Hmmm...Salam TTCian~~
Lepas dah create blog nie, rajin plak nak mengupdate kan. walaupun belum ade kawan lagi. tapi xpela..asalkan erin dapat luahkan perasaan erin kat sini pon jadi la. secara x langsung erin pon berdoa pada yang Esa agar permudahkan perjalanan TTC erin nie..aminnn..
meh nak citer..kesinambungan daripada previous post (padahal baru je update tgh hari tadi). antara usaha erin selain berBBT dan OPK, erin juga adela makan supplement ni. erin makan Shaklee..set kesuburan. ala, mesti korg sumer pernah dengar kan ape tue Shaklee. mmg femes la dengan supplement2 nye. Al-kesahnye macammana erin boleh plak terjebak dgn supplement ni adalah kerana encik hubby la. beginilah ceritanya...
pada suatu hari ..
hubby: ayg, abg ade beli set kesuburan shaklee ni. dah order. nanti esok lusa sampaila..
erin: erk..abg dah beli ke? ayg pon ingat nak cuba juga shaklee ni. tgk dlm fb kawan asyik dok pomot je. mana la tau lepas makan, ade rezeki kan.
hubby: abg order shaklee ni dgn kawan abg. saja nak tolong kawan kan..ni pon salah satu ikhtiar.
erin happy sgt sbb encik hubby pon ade jugak usaha dalam berTTC nie. Dalam 2 hari tu sampaila set Shaklee. ade B Complex, Folic Acid, Alfafa, GLA, Zinc and Vitamin E. Kalau nak tengok macam mana rupa botol, boleh la gugel yerr..hehee.. byk jugak nak kena makan. erin rasa macam org sakit kronik je. x pernah telan pil byk mcm ni hari2. memula tu, rajin la menelan supplement hari2. pastu dah lama, macam dah x berapa nak consistent la. skip2 je. hubby pon sama je.
untuk mengelakkan drpd skip makan supplement ni, kitorg g la beli pil case kat guardian. cukup bekalan utk seminggu. every week erin akan masukkan pil2 tu dlm pil case erin n hubby. letak dlm bag keje. pastu balik drpd keje erin juga check whether encik hubby makan ke x supplement untuk hari ini..hahaha..dah jadi macam mak tiri plak kan.
before this, erin just makan folic asid je. brand Appeton tu. beli kat Guardian. ni pon ofismate la yg suro makan 3 months before conceive. sekarang erin dah bertukar pada Shaklee plak. So far, bile makan Shaklee ni okay la. badan rasa bersemangat. x cepat mengantuk, letih..cuma satu je..rezeki yang satu itu belum ada lagi. maybe masih awal lagi kot...
"Ya Allah...Kau kurniakanlah kami zuriat yang soleh/solehah utk bekalan di masa akhirat kelak. Amin..."