Showing posts with label Duphaston. Show all posts
Showing posts with label Duphaston. Show all posts

Friday, 22 August 2014

IVF Cancelled.....Miracle Do Happen~

Erin pon tak tahu nak mulakan daripada mana.. sebab masih dalam keadaan terkejut. Baru je 2 hari lepas Erin post pasal appoinment. Erin pon masih on Buserelin for 10 days.

21/8/2014- Pukul 6.20am dah terjaga daripada tidur. Nak bangun solat subuh..mcm biasa, erin kan akan ambil suhu BBT. memang terasa badan ni panas. Erin agak pelik, sebab ni dah 16DPO tapi suhu masih belum drop. Normally, 13-14DPO dah jatuh menjunam dan Erin akan period atau spotting. Demam ke? Breast teramatla sakit.. Masa appoinment hari tu doc kate, Erin akan period   1 week later sebab melalui ultrasound, mmg dah confirm Erin ovulate. 

Okay fine, Erin pon ape lagi, terus la capai UPT. ade Dip & Tell UPT beli hari tu, satu dah pakai masa before jumpa doc. Of course la negative. CD22 guna UPT kan. Ape kata UPT satu lagi tu Erin guna pagi ni. Ala, kalau negative pon xde la sedih sangat sebab mmg dah nak buat IVF pon.. Daripada bacaan BBT, Erin ovulate CD16. So CD16+14 days = CD30. hmmm CD30 patutnye period dah due okay. tapi hari ni dah CD32. means period Erin dah lewat 2 hari. huhhh...! 2 hari je pon. Erin pon dengan selambanya test.......



....

.........

.......................

....................................................

...................................................................................

...

...


....


...



.....





......




.........


resultnya.....

Faint positive! Dalam 15 seconds kot.



Errkkk......betul ke apa yang mata Erin nampak ni? ke tengah bermimpi??!! Ape lagi, terusla kejut hubby sebab nak double check. Sebelum ni x pernah pon Erin nampak line ke 2 ni. Faint line pon tak pernah..Hubby pon bangun dengan muka lalok..hahaha... 

Erin: Abg, tadi ayg ade buat pregnancy test..tengok macam nampak ade 2 line. Cuba abg tengok, ke Ayg yang silap baca.

Hubby pon terus ke toilet....dengan mata kuyu..

Hubby: satu line je... 

Erin: Line ni laa..Nampak tak..faint line.

Hubby: Haah...ade line tapi kabur. tu pon kira positive ke?

Erin: Yela..patutnye macam tu la. ni UPT bukan OPK. Abg, nak tak kite test lagi sekali guna Digital Clear Blue? nak betul2 confirm..

Hubby: Okay, cuba la.

UPT Digital Clear Blue tu dah lama dah Erin beli. Tapi masih belum pernah pakai. belum expired lagi.. sebab nk pakai saat2 macam ni la. Bila ragu2 dgn result UPT..




Test test........adeh..berdebar rasanya...lama pulak keluar gambar jam pasir tu...

.........

......................

...............................


.................................................

:::::::::



::::::::





memula perkataan 'Pregnant' muncul.. Erin dah bergenang air mata ni...antara percaya dengan tidak. 3 tahun kami suami isteri menanti saat ini..Tak lama lepas tu, keluar pulak "2-3 weeks". Kalau ikutkan dah 4-5 weeks pregnant la sebab doc akan kira from 1st day of period.Kali ni Erin lebih yakin yang result positive. Ya ALLAH, syukur padaMU Ya ALLAH kerana memberi kami rezeki zuriat ini..Lepas solat Subuh, terus kami Sujud Syukur.. :')

Macam biasa, patutnya Erin kena continue inject Buserelin pukul 7 pagi. Tapi Erin & hubby risau la..Takkan nak cucuk jugak kan. takut nanti effect baby. Pukul 8.30am, Erin call Apha Ferility.. cerita semua...nak cucuk ke tak Buserelin ni. Nurse kate stop injection. Nurse nak refer pada doctor. 5 minit lepas tu clinic call balik.. Nurse kata, doc mintak datang ke clinic hari ni juga. 

Hubby Erin terus EL today. Erin tak ape.. mmg tengah unpaid leave pon. hehehe... 2 positive UPT tu Erin bawak je...Kat clinic nurse mintak ambil urine lagi skali. ambik lagi ke? Kat rumah rasa nya dah 3 kali shi shi...masih ada lagi ke HCG tu? okayla, Erin tadah je la urine..pastu nurse timbang berat.. 53.4kg. static jee.. pastu nurse ambil blood pressure. agak tinggi. maybe Erin nervous kot. terasa jantung ni bergerak laju. Nurse kate, hari ni juga doc kena confirmkan pregnancy sbb Erin on IVF program. still on medication. If normal cases, biasanya kita x jumpa doctor lagi. sebab terlalu awal.

Tak lama lepas tu, doc dah panggil masuk.."Congratulations! You are pregnant. UPT positive" depan Erin ade UPT tu...yes, it's double line!



Doc nak buat TVS. 2 kali Erin tanya nurse, scan bawah ke? nurse angguk je. bila scan tu nampak ovary..fallopian tube.. semua dalam keadaan baik. pastu doc pusing scanning probe tu ke arah uterus...lama dia tengok..Lining sangat tebal tapi doc belum nampak apa2 lagi. baru 4 weeks.."it's rather too early..belum nampak apa2..in 2 weeks time, you come again, i must see the sac and hear the baby's heartbeat" Erin & hubby tersangat la gembira. walaupon x nampak apa2 daripada ultrasound itu.

Doc bgtau, IVF program cancel.stop Buserelin. Doc suruh continue folic acid, multivitamins. Doc juga bagi Progynova & Duphaston untuk kuatkan rahim. IVF deposit tempoh hari kami akan dapat refund balik. :) 

Cost:
Duphaston- RM84
Progynova- RM28
UPT- RM30
TVS- RM90
Consultation- RM90

TOTAL: RM 312

Next appointment in 2 weeks time.
After 3 years of marriage, finally, the two lines found! Yes, i believe in miracle...

So, there will be NO IVF.. In Shaa Allah.. 

Thank you ALLAH! =D


Nanti Erin akan share antara usaha2 Erin sebelum BFP..Erin doakan kawan2 pon akan dapat merasai nikmat ini. Doakan Erin dan baby sihat yer. ;)















Sunday, 4 May 2014

Result IUI#2

...and the result is BFN.. again.. :'(

sedih tu mmg la sedih..tapi nak buat macam mana kan. masih belum ada rezeki lagi. erin stop je Duphaston, CD28 tu dah start spotting. spotting yang sedikit amat sgt. xtau nak describe besar mana. sebesar hujung jarum kot. boleh bayangkan x? 

CD29 plak no spotting 
CD30 pon xde spotting..
CD31 spotting yang makin jelas apabila lap dgn tissue. kat pantyliner one dot aje
CD32 sama mcm CD31

actually erin dah dpt instinct IUI kali ni failed sbb BBT mcm pelik. suhu turun naik.. lepas HCG, suhu x naik2 pon mcm previous IUI. suhu makin menurun ade la..thermometer rosak ke? cek2, mcm okay je. so, ade x kemungkinan telur2 tu semua x pecah lepas HCG? hmmm... sedihnye... :(

disebabkan spotting tu x dikira hari period, cycle kali ni panjang sedikit. 32 hari tau. paling panjang dlm sejarah erin berTTC. hari ni mmg heavy. darah turun mcm waterfall okay. ingatkan adela berita gembira di hari jadi hubby. tapi xde..sorry sayang...actually..kami sama2 berharap semoga IUI kali ni berjaya. nampaknye memandangkan doc suruh cuba IUI 2 kali aje, kami harusla memikirkan apekah way forward TTC treatment kami.

Next step adalah IVF.. huhhh..x sangkakan perjalanan TTC erin sampai ke peringkat ini. kalau boleh x nak la. dah la mahal. pastu belum tentu lagi berjaya. kira try and error juga la.seperti kata doc Adilah dalam Salam Muslim episod zuriat (mesti ramai TTCian yang tengok kan?), ayat doc Adilah, "jangan buang masa. kalau ada kaedah yang lebih moden, why not cuba." haa..lebih kurang mcm ni la ayat dia. 

okay, jangan buang masa...erin ingat tuu..sama mcm gynae erin bgtau, jgn buang masa. jgn bazirkan duit buat IUI byk kali. kalau dah lebih dari 3 kali IUI, graph dah jadi mendatar. bila difikirkan balik. betul juga tu. umur pon dah meningkat. next year dah nak masuk 3 series dah. 

Actually, pasal IVF ni erin dah lama terfikir. dari segi kewangan tu insyaAllah ada. dah saving dari dulu. 7th may ni ada appointment dgn doc. maybe kami akan discuss pasal IVF. seram juga. harap2 sempat la buat sebelum masuk bulan puasa nnt. nak tanya kawan2 yang pernah buat IVF, kalau dari CD1 ke process ET biasanya ambil masa berapa hari ye?
erin nak budget2 timing IVF nie.

okayla, sampai di sini sahaja.. ;)






Thursday, 17 April 2014

IUI#2 Done!

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.. :)
IUI #2 berjaya dilakukan semalam (16/4/2014) pada jam 11.10 am. semasa hari IUI tu ramai juga patient. patient IVF kot. ade nak buat ET and ade buat OPU.  

Nurse tu kate, nnt masa IUI dtg dgn full bladder. so, erin pon full kan la bladder ini. reason sbb takut ssh nak masukkan speculum/catherer. sepatutnye kami dijadualkan pukul 10am IUI, tapi tggu punya tunggu, 10.45 masih belum bermula. erin dah nak terkucil sgt ni. pastu, ape lagi, tak leh tahan dah ni. gi toilet jugak la. kih3.. lepas tu lega...pastu kejap tu rasa balik bladder dah full tapi xde la sampai x leh tahan. cepat je kan. masa speculum dimasukkan tu erin dah prepare. previous IUI mcm terkejut sbb x expect. kali ni, dah ready. so, x sakit sgt pon. sikit je. 

Ni result askar2 hubby after sperm post wash. IUI#1 count 93 million, IUI#2 81 million. tapi still okay jugak. sbb ideal sperm count 20 million dah memadai. 2 hari yang lepas hubby erin demam. jangkit pulak ngan erin. tapi erin sekarang Alhamdulillah dah sihat. Sperm motility after post wash 100%. Syukur Alhamdulillah...

Click utk lebih jelas.

Doc buat 2 insemination. pertama very good quality sperm dimasukkan dalam uterus. dalam sikit. yang kedua pulak, dimasukkan dalam vagina. 

Before balik doc bagi MC. yeay!. pastu doc bagi Duphaston utk kuatkan rahim. makan 14 hari. Total bill: RM 974

To make sure erin x ovulate on my own before the procedure, erin buat OPK la hari2 sebelum IUI.


 CD 11..negative

 CD12...still negative. Test line makin terang.



 CD13..still negative. lagi terang daripada CD12.


CD 14..positive! 2 kali erin test. satu pukul 3.30pm and satu lagi 10pm.This was after the trigger shot. Ade yang kate, OPK mmg akan jadi positive sbb OPK pon boleh detect HCG. never mind. i just want to ensure that the hormone had successfully entered into my body and i will be ovulated anytime after. IUI was scheduled on CD15 the following day.  

 OPKs sekalian..


Ni la OPK yang baru. erin suke lagi OPK ni daripada yang Watson or Guardian punya tu. yang ni beli kat Watson. harga RM1 je mahal daripada brand Guardian punya OPK.


Okay. tu aje cerita pasa OPK...

Tak nak stress2 dah. hubby pon kate jangan fikir sangat. so, erin pon download la game kat phone. hahaha. bagi lupa. kita enjoyy!

Doakan kami yer... ;)

Saturday, 8 March 2014

IUI ini...

Big Fat Negative..
Yes BFN.. hmmm..sedih tu sedih la jugak. tapi sejujurnya, xde setitik pon air mata ini keluar. maybe sbb erin pon x letak harapan yang tinggi. yup, i'm not in the luckiest 20%. 
kan sebelum nie erin dok risau2 sbb makan Duphaston akan menyebabkan period lewat kan. x sempat nak lewat pon. CD26 dah spotting..belum sempat habis makan Duphaston lagi. CD27 spotting lagi...kaki dah kejang2 dan pening2 kepala. perut pon rasa cramp. rasa macam darah ni tersekat je nak keluar. masa nie erin yakin dah, harapan utk preggy tu dah agak tipis.pastu erin decide utk stop je makan ubat. tu pon tinggal 2 biji je lagi. sebelum tu dah buat UPT. BFN. okay, that's it!.... harus mencuba lagi... :(

CD26 spotting
CD27 spotting
CD28 spotting
CD29 spotting
CD30 Heavy!

haaa...pelik sungguh cycle kali ni. x pernah2 erin spotting 4 hari berturut2. erin kira CD30 = CD1 la. yang spotting tu x dikira sbb belum period lagi. ini menjadikan cycle bulan ni CD29 la. hmmm...expected of me. today is CD2. doc suruh dtg clinic 12/3 which means CD7 dah...x tau la this cycle doc nak buat mcm mana lagi. tggu je la ape advise doc nnt. 

hmmm..IUI pon x menjadi....pening sudah memikirkan ape masalah kami. adakah harus mencuba IUI untuk kali kedua? tapi IUI ni boleh buat back to back x? ke kena rehat 1 cycle dulu? adehhh...pening jugak..erin sampai dah terfikir nak buat IVF je...huhu....ye, kami mmg x sabar nak baby... tapi kalau buat IVF, erin kena ambil unpaid leave ke? my TTC fren  ambil unpaid leave masa dia buat IVF sampaila kandungan babies (twins) dia dah masuk 1st trimester. sekarang babies dah selamat lahir.

Kepada kawan2 yang mendoakan kami, terima kasih byk2.erin pon harap usaha2 kalian berjaya.. ye....mungkin belum rezeki utk kami lagi. Ya ALLAH...Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba2 Mu yang soleh..






Saturday, 22 February 2014

Pertanyaan tentang Duphaston

Erin ade soalan nak tanye..bile makan Duphaston ni period kite akan delay ke? since period erin regular every month, takut la plak kan bile consume Duphaston period jadi ting tong ke nnt. After IUI hari tu doc ade bagi Duphaston utk makan selama 14 days. 2 biji sehari. sepatutnye period erin dtg ngam2 after habis ubat tu. adakah erin akan period immediately or 2-3 days later? kalau x period sebab preggy xpela..hehehe..

erin bukan nak mengharapkan AF datang cuma kalau IUI tu x berjaya, takut pulak AF jadi weng..yang erin tahu Duphaston utk regular kan period dan juga ubat utk kuatkan dinding rahim. sekarang ni rasa kawasan ari2 tu mcm sedikit cramp..ke sbb dinding rahim tengah menebal?ke ni mmg side effect ubat tu..kawan2 TTC yg pernah consume Duphaston, boleh la share yer. amatlah dialu2kan.. :)