Hmmm...Salam TTCian~~
Lepas dah create blog nie, rajin plak nak mengupdate kan. walaupun belum ade kawan lagi. tapi xpela..asalkan erin dapat luahkan perasaan erin kat sini pon jadi la. secara x langsung erin pon berdoa pada yang Esa agar permudahkan perjalanan TTC erin nie..aminnn..
meh nak citer..kesinambungan daripada previous post (padahal baru je update tgh hari tadi). antara usaha erin selain berBBT dan OPK, erin juga adela makan supplement ni. erin makan Shaklee..set kesuburan. ala, mesti korg sumer pernah dengar kan ape tue Shaklee. mmg femes la dengan supplement2 nye. Al-kesahnye macammana erin boleh plak terjebak dgn supplement ni adalah kerana encik hubby la. beginilah ceritanya...
pada suatu hari ..
hubby: ayg, abg ade beli set kesuburan shaklee ni. dah order. nanti esok lusa sampaila..
erin: erk..abg dah beli ke? ayg pon ingat nak cuba juga shaklee ni. tgk dlm fb kawan asyik dok pomot je. mana la tau lepas makan, ade rezeki kan.
hubby: abg order shaklee ni dgn kawan abg. saja nak tolong kawan kan..ni pon salah satu ikhtiar.
erin happy sgt sbb encik hubby pon ade jugak usaha dalam berTTC nie. Dalam 2 hari tu sampaila set Shaklee. ade B Complex, Folic Acid, Alfafa, GLA, Zinc and Vitamin E. Kalau nak tengok macam mana rupa botol, boleh la gugel yerr..hehee.. byk jugak nak kena makan. erin rasa macam org sakit kronik je. x pernah telan pil byk mcm ni hari2. memula tu, rajin la menelan supplement hari2. pastu dah lama, macam dah x berapa nak consistent la. skip2 je. hubby pon sama je.
untuk mengelakkan drpd skip makan supplement ni, kitorg g la beli pil case kat guardian. cukup bekalan utk seminggu. every week erin akan masukkan pil2 tu dlm pil case erin n hubby. letak dlm bag keje. pastu balik drpd keje erin juga check whether encik hubby makan ke x supplement untuk hari ini..hahaha..dah jadi macam mak tiri plak kan.
before this, erin just makan folic asid je. brand Appeton tu. beli kat Guardian. ni pon ofismate la yg suro makan 3 months before conceive. sekarang erin dah bertukar pada Shaklee plak. So far, bile makan Shaklee ni okay la. badan rasa bersemangat. x cepat mengantuk, letih..cuma satu je..rezeki yang satu itu belum ada lagi. maybe masih awal lagi kot...
"Ya Allah...Kau kurniakanlah kami zuriat yang soleh/solehah utk bekalan di masa akhirat kelak. Amin..."
Salam erin. Farhah singgah. Tank u singgah blog farhah :) ok eh consume shaklee? Farhahbru try set kurus. Tgk dulu camne. Papepun farhah doakan utk erin ye ;)
ReplyDeleteSo far, consume Shaklee okay je. tapi pasni Erin nak stop dulu kot.habiskan mana yg ada. Erin perasan,ade 1 month tu makan shaklee + buat OPK, mcm x jumpa BFP (positive). x tau la maybe that month erin x ovulate ke. ooo..ramai gak yg cuba set kurus tu.mcm okay je.
DeleteThanks Farah sbb sudi singgah blog Erin. byk lagi nak update sebenarnye tapi baru create smlm kan. will update more after this. ;)
Semoga usaha2 kita diberkati olehNya.. Ameen..
ReplyDeleteinsyaAllah sizuka.. terima kasih kerana sudi singgah blog erin.nnt dtg lagi yer. :) sama2 la kita kongsi experience.
DeleteAssalamu'alaikum erin.
ReplyDeleteWahh, rasa seronok baca entry erin, Nampak sangat kesungguhan korang berusaha untuk dapatkan zuriat. Erin jangan risau, perancangan Allah terbaik untuk kita.
Pija dgn hubby pun lepas 1tahun setengah kahwin masih belum dikurniakan zuriat. Macam-macam kami usaha dari segi pemakanan (supplements dan sebagainya) dan petua-petua orang tua. Kami harap Allah nilai usaha kami dan kurniakan zuriat buat kami.
Bulan 11 kami start consume Shaklee sebab dengar cerita ramai yang makan 3bulan dapat zuriat. Ada yang ambil 6 bulan dapat zuriat. Kami pun cuba. Masa tu kami banyak pakai duit. Time tu lah kereta nak breakdown, business baru set up. Itulah sen last yang kami ada, dah alang-alang nampak peluang, kami gunakan untuk beli set kesuburan Shaklee. Mana tahu Allah nilai jugak usaha tu kan. Alhamdulillah makan Shaklee ni banyak improve dari segi kesihatan. Mungkin sebelum ni kurang prihatin sangat pasal kesihatan kot. Bila ada perubahan memang terasa dan terus rasa semangat nak usaha. Hihi...
Bulan Oktober kami dah buat appoinment utk check kesuburan di Klinik Pakar Wanita Medina. Tapi available 4hb Januari je. Mungkin cuti hujung tahun ramai orang kan. Inilah tarikh yang kami tunggu-tunggu. Pertama kali kami officially buat clinical test. Tak sabar!
Biasanya bila hujung cycle kita dah berdebar-debar kan? Sama lah. Husband lah yg paling frust kalau Jepun mendarat. Bila raya tu balik kampung pergi beraya sedara-mara duk tanya, kawan-kawan kadang-kadang macam tak memahami "Tak payah lah honeymoon lama-lama sangat.." hati ni rasa sedih sangat. Muhasabah diri balik. Mungkin ini ujian Allah untuk kita bersabar. Mungkin kita ni kurang mengadu kat Dia. Kan Dia bagi ujian supaya kita dekat balik pada Dia kan?
Bulan 12 tu kami decide cuti panjang, pergi honeymoon bukan berdua lah, dengan mak mertua dan kakak ipar tapi kami rasa inilah cuti yang paling relax dan enjoy sekali.
Kami date tepi pantai tengah-tengah malam, luah perasaan, muhasabah diri suami-isteri. Kami decide untuk redha je. Kalau Allah nak bagi insyaAllah ada rezeki. Kalau tak ada, rezeki kita kat lain pulak. Kami balik dengan hati yang sangat-sangat tenang. =)
Masa 30hb tu Pija 'period' tapi pelik je, 2hari je ada dan sangat sikit.This month memang terlupa catch up cycle. Nasib ada simpan dalam apps. Tak jangka apa-apa cuma macam xsedap hati, 3hb tu Pija cakap kat hubby "cancel je lah appoinment doctor" dan terasa nak buat UPT pagi esok tu. Alhamdulillah, Subuh tu amatlah terindah bila Allah kurniakan 2lines kat UPT stripes!! Menggigil rasa kami menangis-nangis solat Subuh sama-sama.
Pija cerita ni bukan nak bagi erin jeles atau cemburu. Kami pun pernah berada di tempat erin. Semua entry erin bagaikan planning journal kami yang tak kesampaian. Pija cerita supaya erin dan suami jangan putus asa. Kadang-kadang kita ingat kita dah betul-betul usaha. Bak kata kawan baik pija, di saat kita rasa down tu, mungkin hanya selapis kulit je hasil galian kita. Disebabkan kita down, kita abaikan, maka berlapis lumut kembali menutupi. Bila kita up kita gali lagi kita rasa masih jauh, kemudian kita down lagi. Masa tu kulit tu dah nak bocor! Tapi lumut tumbuh lebih cepat dengan izin Allah oleh kerana kita putus asa sekejap je.
So jangan putus asa walau sekali! Rasa lemah je terus mengadu kat Dia, jangan taip walau entry blog mahupun status FB dulu! (suami cakap hehehe)
Sekarang Pija dah week 12 alhamdulillah last week for 1st trimester. Orang kata doa ibu ni makbul kan? Pija doakan erin pun akan jadi ibu macam Pija jugak.
Aameen Ya Rabb Al-'Alameen~
All the best with your iui. InsyaAllah bi iznillah. =D
Peace ya!
Assalamu'alaikum.
W'salam Pija....berkurun lama Pija drop comment baru erin perasan. sorry sgt2 ehhh... dah la comment panjang pulak tu. kalau Pija masih mengikuti perkembangan erin, mcm2 dah usaha erin buat. insyaAllah kami x kan berputus asa. erin harap sgt dpt preggy mcm Pija.. aminnn...
ReplyDeleteanyway, erin harap kandungan Pija berada dlm keadaan yg sihat. doakan erin pula yer... ;)