Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Semen Analysis

Salam kawan2 semua...sekejap je kan dah masuk bulan October..setahun sudah hampir berlalu perjalanan TTC erin. erin sgt berharap this year erin boleh conceive..tapi semuanya atas ketentuan Allah..InsyaAllah...erin x kan berputus asa. erin pon harap kawan2 yang lain pon sama juga.

Untuk post ni erin nak cite pasal semen analysis.in previous post erin ade citer yang sperm hubby x berapa okay..sperm count je okay..quality (speed & shape) tidak memberansangkan. bila doc bgtau result mmgla susah nak terima kan. lebih2 lagi encik hubby. lelaki...mestila tercabar keegoannya bila tau result 'anak2 berudu' nya x menepati criteria. tapikan doc cuma cakap verbally je on the result. xde proper report macam erin tgk dlm internet. bgla proper reportkan. senang juga nk refer kat mana2 doc yang lain. doc ada bagi encik hubby makan Proxeed Plus, Tribestan & Speeman. Kalau nak tahu, ubat2 ni pon bukannya murah tau. boleh tgk breakdown dia kat bawah. nie erin bg total harga untuk stock sebulan je:

1)Proxeed Plus : RM360 (serbuk..kena bancuh dlm air. sehari 2 sachets. perisa lemon.sekotak ade 30 sachets.ni harga 2 kotak (sebulan) RM 180 X 2)

2) Tribestan: RM 180 (Sehari makan 2 biji)

3)Speman: RM 43 (ade 100 biji sebotol. makan 4 biji sehari. 2 pagi 2 malam)

Total ubat 'anak2 berudu' = RM 583

huh....mahal x? kalau ade kawan2 dpt harga lagi murah drpd erin dpt ni, bgtau la ek. yang ni semua erin beli kat Klinik Pakar Wanita Medina. kat Taman Melati tu. erin pon xtau la kenapa doc bagi 3 jenis. erin baca2 kawan2 lain cuma makan satu jenis je. yang erin tau,yang betul2 ubat adalah Proxeed Plus. Dr Zubaidi pon rekemen yang nie. yang Tribestan & Speeman tu hanya herba2. tapi walaupun herba, ade juga kawan2 TTC yang makan ade improvement.


sebelum kitorg buat semen analysis, encik hubby dah 2 bulan makan supplement zinc + vitamin E shaklee. agak consistent jugakla dia makan. tu yang bile buat semen analysis dia x berapa nak risau. siap confident lagi sperm dia okay. tgk2 result sgt menghampakan...maybe badan dia x serasi kot dgn supplement Shaklee. terus dia stop makan shaklee. makan 3 jenis ubat yang doc bagi.

Hari sabtu lepas (28/9/2013), kitorg buat 2nd semen analysis. yela kan...dah makan ubat...nak la tengok hasilnya. memula gi la kat Damai Fertility Centre. dah bg ic dah register semua, tetiba encik hubby kate cancel la. kite pergi kat tempat lain. ntahla..maybe dia x selesa kot. nurse kat situ macam x puas hati je ngan kitorg. hahaha...Pastu kitorg gi kat Alpha Fertility Centre..yang ni encik hubby macam confident je. kitorg just walk in je. sbb nk buat sperm test. erin x nak check ape2 pon sbb masih on recovery. cuma nak review result x boleh on the same day. doc x available. kena review next saturday la. 

Kat Alpha Fertility Centre ni, erin tengok x ramai la melayu. mostly chinese la. maybe population kat Damansara ni ramai chinese kot. encik hubby cerita, dekat bilik semen production room tu ade satu kerusi yg boleh baring. pastu dinding semua cermin la. siling pon cermin. ape motif? ntahla..hahaha... the best part is ade TV and VCD 18SXXX.. ki3...ni mmg lawak. ;P

cukup sampai di sini je erin cerita ye..on the semen analysis result tu, erin akan update lepas dpt resultnye nanti yer..tata~


Tuesday, 24 September 2013

TTC Journey #2

Hmmm...Salam TTCian~~

Lepas dah create blog nie, rajin plak nak mengupdate kan. walaupun belum ade kawan lagi. tapi xpela..asalkan erin dapat luahkan perasaan erin kat sini pon jadi la. secara x langsung erin pon berdoa pada yang Esa agar permudahkan perjalanan TTC erin nie..aminnn..

meh nak citer..kesinambungan daripada previous post (padahal baru je update tgh hari tadi). antara usaha erin selain berBBT dan OPK, erin juga adela makan supplement ni. erin makan Shaklee..set kesuburan. ala, mesti korg sumer pernah dengar kan ape tue Shaklee. mmg femes la dengan supplement2 nye. Al-kesahnye macammana erin boleh plak terjebak dgn supplement ni adalah kerana encik hubby la. beginilah ceritanya...

pada suatu hari ..

hubby: ayg, abg ade beli set kesuburan shaklee ni. dah order. nanti esok lusa        sampaila.. 
erin: erk..abg dah beli ke? ayg pon ingat nak cuba juga shaklee ni. tgk dlm fb kawan asyik dok pomot je. mana la tau lepas makan, ade rezeki kan.
hubby: abg order shaklee ni dgn kawan abg. saja nak tolong kawan kan..ni pon salah satu ikhtiar.

erin happy sgt sbb encik hubby pon ade jugak usaha dalam berTTC nie. Dalam 2 hari tu sampaila set Shaklee. ade B Complex, Folic Acid, Alfafa, GLA, Zinc and Vitamin E. Kalau nak tengok macam mana rupa botol, boleh la gugel yerr..hehee.. byk jugak nak kena makan. erin rasa macam org sakit kronik je. x pernah telan pil byk mcm ni hari2. memula tu, rajin la menelan supplement hari2. pastu dah lama, macam dah x berapa nak consistent la. skip2 je. hubby pon sama je.

untuk mengelakkan drpd skip makan supplement ni, kitorg g la beli pil case kat guardian. cukup bekalan utk seminggu. every week erin akan masukkan pil2 tu dlm pil case erin n hubby. letak dlm bag keje. pastu balik drpd keje erin juga check whether encik hubby makan ke x supplement untuk hari ini..hahaha..dah jadi macam mak tiri plak kan. 

before this, erin just makan folic asid je. brand Appeton tu. beli kat Guardian. ni pon ofismate la yg suro makan 3 months before conceive. sekarang erin dah bertukar pada Shaklee plak. So far, bile makan Shaklee ni okay la. badan rasa bersemangat. x cepat mengantuk, letih..cuma satu je..rezeki yang satu itu belum ada lagi. maybe masih awal lagi kot...

"Ya Allah...Kau kurniakanlah kami zuriat yang soleh/solehah utk bekalan di masa akhirat kelak. Amin..."