Tuesday 18 November 2014

Kisah akak salesgirl TTC...

Hari Ahad lepas, erin & hubby gi shopping kat OU. Sebenarnya nak redeem credit card points. Tapi alang2 tu, erin nak la beli bra, panties, pants.. hahaha..dah nama pon pompuan. Pantang masuk shopping mall.

OU ni terlalu besar untuk erin..mmg la besar. hujung ke hujung rasa mcm berkilo2 meter. hahaha..dengan perut buncit ni kan nak bawak. redah jugak la. bila penat, rehat kat bench. banyak je bench kat tepi2. 

Kawan2 erin pesan, kalau beli bra, baik terus beli nursing bra. xdela 2-3 kali dok beli bra kan. mmg bra sekarang ni dah tak muat. terasa kecik. kelenjar susu dah membentuk agaknya. dari before tau preggy sampai la sekarang sakit breast ni masih tak surut2. Sakit dia sangat terasa masa bangun tido. tak tau kenapa. Disebabkan erin pon berniat nak fully breastfeed baby nnt, so erin beli je la nursing bra terus.

Masa tengah usha2 bra tu datangla akak salesgirl ni. tengok dia mcm dah agak berumur la.  Akak ni pon bantu erin pilih bra mana yang sesuai dan saiz bra yang sesuai..siap pakaikan lagi. tapi kat luar baju la. malu kejap...hahaha..

Berikut adalah perbualan kami:

Akak salesgirl: Adik mengandung dah berapa bulan dah?

Erin: Dah 4 bulan kak...

Akak salesgirl: Pertama kali mengandung ke? (maybe dia dpt agak sbb erin cam blur2 je nak beli nursing bra..)

Erin: Yer kak...

Akak salesgirl: Akak dulu nak dapat sorang sangat la susah..7 tahun akak tunggu, tak ada rezeki. Macam2 orang sekeliling mengata kami suami isteri..mandul la, malang la, ada bela hantu la..sedih sangat. Tapi lepas 7 tahun, Allah makbulkan doa kami suami isteri. Lepas je akak dapat seorang anak, tak lama lepas tu, dengan izin Allah akak mengandung lagi. Sekarang anak dah 7 orang. 

Erin: waah..ramai nye anak2 akak.

Akak salesgirl: Setiap tahun akan mengandung. Lepas je dapat anak pertama, murah pulak rezeki kami.

Itu sahaja..

Bagi erin akak ni lagi tabah dari erin. 7 tahun menunggu. lama tu. erin 3 tahun pon dah rasa macam2. tapi berkat kesabaran dia Allah kurniakan rezeki melimpah ruah selepas itu. erin pon harap lepas ni usaha utk dapatkan anak yang seterusnya dipermudahkan. 

Sedikit sebanyak, perbualan tadi telah menjadi inspirasi buat erin. Erin harap kawan2 lain yang masih menunggu zuriat, teruskan berdoa dan bersabar. Allah adalah yang sebaik2 perancang. Janji Allah itu pasti..!

Sekian...

10 comments:

  1. InshaAllah,jika bukan di sini,mudah2an di akhirat nanti kesabaran ini mendapat manisnya..Amin.,Erin take care ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak nuriz. kalau bukan di dunia, Allah akan bagi ganjaran yang lebih besar di akhirat. ;)

      Delete
  2. InsyAllah Erin. Moga Erin terus sihat menikmati hari2 bahagia ni ye. Mcm Nuriz Iman ckp, kesabaran tu akan dapat manisnya. Kadang2 di dunia lagi Allah bagi.. rasa down tu biasa tp moga kita cpt2 get up n teruskan lg usaha yg ada. No putus asa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap org, Allah bagi ujian yang lain2 pada hambaNya. Kita yang TTC ni walaupon rasa down tapi cepat2 nak bangkit semula. besarnya pengorbanan seorg ibu. ;)

      Delete
  3. eyza pun dah 7 tahun.. masih menanti rezeki dari Allah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penantian itu pasta ada nikmatnya di kemudian hari..In Sha Allah eyza.. Awak adalah insan yang sangat tabah. ;)

      Delete
  4. wahh bestnye berderet2..nak cmtu jgkk.aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. berderet mcm kereta api. best kan? aminn jugakk.. :p

      Delete
  5. lebih kurang lama menunggu cam saya jugak...mungkinkah saya pon begitu..
    lepas dpt nanti..berderet2 kemudian..?ahhah...
    berangan x salah kan:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...berangan x salah...mana la tahu Allah nak bagi rezeki kan..?
      Teringin jugak nak anak ramai... ;D

      Delete