Showing posts with label Puregon. Show all posts
Showing posts with label Puregon. Show all posts

Saturday, 15 March 2014

Appointment with O&G after IUI

erin rasa mcm dah lama pulak x update blog kan. maklum la skrg ni erin busy dengan kerja2 di office. kenduri kawen kawan pon x dpt nak pergi since i have to work during weekend. tapi erin dan hubby xkan putus asa dlm usaha TTC ni. 

12/3/2014 kitorg gi jumpe gynea. supposely appointment ni utk check buat UPT sama ada preggy atau x. hmmm...sampai je kat kaunter tu erin terus ckp kat nurse yang erin dah period on 7/3. masa tu dah CD6. so, x payahla nak buat UPT. sesungguhnya result akan appear BFN nnt. huhu...

Pukul 8am sampai, kul 8.30am dah dipanggil. appoinment hari ni xde TVS pon. just consultation sahaja. review result IUI hari tu. doc kate semua nya dlm keadaan yg okay semasa IUI dibuat. sperm okay, uterine lining okay, telur okay.. so, doc pon ckp, even semuanya okay pon chance still 18-20% sahaja. maybe the sperm not meeting the eggs. this is beyond control. kalau IVF kat, kite dah make sure sperm n eggs berjumpa sampaila jadi blastocyst baru transfer balik ke dlm rahim. tapi semuanya kuasa ALLAH..erin redha aje...

doc kate kite boleh try utk 2nd IUI. percentage of success rate still sama. 15-20%. tapi 2 kali je doc kate utk buat IUI ni. lepas tu terus buat IVF. success rate lebih tinggi. satu lagi ape yang erin fikir adalah umur skrg. now, i'm 28years old. bulan May nnt dah 29years old. huhu..next year dah masuk 3 series..sementara masih muda ni, bagusla buat IVF. insyaAllah peratus kejayaan tu lagi tinggi. Fertility decline by age. but of course semuanya dgn izin ALLAH. kite hanya mampu berusaha.

doc kate next cycle kite cuba 2nd IUI. tapi bukan dgn Puregon lagi. baru je erin nak berangan pakai pen puregon tu lagi sekali. kali ni doc nak tukar pakai HumoG pulak. huhu...apekah itu? sama jugak FSH. cuba doc kate dia mcm coffee. kena bancuh2 dulu before nak inject. hehe..nak tergelak pon ade. doc juga bagi clomid 100mg.erin tanye la..nak buat IUI this cycle ke? doc kate, this cycle dah x sempat lagi. kite buat next cycle. so this cycle cuba conceive secara  natural. insyaAllah, mana tahu preggy kan? hehehe... total cost utk hari nie RM50. sebenarnye byr harga clomid aje. tu pon utk next cycle nnt. HumoG tu x beli lagi la. nanti lupa pulak cara2 nak inject. dah confirm period baru gi semula ke clinic utk beli. consultation untuk hari tu free of charge! hehehe...

erin ade juga tanye doc, telur 13.5mm-14mm tu okay ke size dia utk CD12. doc kate, telur akan membesar by the time IUI tu. size tu dah cukup matang. yang 18mm tu confirmla matangkan. x sabar pula nak buat 2nd IUI ni. kalau x berjaya juga, kami harus mempertimbangkan usaha utk buat IVF pula. insyaAllah... 

erin ngan hubby ade juga tergerak hati nak buat rawatan alternative. kat pusat rawatan islam Al-hidayah. mane la tau ade 'bende' lain ke yg menganggu usaha kami untuk dptkan zuriat. erin diberitahu, kalau untuk zuriat dia ade bukak kaunter khas. so, lebih focus la. at least, semua 'benda' tu dah dibuang. Accupunture pon mcm bgs jugak. erin ade bace rawatan ni dah terbukti secara saintifik. Ntahla...kite cuba je la mana yang mampu ehh.  

okayla, ni je TTC update utk kali ini. cau cin cau! ;) 




Friday, 14 February 2014

Kisah Puregon X Cukup!

hahaha..erin pon x tau nak ckp ape lagi. pagi tadi masa hubby nak inject puregon. erin tgk la kat catridge tu. ubat ni mcm tinggal sikit je. maybe la 100iu tu sikit sgt x. mesti cukup je. tutup2, lepas inject tu, hubby kate "alamakk ayg..dah x boleh tekan lagi la..x sampai 0 pon ni.." erin tgk..pen tu berada pada senggatan 25iu. wahahaha... x cukupppp!!!  alamak..mcm mana bleh x cukup ni. tgk2 kat box tu....




haa..padan la x cukup. patut nye dlm satu catridge tu ade extra 100iu..means jumlah keseluruhan Puregon ade 400iu la.hari tu nurse dah inject 100iu. so, tinggal la 300iu utk 3 hari kami inject. patutnye cukup2 la. tapi terlupa plak nurse tu ajar suruh testing 1 senggatan before inject. mean, dan membazir la sikit. ni dah 4 kali inject, 4 kali la membazir nye.. adoyaiii..

nak buat macam mana lagi, terpaksala memecut ke clinic pepagi buta. adehhh..sampai je kat clinic, erin jumpa nurse. tapi nurse lain la bukan yang hari tu.

nurse: aikk? mcm mana boleh x cukup plak? selalu patient cukup2 je ni. 

erin: x cukup la sbb nurse sebelum ni ajar suruh testing dulu before inject. 

nurse: kalau sy yg ajar, sy x suruh pon testing dulu. bila inject, senggatan dah jadi 0 maknanye ubat tu masuk la.. 

huhu..maybe nurse yg ajar kitorg tu agak berumur sikit. so, cara dia old school sket kot. hahaha..pastu, nurse yg ni pon inject la lagi 25iu tu yg x cukup. dia gelak je tgk kat perut erin ade lukis garisan dgn pen hitam. dia kate, x payah lukis pon xpe. agak2 je. asalkan inject kat kawasan yg berlemak. hahaha..perut erin mmg penuh dgn lemak. x yah risau. 

then, kitorg pon balik la. terus pergi kerja la..nasib baik clinic x kenekan ape2 caj...
Isnin ni buat TVS. harap2, follie2 membesar dgn cantik dan sihatt! doakan kami yer. ;)