Tuesday, 20 May 2014

Cerita boss dan TTC

Assalamualaikum...kembali bersua lagi.rindu x rindu x? hahaha..bajet femes je kan. :p

Hari ni erin CD17. cycle kali ni erin buat macam biasa je. dah nama pun TTC naturally kan. terasa lama pula x pergi berjumpa dokter. hihi...appoinment seterusnye adelah selepas raya. Appointment for IVF. huhh..lambatnyee rasa..ade 3 cycle period lagi. hohoho..rindu pulak nak TVS, rindu nak cucuk2 ni.

TTC kali ni erin just berBBT and OPK sahaja. CD13 dah dapat +ve OPK. Alhamdulillah. kalau previous cycle, erin sangat risau kan diri sendiri ovulate ke tidak. tapi +ve OPK ni kena confirmkan dgn BBT dulu. pagi tadi suhu dah start naik. tapi kena tunggu dulu. nak tengok pattern chart mcm mana. baru boleh confirm ovulation.

erin nak cerita pasal boss erin. Actually she knows what i've been through. All the TTC tingy. daripada makan clomid sampai la IUI yang kedua. yang paling penting dia sangat supportive. officemate yang lain pon sama. erin dah siap2 bgtau yang erin most probably akan apply for unpaid leave after raya. Dia okay aje. in fact, boss yang atas pon tahu pasal ni. dorg pon setuju if erin rest kat rumah.Syukur Alhamdulillah diberikan org sekeliling yang sgt memahami. erin rasa macam xdela stress sgt bekerja tapi maybe sebenarnye stress tapi erin yang x perasan yang diri ini stress. Tadi call Alpha Fertility, erin nak supporting letter drpd doc for unpaid leave application. baru 3 hari lepas erin call. Nurse check file, dia kate letter dah siap! hehehe.. nampak x...sangat x sabar nak bercuti. wahahaha...

Haaa..satu lagi erin nak bgtau yang erin dah start makan multivitamin. persediaan utk IVF nnt. erin makan multivitamin brand Blackmores. beli je kat Watson. Pastu bile gi Guardian, tengok kat Guardian lagi murahh..uwaaaa...xpela..nasib baik beli yang botol kecik je dulu. nak cuba.So far makan, okay aje. 

Sumber: Google


Hari Jumaat ni erin akan ke Jakarta. buat ape? ape lagi jalan2 dan bershopping la. hehehe...x sabarnye. 

Okay, tata....

sumber: encik Google lagi


Tuesday, 13 May 2014

Appointment..What's next??

7/5/14... erin ade appointment doc. post IUI...memula nurse suruh erin bagi sample urine for UPT. tapi erin bgtau period dah dtg pon. terus x jadi laa...actually period erin sehari je heavy..pastu dah sikit. 3 hari. huhu..pelik sangat laa..

Jumpa doc, since IUI kali kedua ni x jadi, doc x suggest pon utk buat IUI lagi. erin & hubby pon dah redha jika IVF adalah kaedah rawatan yang terbaik utk kami. takpela..kita cuba je k.. doc kira2 period erin..kalau nak buat before bulan puasa mmg sempat lagi since period erin regular. tapi buat short protocol la.. tapi doc kata nnt dah masuk bulan puasa, pastu nak raya..erin x boleh nak travel or gerak banyak. kalau ikutkan hati mmg nak sgt buat cepat2 kan. tapi erin takut juga erin mampu ke berpuasa dlm tgh pregnant tu. pastu kalau x balik kampung beraye, tak ke sedara mara akan bertanya. erin x nak la satu dunia tahu yang kami buat IVF. lagi satu, kami baru je lepas IUI haritu. takut badan penat. perlu rehat secukupnya. 

Lepas discuss dgn hubby kejap, kami decide nak buat IVF after raya la. kalau ikut perkiraan dlm pertengahan bulan August la. means kami ada 3 cycles utk try to conceive naturally. doc x kesah erin nak go for short protocol or long protocol. success rate pon exactly the same. lepas jumpa doc, kami dipanggil sekali lagi. kali ni embryologist pula nak jumpa. dia nak terangkan process IVF. semasa dia terangkan tu, erin & hubby senangla nak paham. sbb dah byk baca kan. TTCian mesti tau la sedikit sebanyak tentang IVF ni. mengikut kata embryologist tu, normally patient kat sini kebanyakannya yang buat long protocol (LP) ramai yang berjaya. tapi x byk beza pon dgn patient yang buat short protocol (SP). beza nye, LP nie doc akan bagi injection utk rehatkan ovary dan rahim kite sebelum period bermula. so sistem peranakan akan berada dlm keadaan rileks. lepas period baru diberi suntikan FSH utk besarkan telur2. so, semua telur2 akan berada dlm starting point yang sama la. telur2 akan membesar dgn size yang lebih kurang sama. Untuk SP, x de injection utk rehatkan ovary/rahim. terus start dgn FSH injection. maybe dosage utk sekali inject tu tinggi sbb masa pon singkat kan. basically, sama je 2-2 pon. cuma badan masing2 tahan atau tidak aje. erin tanya dari segi cost macam mana, dia kate sama je..hmmm..memandangkan erin akan ambil unpaid leave nanti, maybe kami akan buat LP la. 

sebelum balik tu, embryologist ade bagi kertas tentang info IVF. kena baca betul2 sebelum  procedure. next appointment lepas raya.

today punya appoinment FREE of charge! =D




Sunday, 4 May 2014

Result IUI#2

...and the result is BFN.. again.. :'(

sedih tu mmg la sedih..tapi nak buat macam mana kan. masih belum ada rezeki lagi. erin stop je Duphaston, CD28 tu dah start spotting. spotting yang sedikit amat sgt. xtau nak describe besar mana. sebesar hujung jarum kot. boleh bayangkan x? 

CD29 plak no spotting 
CD30 pon xde spotting..
CD31 spotting yang makin jelas apabila lap dgn tissue. kat pantyliner one dot aje
CD32 sama mcm CD31

actually erin dah dpt instinct IUI kali ni failed sbb BBT mcm pelik. suhu turun naik.. lepas HCG, suhu x naik2 pon mcm previous IUI. suhu makin menurun ade la..thermometer rosak ke? cek2, mcm okay je. so, ade x kemungkinan telur2 tu semua x pecah lepas HCG? hmmm... sedihnye... :(

disebabkan spotting tu x dikira hari period, cycle kali ni panjang sedikit. 32 hari tau. paling panjang dlm sejarah erin berTTC. hari ni mmg heavy. darah turun mcm waterfall okay. ingatkan adela berita gembira di hari jadi hubby. tapi xde..sorry sayang...actually..kami sama2 berharap semoga IUI kali ni berjaya. nampaknye memandangkan doc suruh cuba IUI 2 kali aje, kami harusla memikirkan apekah way forward TTC treatment kami.

Next step adalah IVF.. huhhh..x sangkakan perjalanan TTC erin sampai ke peringkat ini. kalau boleh x nak la. dah la mahal. pastu belum tentu lagi berjaya. kira try and error juga la.seperti kata doc Adilah dalam Salam Muslim episod zuriat (mesti ramai TTCian yang tengok kan?), ayat doc Adilah, "jangan buang masa. kalau ada kaedah yang lebih moden, why not cuba." haa..lebih kurang mcm ni la ayat dia. 

okay, jangan buang masa...erin ingat tuu..sama mcm gynae erin bgtau, jgn buang masa. jgn bazirkan duit buat IUI byk kali. kalau dah lebih dari 3 kali IUI, graph dah jadi mendatar. bila difikirkan balik. betul juga tu. umur pon dah meningkat. next year dah nak masuk 3 series dah. 

Actually, pasal IVF ni erin dah lama terfikir. dari segi kewangan tu insyaAllah ada. dah saving dari dulu. 7th may ni ada appointment dgn doc. maybe kami akan discuss pasal IVF. seram juga. harap2 sempat la buat sebelum masuk bulan puasa nnt. nak tanya kawan2 yang pernah buat IVF, kalau dari CD1 ke process ET biasanya ambil masa berapa hari ye?
erin nak budget2 timing IVF nie.

okayla, sampai di sini sahaja.. ;)