuriat..InsyaAlllah...

Jumlah rawatan: RM50 seorang. (suami isteri dah jadi RM100 la)

Friday 21 March 2014

Ovulation spotting?

Hari tu, on CD13, kat ofis...erin pergi la toilet nak pee pee. tgk kat pantyliner ade mucus kaler coklat. dlm hati dah berdebar2 ni...betul ke darah ni? ehhh..erin x pernah la darah during mid cycle ni. 1-2 hari sebelum kejadian mmg erin ade rasa sakit belah kanan ari2. erin dah dpt agak la waktu ovulation dah makin hampir. tapi bile keluar brownish discharge ni rasa takut plak. tapi amount dia sgt2 la sikit. setitik je. erin takut ade penyakit lain je.. pastu erin cuba wipe dgn tissue. erin nampak ECWM tapi bercampur dgn sedikit darah. sedikit je tau. 

erin mmg pernah dengar pasal ovulation spotting ni but it's never happens to me before. so, erin x pernah terfikir pon akan ade spotting ni. very interesting to hear that every women are different. yang lebih menyakinkan erin itu adela ovulation spotting sebabnye, OPK CD11 (malam) dah +ve. BBT pada CD13 (semasa spotting) pon tinggi. cycle kali ini erin xde buat TVS appointment. syukur Allahdulillah, Allah beri petunjuk dgn ovulation spotting ni..hmmm...kalau la every month keluar ovulation spotting mcm ni kan senang. suatu petanda yg jelas kita ovulate. tapi kalau ovulation spotting bertukar jadi implantation bleeding lagi la best kan? hahahaha... berangan jap.. ;p


Ini ade la BBT chart terkini. CD13 ovulation sedang berlaku.



OPK @ CD11. ni test malam. result dah hampir positive tu. makin terang.

 OPK @ CD12. erin test dlm kul 2.30ptg. dah -ve. so, confirmla erin dah ovulate. maybe ovulate on CD12 pagi atau tgh malam CD11. 


Ni keseluruhan OPK. maka habisla sekotak OPK itu. hehe..


lepas keluar spotting tu, ape lagi.ber'baby dance' la kami. hihihi... perlu grab setiap peluang yang ade. yang penting berusaha. berjaya atau tidak itu urusan Allah. keesokan harinya, CD14 tu dah xde spotting lagi. sebelum ni, erin dah melalui 4 medicated cycles. this cycle unmedicated. no clomid, no puregon, no nothing...pastu sesuatu yang luar kebiasaan pulak terjadi. Harapnya ini suatu petanda yg baik. ;)

sedikit info tentang ovulation spotting. erin ambil dari internet.


Signs & Symptoms of Ovulation
Some women experience something called mittelschmerz, which is German for middle pain. This pain or ache is located near the ovaries and will occur mid-cycle around the time of ovulation.
Another way to determine ovulation is charting your basal temperature, which will rise during ovulation. Also, checking your cervical mucus can also help pinpoint ovulation timing. Around ovulation, the cervical mucus will become slippery, and egg white in consistency and more wet.
Causes of Ovulation Spotting
It's believed ovulation spotting occurs due to hormones causing the ovarian follicle surface to weaken. With the weakening, a hole or stigma forms in the surface, which permits the passage of the egg. Blood may appear due to rupture of the stigma. Another cause may be the rise in estrogen accompanying ovulation.
Appearance of Ovulation Spotting
When ovulation spotting occurs, it will appear brownish or pinkish rather than red in most cases. It may be mixed with the egg-white type cervical mucus. Heavier bleeding or spotting is not likely to be associated with ovulation, however. Also, many women do not experience ovulation spotting at all even though they may have normal ovulation and cycles.
Timing Sexual Intercourse
It's a good idea to try sexual intercourse when ovulation spotting occurs and for a few days afterward for best chances of conception. Charting temperatures or using a home ovulation predictor test will help as well.

nak tau lebih detail, kena search sendiri la. hihi.. sesiapa yang pernah ade mid cycle spotting, boleh la berkongsi pengalaman. ;)



Tuesday 18 March 2014

BBT & OPK during IUI#1

seperti biasa, erin nak tunjuk, inilah hasil BBT semasa cycle IUI kami tempoh hari. 




i think this is the worst chart ever kot..hehehe...nak tau kenapa? sebab chart ni langsung x de cover line bile erin ovulate. padahal dah terang2 OPK positive on CD13. HSG trigger shot on CD12. nak je erin lukis sendiri cover line tu kat CD14. talking about software application, this is something that Fertility Friend needs to improve. 

chart ni mcm2 ade...clomid,CM, EWCM, FSH (Puregon), HCG, Progestrone (Duphaston)..hahaha..sbb tu kot application ni jadi pening nak plot cover line. After IUI pon ade BD lagi tapi last2 end up BFN jugak.. :(

bawah ni plak OPK erin masa tu. lepas je HCG shot on CD12, on CD13 tu erin saje je gatal tgn nak buat OPK. nk tau betul ke ovulate ni. tgk2, betul la +ve! hihihi.. so xde la erin was2 sgt. ye la tu telur dah pecah.. yeayy!



OPK @ CD 13.. +ve



OPK @ CD 13 jugak...tapi ni test malam sikit. masih +ve



Okay...sampai jumpa lagi...! ;)





Saturday 15 March 2014

Appointment with O&G after IUI

erin rasa mcm dah lama pulak x update blog kan. maklum la skrg ni erin busy dengan kerja2 di office. kenduri kawen kawan pon x dpt nak pergi since i have to work during weekend. tapi erin dan hubby xkan putus asa dlm usaha TTC ni. 

12/3/2014 kitorg gi jumpe gynea. supposely appointment ni utk check buat UPT sama ada preggy atau x. hmmm...sampai je kat kaunter tu erin terus ckp kat nurse yang erin dah period on 7/3. masa tu dah CD6. so, x payahla nak buat UPT. sesungguhnya result akan appear BFN nnt. huhu...

Pukul 8am sampai, kul 8.30am dah dipanggil. appoinment hari ni xde TVS pon. just consultation sahaja. review result IUI hari tu. doc kate semua nya dlm keadaan yg okay semasa IUI dibuat. sperm okay, uterine lining okay, telur okay.. so, doc pon ckp, even semuanya okay pon chance still 18-20% sahaja. maybe the sperm not meeting the eggs. this is beyond control. kalau IVF kat, kite dah make sure sperm n eggs berjumpa sampaila jadi blastocyst baru transfer balik ke dlm rahim. tapi semuanya kuasa ALLAH..erin redha aje...

doc kate kite boleh try utk 2nd IUI. percentage of success rate still sama. 15-20%. tapi 2 kali je doc kate utk buat IUI ni. lepas tu terus buat IVF. success rate lebih tinggi. satu lagi ape yang erin fikir adalah umur skrg. now, i'm 28years old. bulan May nnt dah 29years old. huhu..next year dah masuk 3 series..sementara masih muda ni, bagusla buat IVF. insyaAllah peratus kejayaan tu lagi tinggi. Fertility decline by age. but of course semuanya dgn izin ALLAH. kite hanya mampu berusaha.

doc kate next cycle kite cuba 2nd IUI. tapi bukan dgn Puregon lagi. baru je erin nak berangan pakai pen puregon tu lagi sekali. kali ni doc nak tukar pakai HumoG pulak. huhu...apekah itu? sama jugak FSH. cuba doc kate dia mcm coffee. kena bancuh2 dulu before nak inject. hehe..nak tergelak pon ade. doc juga bagi clomid 100mg.erin tanye la..nak buat IUI this cycle ke? doc kate, this cycle dah x sempat lagi. kite buat next cycle. so this cycle cuba conceive secara  natural. insyaAllah, mana tahu preggy kan? hehehe... total cost utk hari nie RM50. sebenarnye byr harga clomid aje. tu pon utk next cycle nnt. HumoG tu x beli lagi la. nanti lupa pulak cara2 nak inject. dah confirm period baru gi semula ke clinic utk beli. consultation untuk hari tu free of charge! hehehe...

erin ade juga tanye doc, telur 13.5mm-14mm tu okay ke size dia utk CD12. doc kate, telur akan membesar by the time IUI tu. size tu dah cukup matang. yang 18mm tu confirmla matangkan. x sabar pula nak buat 2nd IUI ni. kalau x berjaya juga, kami harus mempertimbangkan usaha utk buat IVF pula. insyaAllah... 

erin ngan hubby ade juga tergerak hati nak buat rawatan alternative. kat pusat rawatan islam Al-hidayah. mane la tau ade 'bende' lain ke yg menganggu usaha kami untuk dptkan zuriat. erin diberitahu, kalau untuk zuriat dia ade bukak kaunter khas. so, lebih focus la. at least, semua 'benda' tu dah dibuang. Accupunture pon mcm bgs jugak. erin ade bace rawatan ni dah terbukti secara saintifik. Ntahla...kite cuba je la mana yang mampu ehh.  

okayla, ni je TTC update utk kali ini. cau cin cau! ;) 




Saturday 8 March 2014

IUI ini...

Big Fat Negative..
Yes BFN.. hmmm..sedih tu sedih la jugak. tapi sejujurnya, xde setitik pon air mata ini keluar. maybe sbb erin pon x letak harapan yang tinggi. yup, i'm not in the luckiest 20%. 
kan sebelum nie erin dok risau2 sbb makan Duphaston akan menyebabkan period lewat kan. x sempat nak lewat pon. CD26 dah spotting..belum sempat habis makan Duphaston lagi. CD27 spotting lagi...kaki dah kejang2 dan pening2 kepala. perut pon rasa cramp. rasa macam darah ni tersekat je nak keluar. masa nie erin yakin dah, harapan utk preggy tu dah agak tipis.pastu erin decide utk stop je makan ubat. tu pon tinggal 2 biji je lagi. sebelum tu dah buat UPT. BFN. okay, that's it!.... harus mencuba lagi... :(

CD26 spotting
CD27 spotting
CD28 spotting
CD29 spotting
CD30 Heavy!

haaa...pelik sungguh cycle kali ni. x pernah2 erin spotting 4 hari berturut2. erin kira CD30 = CD1 la. yang spotting tu x dikira sbb belum period lagi. ini menjadikan cycle bulan ni CD29 la. hmmm...expected of me. today is CD2. doc suruh dtg clinic 12/3 which means CD7 dah...x tau la this cycle doc nak buat mcm mana lagi. tggu je la ape advise doc nnt. 

hmmm..IUI pon x menjadi....pening sudah memikirkan ape masalah kami. adakah harus mencuba IUI untuk kali kedua? tapi IUI ni boleh buat back to back x? ke kena rehat 1 cycle dulu? adehhh...pening jugak..erin sampai dah terfikir nak buat IVF je...huhu....ye, kami mmg x sabar nak baby... tapi kalau buat IVF, erin kena ambil unpaid leave ke? my TTC fren  ambil unpaid leave masa dia buat IVF sampaila kandungan babies (twins) dia dah masuk 1st trimester. sekarang babies dah selamat lahir.

Kepada kawan2 yang mendoakan kami, terima kasih byk2.erin pon harap usaha2 kalian berjaya.. ye....mungkin belum rezeki utk kami lagi. Ya ALLAH...Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba2 Mu yang soleh..






Sunday 2 March 2014

11dpiui...

I think this 2ww is driving me nuts!... argh.!! especially when u're reaching the two digits of 2ww. now, i'm on 11dpiui. why just one can immediately getting pregnant one day after ovulation?? well, it's not gonna works that way... you must go through the 'exciting' part of 2ww..

Hari ni erin masih rasa symptom yang sama.. sore breast, a little cramping.. tapi kan cramp ni kind of weird. dia x sakit pon..kadang2 je dia datang,,pastu hilang.. erin juga ade sakit2 kat bahagian tulang punggung. hmmm..adekah ini perasaan aje? huhu... PMS symptoms are similar to early pregnancy symptom. tu yang kadang2 erin rase, baik abaikan aje the weird thing yang berlaku dlm tubuh badan. yes,progesterone is the culprit! dah la erin skrg ni tgh telan Duphaston. lagi la penambah perisa hormon progestrone yg menular di dalam diri.. 

satu lagi berat badan pon dah semakin naik la lepas telan2, cucuk2 ubat hormon ni. mcm mane nak buat ni? kalau cycle ni  x berjaya conceive, nak kene consume lagi ubat hormon. bertambah2 naik la berat badan kan. :( semata2 utk dptkan zuriat...kena juga la.

UPT? hehehe...the scariest part! erin x kan test UPT selagi x missed period. kalau erin check pon maybe on 15dpiui. tu pon if AF doesn't show her ugly face..kih3..kalau test skrg pon takut dpt false positive. maybe the HCG trigger shot still not fully disappeared in my system. Getting a false positive is even worst than BFN. kan?? Erin pon x tau nape doc x arrangekan ujian darah. mcm erin bace blog kawan2 TTC yang pernah buat IUI, kebanyakannya ade la kene gi hospital utk check beta HCG. erin plak doc suruh dtg clinic 3 weeks after IUI.

Sorryla, entry ni agak emo. 

Ya Allah..Kau berikan lah berita gembira kepada kami suami isteri..