1. hari ni erin cuti
2. hari ni erin pergi spa
3. hari ni duit insurance claim dah masuk
wahahahaha..seronok la. buat pengetahuan semua, erin dah terjebak dlm investment insurance ni dah 3tahun kot. tu pon hubby yang suro join. masa ni before kawen lagi. setakat ni for medical insurance, erin ade 3 policy. yang kat bawah ni baru claim utk 1st policy. yang 2nd policy belum lagi.
memula erin rasa mcm membazir plak bayar insurance ni. yela..masa tu masih sihat lagi. x fikir sakit2 ni semua. lagipon erin juga ade insurance office. buat ape la nak amik personal insurance kan? sebenarnya ade byk kebaikannye. meh nak citer.. kite x selama2nya kerja dgn company. kalau tetibe kite resign ke..xde coverage insurance.. paling tidak pon kalau kita bekerja sampaila retire umur 60tahun, lepas tu insurance x cover lagi. dah umur 60thn kalau nak enroll mana insurance pon akan mahal melambung tau. lagi satu, bila kita hospitalise, kita akan dpt segala allowance yang termaktub dlm policy. best kan?
macam erin kan..utk fibroid surgery hari tu..sekali dgn laps & dye (check tube), erin pakai company insurance. x keluar duit ape pon. on top of that, disebabkan erin ade personal insurance, dpt la claim hospitalisation allowance + surgery allowance. saper nak bagi kan duit free2 gitu? dapat jugakla menampung cost2 fertility treatment kami selama ni.. :)
Anyway, erin bersyukur sgt sbb hubby erin bg kesedaran tentang insurance2 ni. erin pon bukannye pandai sgt dlm bab2 ni. kalau nak tau, before the surgery, sempat lagi erin enroll satu lagi policy. Prudential Puteri Plus. insurance ni utk segala kanser penyakit perempuan dicover tau. dia akan cover even kanser stage 1 and stage 2. kebanyakan insurans akan cover stage 3 kanser shj. even kalau keguguran (7months) or anak lahir x sempurna (nauzubillah) pon dicover. mmgla kita x mintak semua tu berlaku, tapi ni utk kesedaran semua. kita tak tahu ketentuan Allah..
Semalam org insurance call bgtau erin dpt RM1,700 utk allowance claim. Allhamdulillah… :) Oleh itu, sesiapa yang belum enroll mana2 insurance, sila la berbuat demikian kerana semakin umur meningkat semakin mahal harga insurance.. dan semakin byk penyakit, semakin mahal juga insurance. erin bukan ejen insurance tau. hihi..sekian..
Nama telah dirahsiakan. hahaha..
No comments:
Post a Comment