Thursday, 27 November 2014

Hubby Outstation...

Hubby outstation 6 hari..Pergi Palembang..mcm Parameswara pulak..
Erin nak ikot tapi hubby tak bagi. dia risau sangat kalau erin naik flight. Takut pressure.
Walaupon dah 18 weeks. Semua org terbang sana sini..x pe la..erin kena jaga kandungan.
So, erin x boleh naik flight sampaila baby lahir nanti..

Hari tu gi check-up..baby dah besar. Doc kate baby tunjuk jari telunjuk "satu"..hahaha
tengah membilang ke baby? Doc kate x boleh tahu gender lagi. kena tunggu next check up..utk buat 4D detail scan doc suggest buat masa 24 weeks. maybe lagi clear kot. 
4D scan ni optional.. saja2 nak tengok baby dengan detail. sbb if ultrasound biasa pon doc dah boleh detect abnormality. biasanya if ada abnormality baru doc go for 4D detail scan tu. That's for medical reason. Tapi 4D ni erin ngan hubby saja2 nak buat. nak tengok muka baby. ;)

Okayla...boring pulak. 
Tengah shopping online. hahaha..window shopping aje.. :p

Tata~

Tuesday, 18 November 2014

Kisah akak salesgirl TTC...

Hari Ahad lepas, erin & hubby gi shopping kat OU. Sebenarnya nak redeem credit card points. Tapi alang2 tu, erin nak la beli bra, panties, pants.. hahaha..dah nama pon pompuan. Pantang masuk shopping mall.

OU ni terlalu besar untuk erin..mmg la besar. hujung ke hujung rasa mcm berkilo2 meter. hahaha..dengan perut buncit ni kan nak bawak. redah jugak la. bila penat, rehat kat bench. banyak je bench kat tepi2. 

Kawan2 erin pesan, kalau beli bra, baik terus beli nursing bra. xdela 2-3 kali dok beli bra kan. mmg bra sekarang ni dah tak muat. terasa kecik. kelenjar susu dah membentuk agaknya. dari before tau preggy sampai la sekarang sakit breast ni masih tak surut2. Sakit dia sangat terasa masa bangun tido. tak tau kenapa. Disebabkan erin pon berniat nak fully breastfeed baby nnt, so erin beli je la nursing bra terus.

Masa tengah usha2 bra tu datangla akak salesgirl ni. tengok dia mcm dah agak berumur la.  Akak ni pon bantu erin pilih bra mana yang sesuai dan saiz bra yang sesuai..siap pakaikan lagi. tapi kat luar baju la. malu kejap...hahaha..

Berikut adalah perbualan kami:

Akak salesgirl: Adik mengandung dah berapa bulan dah?

Erin: Dah 4 bulan kak...

Akak salesgirl: Pertama kali mengandung ke? (maybe dia dpt agak sbb erin cam blur2 je nak beli nursing bra..)

Erin: Yer kak...

Akak salesgirl: Akak dulu nak dapat sorang sangat la susah..7 tahun akak tunggu, tak ada rezeki. Macam2 orang sekeliling mengata kami suami isteri..mandul la, malang la, ada bela hantu la..sedih sangat. Tapi lepas 7 tahun, Allah makbulkan doa kami suami isteri. Lepas je akak dapat seorang anak, tak lama lepas tu, dengan izin Allah akak mengandung lagi. Sekarang anak dah 7 orang. 

Erin: waah..ramai nye anak2 akak.

Akak salesgirl: Setiap tahun akan mengandung. Lepas je dapat anak pertama, murah pulak rezeki kami.

Itu sahaja..

Bagi erin akak ni lagi tabah dari erin. 7 tahun menunggu. lama tu. erin 3 tahun pon dah rasa macam2. tapi berkat kesabaran dia Allah kurniakan rezeki melimpah ruah selepas itu. erin pon harap lepas ni usaha utk dapatkan anak yang seterusnya dipermudahkan. 

Sedikit sebanyak, perbualan tadi telah menjadi inspirasi buat erin. Erin harap kawan2 lain yang masih menunggu zuriat, teruskan berdoa dan bersabar. Allah adalah yang sebaik2 perancang. Janji Allah itu pasti..!

Sekian...

Thursday, 13 November 2014

Maternity pillow...

Salam kawan2.. ;)

Bila dah masuk 2nd trimester ni kan, erin selalu je sakit belakang & sakit bahagian tulang punggung. tak boleh nak duduk satu tempat tu lama2 sangat. nanti lagi sengal. masa tido malam lagi la. kejap mengiring belah kanan, pastu mengiring ke kiri... kadang2 hubby tolong urut kat belakang. urut punggung pon skali..hahaha..sensor plak! time solat erin masih lagi mampu solat berdiri macam biasa. kalau solat duduk lagi sakit kot. masa sujud adalah saat paling best. erin rasa lega sikit semua tulang bahagian punggung tu.. hehe...sebab tu org kata pergerakan solat adalah yang terbaik utk ibu mengandung. Oleh itu, sujudla lama2..:D

Actually erin dah lama dah usha maternity pillow nie..usha dalam tenet je la. kat kedai tak berkesempatan. bantal berbentuk cacing tu..hihi..ingatkan murah. tengok harga..boleh tahan jugak yer. maybe sebab besar kot. pastu macam selesa. Ada usha kat Zalora..kaler pink. tapi x boleh nak bukak pillow case utk basuh. Pastu cari2, jumpa la maternity pillow kat  sini . yang buat erin tertarik sebab banyak sangat design. hehehe..pastu ada zip. boleh basuh. 

Nie contohnya...erin panggil bantal cacing...Nama pon Geboo. mmg gebu pon bantal ni.


Order hari ni, esok terus sampai. hehehe.. harga RM240 sekali dengan postage. bila sampai tu, terkejut kotak dia besar. patutla mahal..

Bila baring atas bantal ni...fuhhh, lega semua sakit sengal2 kat belakang, kat punggung.. dapatla erin tidur lena di malam hari. yeahhh..bantal ni bagi support kat tulang belakang. mmg superb la sapa yang cipta bantal ni. zaman mak erin dulu x wujud pon bantal ni. haha.

Bila hubby balik kerja, dia pon nak cuba la bantal ni. suka betul dia peluk.. erin gi mandi jap. lepas mandi...aikkk..kedengaran dengkuran..hahaha...lena hubby tido dengan bantal cacing ni...siapa yang pregnant ni? hehehehe...

Lepas bersalin, bantal ni still boleh guna as nursing pillow. letak je kat pinggang. senang nak breastfeed. walaupon mahal sikit bantal ni tapi erin rasa worth buying. Yang penting no more sakit2 belakang. 

Okay, tata~