Thursday, 20 February 2014

IUI #1 Completed!

Semalam bermula la process IUI kami. tipu la kalau erin kate erin x nervous. mmg sgt2 nervous okay. dahla ni first IUI kami. patutnye kena arrive kat Alpha Fertity kol 9am. tapi tersampai awal plak. 8.30am kami dah sampai. ingat nak gi breakfast dulu la since dah dtg awal. pastu nurse tu kate boleh terus release sperm. erin pon ckp la, x awal sgt ke nurse? IUI pukul 11am nnt. nurse kate dia dah tanye doc, doc kate okay je. lagi pon embryologist tgh free pagi2 ni. baik buat awal2 kan. nurse suro naik level 3 utk sperm release. erin tggu je la kat luar sementara hubby dlm process pengeluaran askar2 nya. hehehe..


Keadaan di Level 3. Pintu belah kanan tu bilik pengeluaran sperm. hehehe..since kat sini ade penimbang, erin sempat timbang berat. hahaha..


belah kiri tu ade bilik2.. yang pintu sliding tu. Daily care room. bilik ni for patients yg buat IVF. erin kat bilik lain. x de katil pon. 

Sementara menunggu tu, ade plak org lain nak pakai bilik tu. nasib baik la hubby dah masuk dulu. dlm 20 mins tu, hubby dah siap! dia dah pass kan sperm dia pada lab. kena letak botol tu kat dlm peti mcm post box. tekan loceng, then embryologist yg standby terus amik botol tu dari bilik sebelah (lab). okayla, semua berjalan dgn lancar. erin berharap askar2 hubby semua kuat2 dan bergerak mara ke hadapan. chewahh.!

Lepas tu, kitorg pergi la makan. nurse kate dlm kol 10.30 dah kene balik semula ke clinic. dengan full bladder..what? full bladder? dah la erin ni jenis yg cepat nak terkucil. ni nak kena tahan plak. the reason for full bladder sbb uterus kite ni shape dia mcm kacang. if full bladder, bentuk dia jadi bulat. so, senang la catherer tu nak masuk. hmmm..erin pon x paham sebenarnye. tapi iye kan aje la. sesudah itu, kami pon gi la lepak2 kat kedai mamak kejap. seriously erin mmg dah x de selera nak makan tau.air x habis. roti canai pon x habis..

tepat kol 10.30am kami dah sampai semula ke clinic. nurse kate terus ke level 3 since sperm wash semua dah ready. huhhh..pantasss.! nurse bg baju hospital suruh tukar. pastu masuk kedalam satu bilik..dlm bilik tu ade kerusi. pelik sikit kerusi dia. ade tempat letak kaki. seram plak. ni dah mcm nak beranak la plak! tgk kat sebelah. ade file erin. result semen analysis. erin pon intai la. walaupon x berapa nak paham, erin tgk macam memberansangkan la. haha. then nurse masuk. ade 3 org. sorg tu embryologist kot. masa tu erin redha je la ape yg terjadi. pastu erin terkejut bila speculum tu di masukkan.. hadoii...terangkat punggung tau..terjerit sikit. nurse tu kate, relax...turunkan punggung..kalau tahan lagi sakit. erin pon cuba la rilex kan diri. Alhamdulillah lepas tu dah okay, cuma rasa sgt x selesa...pastu embryologist bagi 2 tabung uji..kecil je diameter dia. dia suruh check nama betul ke x..betul..satu tabung uji ade tulis no 1 dan satu lagi no 2. dia minta erin genggam kedua2 tabung uji tu. maybe nak biase kan dgn suhu badan kot.   erin tanye kenapa ade 2 tabung uji, dia kate yang no 1 tu good grade of quality sperm yang 2nd tabung uji tu pon good sperm quality but slightly lower grade. ape2 la kan. haha..asalkan cepat2 habis procedure.


Ni result semen analysis pre was and post wash. boleh click utk lebih jelas. Alhamdulillah..Proxeed Plus kene teruskan minum la.

5 minit lepas tu doctor pon sampai. doc tengok file biru tadi. "sperms quality is very good for IUI"..Alhamdulillah..berkat minum Proxeed Plus la ni. kali ni hubby minum secara konsisten. then doc terus masukkan catherer. masuk sperm yang no 1 tu dulu. erin selawat byk2 dlm hati. semoga segalanya dipermudahkan ya Allah. " done the 1st sperm..here goes the 2nd....done!" huhhhh??! i was like...whatt??! why so fast? erin rase mcm x sampai 5 minit je dah selesai. erin tgk jam..pukul 10.50am..sebelum kol 11am lagi IUI dah settle..ke mmg mcm ni procedure IUI? during the insemination tu erin langsung x rasa ape2 tau. seriously.....erin rase macam xde pon sperm yg mengalir keluar.lepas tu doc suro erin rehat 1 hour. pastu dah boleh buat activity mcm biase. 3 weeks after, kena dtg clinic balik nak buat UPT. Ya Allah, semoga semuanya dipermudahkan. 

Sebelum balik, doc bagi Duphaston for 14 days. makan 2 biji sehari.

Total bill: RM974

Duphaston- RM84
IUI- RM890

Ni Duphaton doc bagi. Cukup bekalan for 2 weeks.

On the way balik rumah tu erin x rase ape2 pon. tapi bile dah sampai rumah baru la rase sedikit cramp and bloated. jalan pon mcm x betul je. harap2 lepas ni dah okay. erin x mengharap lebih2 utk 1st IUI ni. walaupon semuanya nampak mcm smooth je kan..walau sehebat mana doktor pon, walau sehebat mana telur dah sperm. tapi kalau Allah belum nak bagi rezeki, mmg xde jugak..semuanya erin berserah yang Esa. InsyaAllah.. 


16 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah Sizuka. erin hanya mampu berdoa dan berserah.

      Delete
  2. good luck erin..insyallah ada berita baik nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MTB.. insyaAllah..doakan erin. ;)

      Delete
  3. moga dikurniakan rezeki anak2 soleh solehah erin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Asma'.. insyaAllah...aminn..

      Delete
  4. hope ade good news nanti.mudah2an yerrr.ameen.bile bace kawan2 wat iui iya plak xsabar nk wat iui.ni wait if period nak datang ke x.kalo xdatang sbb pregnant lagi bagos heheheh.but if period suppose next week.doakan kami2 jugeeee yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Iya..erin pon doakan iya juga. nnt dah buat IUI boleh la kongsi experience. ;)

      Delete
  5. nak nangis.. bestnyee.. nak jugak buat IUI.... >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak baby..lepas buat IUI ni erin rase mcm biase je. rase mcm xde pape..hehehe.. best jugak ade pengalaman IUI ni. ;)

      Delete
  6. just had my first iui too. 2 ww ialah hari yg paling menggusarkan.. good luck with everything!

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree with you..2ww mcm 2 tahun nak menunggu.. Good luck to you too!

      Delete
  7. Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan IUI erin... Take care erin...jgn lasak2 sgt... take it easy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tulaa..x leh nak lasak sgt. thanks for the reminder dear. ;)

      Delete