Showing posts with label clomid. Show all posts
Showing posts with label clomid. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

HumoG 150iu for IUI#2

CD2 erin dah terus call clinic nak dtg esoknya ambil injection set. sampai clinic awal pagi. x payah tunggu lama sbb x jumpe doctor pon. jumpa nurse je. pastu nurse tu ajarla cara2 nak inject HumoG tu. sgt berbeza dgn inject Puregon. Puregon kan ade pen. pastu sgt senang. yang Humog ni, kita kena campur powder dgn  liquid dulu. bancuh2 mcm buat coffee.haha. pastu baru boleh inject. leceh sikit la...tapi kena inject 3 hari aje. CD3, CD5 and CD7. Harga dia lebih mahal dari Puregon. mungkin dosage dia lebih tinggi. yang nie 150iu. 


 Injection set. patutnye ade 3 kotak tapi nurse dah terus inject pada hari kejadian. kesemua ni RM1080. huhhhh..mahal kan?

 Ni la HumoG 150iu. yang botol kuning tu liquid. yang botol pendek tapi gemuk tu powder. liquid dlm botol kuning tu kena masukkan dlm botol pendek tu. shake well. pastu baru leh start inject.
 haa..ni la syringe yang harus di pakai semasa activity cucuk mencucuk. mmg rupa dia lagi horror drpd Puregon pen. 



Seperti biasa, aktiviti cucuk mencucuk ni dilakukan oleh encik hubby tercinta la. hahaha..dia la yg jadi dokter. dia cucuk x sakit pon cuma erin je mcm takut tgk cara dia pegang syringe tu mcm nak bunuh org je. kih3...Dalam masa yang sama doctor suruh erin makan clomid 100mg bermula CD2 sampai la CD6. 



Sementara menunggu nurse ready utk set injection, ternampak plak board ni....Thank you notes from the patients to doctors and staffs. seronoknye dpt tgk pic baby..baby twins, triplets...how i wish i could be one of them.. ramai rupanye org2 yang senasib dgn kite yang menanti kehadiran anak kecil. semoga doa kami dimakbulkan. amin...

Comel kan?

On CD 12 nie, ade appointment utk TVS. nak tgk telur2 berjaya besar atau tidak. harap2 la telur2 semua membesar dgn cemerlang. semalam CD7 erin demam...erin harap x effect la telur2. hari ni dah beransur sihat. takut la jugak... semoga usaha IUI kami dipermudahkan. ;)

Nanti erin update yer..


Wednesday, 2 April 2014

BBT previous cycle

Ni adelah previous cycle BBT chart...unmedicated/unstimulated cycle.



haaa..gituuu..pendek pulak cycle ni.sampai CD23 je. erin rasa erin dah salah kira la CD1 erin ni. CD1 patutnye start awal lagi.tgk calendar kat bawah ni pulak.. 



erin start kira CD1 on 7/3/14.. actually yang spotting betul2 sgt sikit adelah 3/3/14 tu. yang lain tu mcm spotting tapi byk sikit. maybe erin x pandai nak bezakan spotting ngan light period kot....padan laa pelik cycle ni, napela erin ovulate awal. selalu ovulate CD14 @ CD15 gitu. tapi luteal phase (LP) masih maintain 13days. which is good.  

Nampak x suhu badan tinggi tahap maksima..tapi x berterusan..hari2 yang mendatang semakin menjunam ke bawah graph itu. kesimpulannya, erin dah period..perlu start dgn fresh cycle semula. ;)

CD1 dah call Alpha Fertility utk dtg ke clinic ambil injection HumoG for IUI#2 pula...CD2 erin dah start makan clomid. next entry erin ceritakan pengalaman cucuk mencucuk menggunakan HumoG pulak ehhh. 

okaylah...tata~


Saturday, 15 March 2014

Appointment with O&G after IUI

erin rasa mcm dah lama pulak x update blog kan. maklum la skrg ni erin busy dengan kerja2 di office. kenduri kawen kawan pon x dpt nak pergi since i have to work during weekend. tapi erin dan hubby xkan putus asa dlm usaha TTC ni. 

12/3/2014 kitorg gi jumpe gynea. supposely appointment ni utk check buat UPT sama ada preggy atau x. hmmm...sampai je kat kaunter tu erin terus ckp kat nurse yang erin dah period on 7/3. masa tu dah CD6. so, x payahla nak buat UPT. sesungguhnya result akan appear BFN nnt. huhu...

Pukul 8am sampai, kul 8.30am dah dipanggil. appoinment hari ni xde TVS pon. just consultation sahaja. review result IUI hari tu. doc kate semua nya dlm keadaan yg okay semasa IUI dibuat. sperm okay, uterine lining okay, telur okay.. so, doc pon ckp, even semuanya okay pon chance still 18-20% sahaja. maybe the sperm not meeting the eggs. this is beyond control. kalau IVF kat, kite dah make sure sperm n eggs berjumpa sampaila jadi blastocyst baru transfer balik ke dlm rahim. tapi semuanya kuasa ALLAH..erin redha aje...

doc kate kite boleh try utk 2nd IUI. percentage of success rate still sama. 15-20%. tapi 2 kali je doc kate utk buat IUI ni. lepas tu terus buat IVF. success rate lebih tinggi. satu lagi ape yang erin fikir adalah umur skrg. now, i'm 28years old. bulan May nnt dah 29years old. huhu..next year dah masuk 3 series..sementara masih muda ni, bagusla buat IVF. insyaAllah peratus kejayaan tu lagi tinggi. Fertility decline by age. but of course semuanya dgn izin ALLAH. kite hanya mampu berusaha.

doc kate next cycle kite cuba 2nd IUI. tapi bukan dgn Puregon lagi. baru je erin nak berangan pakai pen puregon tu lagi sekali. kali ni doc nak tukar pakai HumoG pulak. huhu...apekah itu? sama jugak FSH. cuba doc kate dia mcm coffee. kena bancuh2 dulu before nak inject. hehe..nak tergelak pon ade. doc juga bagi clomid 100mg.erin tanye la..nak buat IUI this cycle ke? doc kate, this cycle dah x sempat lagi. kite buat next cycle. so this cycle cuba conceive secara  natural. insyaAllah, mana tahu preggy kan? hehehe... total cost utk hari nie RM50. sebenarnye byr harga clomid aje. tu pon utk next cycle nnt. HumoG tu x beli lagi la. nanti lupa pulak cara2 nak inject. dah confirm period baru gi semula ke clinic utk beli. consultation untuk hari tu free of charge! hehehe...

erin ade juga tanye doc, telur 13.5mm-14mm tu okay ke size dia utk CD12. doc kate, telur akan membesar by the time IUI tu. size tu dah cukup matang. yang 18mm tu confirmla matangkan. x sabar pula nak buat 2nd IUI ni. kalau x berjaya juga, kami harus mempertimbangkan usaha utk buat IVF pula. insyaAllah... 

erin ngan hubby ade juga tergerak hati nak buat rawatan alternative. kat pusat rawatan islam Al-hidayah. mane la tau ade 'bende' lain ke yg menganggu usaha kami untuk dptkan zuriat. erin diberitahu, kalau untuk zuriat dia ade bukak kaunter khas. so, lebih focus la. at least, semua 'benda' tu dah dibuang. Accupunture pon mcm bgs jugak. erin ade bace rawatan ni dah terbukti secara saintifik. Ntahla...kite cuba je la mana yang mampu ehh.  

okayla, ni je TTC update utk kali ini. cau cin cau! ;) 




Sunday, 9 February 2014

Preparation for IUI #1

Dearest TTCians...

Hari Sabtu lepas (8/2/14), erin gi Alpha Fertility. Appointment kol 10am. tapi kitorg sampai lambat. kol 11am baru sampai. lepas amik no giliran, kitorg dpt no 3. okayla kan walau sampai lambat pon. haha. 

Since time tu erin CD3, period yg agak heavy flow, erin takut jugak la if doc nak buat TVS. harap2 jgn la..confirm x selesa dengan darah bagai ni. sebelum tu, nurse mintak air kencing. hmm...x kan la nak test OPK lagi. awal lagi kot. xpela..erin layankan aje. 

Tiba giliran kami...macam biase doc tanye today dah CD berapa..ade x BD masa time yg dia suruh tu..pastu doc ajar nak kira bila kita ovulate. walaupon dlm hati "sy dah tau la doc"..hahaha..doc kate utk proceed IUI erin kena start injection by today. doc tgk rekod telur2 erin yg sebelum ni mcm okay je. so, doc bagi Puregon 100iu X 4 days. nanti sesi cucuk mencucuk akan di ajar oleh nurse. yeahhh...takut pon ade.

erin ade jugak tanye doc, okay ke erin makan clomid every cycle? doc kate, the most is 6 cycles je. x boleh lebih. okay. ni dah 4th cycle erin consumed clomid. On CD12 nnt, doc suruh dtg clinic lagi utk check perkembangan telur2. harap2, semua telur membesar dgn cantik la. hari tu jugak doc akan inject erin utk induce ovulation. 36hrs after that telur akan pecah. erin kena dtg lagi either on CD13 or CD14 for IUI procedure. confirmla erin kena ambil cuti pada hari tu.

lepas jumpa doc, kitorg tggu lagi utk nurse panggil pulak. then, bile nurse panggil, kitorg masuk satu bilik yg lain. nurse pon terangkan la cara2 mcm mana nak inject Puregon. erin dah takut ni..hubby la kene buat. lepas nurse tu tunjuk cara2 mcm mana nak inject, nurse mintak hubby buat. means, 1st injection hubby terus buat la. hahaha..erin berdiri masa tu..dok pejam je mata. nasib baik la pakai Puregon pen tu. tapi still nampak jarum yg halus. panjang jugak. serammm..erin tutup je mata..tetibe ade rase sakit cam gigit semut je. hehehe..kejap je..pastu okay. Hubby pon buat la muka bangga lepas berjaya inject. haha...konon2 jadi dokter la tuu..Nurse bagi tarikh2 kene cucuk dlm satu kertas. pastu Puregon tu kene letak dlm fridge. bagi sejuk. 



Nie kotak pen Puregon 


Nie la kandungan dlm kotak itu. macam bekas letak spec pon ade.


 Ni jadual waktu bila nak kene inject Puregon.


Nampak gayanya before gi keje kene main dokter2 sekejap la. kol 7am dah kene cucuk. hehehe..

Dalam kol 1pm, kitorg balik. Total cost: RM630

Puregon set- RM570
Consultation- RM60

Friday, 7 February 2014

BBT chart last cycle and today is CD2!

huhu...x tau nak mula kan macam mana. nak kate sedih, sejujurnya erin rasa period kali ni x berapa nak sedih macam yg sebelum2 ni. nak tau sebab ape? sbb masa 2ww, erin x fikir sgt pasal TTC ni. kami bercuti ke singapore 5 hari 4 malam sepanjang CNY ritu. haaa...baru la honeymoon! lagi satu, maybe erin ni dah x sabar sgt nak buat IUI agaknya. yelah, nak cuba bende baru yg lebih advance. harap2 adelah hasilnya kan? insyaAllah..nie asyik makan clomid je. dah 3 cycle on clomid. now, kitorg nak move on.nasib baik la hubby erin seorg yg sgt2 supportive dlm usaha TTC ni. sampai kami terfikir nak buat IVF tahun nie jugak pon ade. tapi sabar dulu la. mana tau dgn IUI pon boleh berjaya kan? 

today dah CD2. period mmg sgt2 heavy hari ni. erin bersyukur sbb period datang on time. x pernah lewat langsung. cycle erin last month 28 days. normal of me. makan clomid dah..telur pon dah cantik..tube okay...sperm okay...BBT pon okay..ape lagi ekkk? walaupon doc kate erin boley conceive normal tapi erin still rasa ada something wrong with my body. did the sperm met each other after BDing? kalau boley nak je kutip sperm tu, lekatkan dekat telur kan. haaaa...kan senang. 

ni BBT chart erin previous cycle. ade masalah x ngan chart ni? erin rasa xde pape pon. normal je kan?adehhh..lagi la haru je fikir root cause kenapa x boleh conceive lagi. xper, next time boleh cuba lagi. chaiyoxx!!


Tadi erin dah buat appointment ngan Alpha Fertility. nak buat IUI. hari tu doc kate dtg on CD1 @ CD2 @ CD3 untuk injection. memandangkan CD3 esok (sabtu), erin pilih esok la. today erin dah on clomid 100mg. x sabar nak buat IUI pon ade...sangatttt x sabar! sebab benda baru kan.. ;)

Saturday, 25 January 2014

OPK lagi..

Every cycle erin akan buat entry OPK ni kan. memandangkan erin jumpa doc on CD12, doc akan buat OPK juga, erin pon start je la test OPK on CD12 jugak. biasenye erin akan test dlm pukul 2pm mcm tu la.dari pembacaan, LH kita paling tinggi masa tu. do not test using your first urine. result may not be accurate.

kalau nak tau, masa erin test on CD12 tu, tunggu 5 minutes...line C dah naik..line T belum lagi...tunggu punya tunggu, xde pon! aikk...pelikk...nape xde langsung LH ni?! selalu nye bila erin test, x pernah lagi xde double line tau. cuma terang atau kabur je..kali ni mmg mencabar jiwa dan raga. okay fine, tunggu esok la test lagi CD13...erin test kul 2pm, sama juga! xde langsung tanda kat line T. cuma kat line C aje...frusttt! sangatt frust hokayy! erin fikir, eh xkan la sebab makan clomid? kali ni mmg dosage tinggi sikit dari yang biasa. erin x puas ati...petang tu (CD13) erin test lagi skali.. hmmmm...lega...baru keluar faint line kat T. alhamdulillah.. esok mesti terang punya la.

CD14 tgh hari pon erin test lagi...kali ni confirm +ve. line T and line C sama terang. Alhamdulillah....malam sikit erin test lagi. line T masih terang tapi x seterang line C la. erin rasa, erin akan ovulate esoknya la..CD15.. rasanya betul kot sbb base on BBT, CD16 suhu naik tinggi mendadak. ;)

itula cabaran menggunakan OPK. hahaha...kalau beli OPK yang RM1 sebatang tu, xpela kan nak test byk kali. ni nak kena berjimat jugak. 5 batang je ade sekotak. so, kena make sure hari yang betul utk buat ujian. 

Okayla...cukup la utk TTC utk kali ini. agak2 kalau dah inject2 utk IUI nnt kan, ade effect x OPK? soalan tergantung..okay, xde jawapan. k, bai! 



besarkan imej utk lebih jelas. erin pakai semua la. nasib baik jumpa +ve. kalau x, menangis...melayang duitku..

 haa...nampak tak..line T sama terang ngan line C

Nie gamba yang lebih dekat.

Monday, 20 January 2014

Follicle Scan #3

Pagi tadi erin ngan hubby baru je gi Fertility centre.Hubby keje hari ni. erin cuti.. hahaha.. sonok cuti..kih3.. sampai clinic awal tau. before 8am lagi. tapi dokter ade hal pulak. masuk dlm 8.30am mcm tu la..okayla..xdela lama mana tunggu. hubby dah 2 kali refill air milo tuu.

macam biase la, dokter scan telur. memula dokter ingat erin dah buat injection ready for IUI. belum lagi laa dokter..cycle nie kitorg masih mencuba dgn clomid lagi. dokter ni sgt laju la bg erin..cepat je dia berfikir dan menulis. masa scan tu erin ade 4 telur. 2 yang besar. 2 lagi x berapa besar. yang x berapa besar tu dokter x measure la. dokter measure hanya yang matang sahaja. belah kiri 18.5mm dan belah kanan pulak 13.5mm. erin pon x tau yang 2 lagi telur yg x besar tu akan pecah ke tidak.. uterine lining erin masih tebal 8.6mm. cukup utk baby menempel. OPK test pagi tadi negative. so, dokter kate paling awal pon erin akan ovulate on CD14. as expected..

Bagi erin, makan 100mg clomid and 150mg clomid x banyak sangat perubahan pada telur. makan 100mg ade 2 biji telur matang. makan 150mg ade 2 biji jugak telur matang + 2 biji telur x matang.telur x matang tu akan pecah ke tidak? ketebalan uterus plak, bile makan 100mg uterus lagi tebal dari makan 150mg (9.7mm vs 8.6mm). so, erin rasa clomid 100mg sudah memadai utk erin.erin bgtau kat dokter, ni last cycle erin on clomid. next nak terus proceed IUI. pastu dokter kate if nak terus proceed IUI kena makan clomid 100mg CD2-CD6 and dtg clinic either CD1, CD2 or CD3 for injection.dokter nak bagi set injection tu skali..huhhh..seram jugak dengar. tapi erin kena get ready la utk inject2 ni kan. nak baby punya pasal. Harapnye kitorg x sempat pon la buat IUI ni. terus preggy. Syukur Alhamdulillah.. ;)

Atas permintaan, tadi dokter terus bagi 100mg clomid for next cycle. sampai bile ehhh nak makan clomid ni? Total treatment: RM230 (clomid+OPK+TVS+consultation).

Okay, itu saje TTC update kali ini.Tata~

Friday, 10 January 2014

New cycle..New hope...Clomid again.

Hari nie erin dah CD2..mcm biasa la...berharap sgt preggy, tapi xde rezeki lagi..redha je la.Erin period on CD28, ini menjadikan last month cycle CD27 la. Ni mmg range normal erin pon CD27-CD29. x pernah lewat...haaaa..UPT CB digital masih lagi x dpt pakai. x sempat..

Since today is CD2, erin pon dah start makan clomid la. ini cycle yg ke-3 erin on clomid. tapi kali nie dokter tinggikan sikit dosage kepada 150mg. Ade beza ke ambil clomid 100mg and 150mg? hmmm..nanti masa follie scan, baru dpt jawapan. kite tunggu dan lihat. 

Tadi erin call fertility centre utk set appointment on CD12. hari tu ade discuss dgn hubby nak terus proceed dgn IUI. malas dah nak tunggu2 kan. pastu masa call fertility centre tadi, nurse tu kate kalau nak buat IUI boleh, tapi kena dtg clinic esok ambil pen injection tu. erkkk..serammm plak dengar. lepas tu erin discuss balik ngan hubby. hubby kate,kite cube dulu la this cycle. next cycle if x berjaya conceive baru kite proceed ngan IUI. Okay sayang...noted. Lagipon, cuti chinese new year ni kitorg ade plan nak gi holiday kat Singapore. x bestla kan nak main roller coaster bagai pastu tgh 2ww plak tu. Telur2 sekalian, sile membesar dengan cemerlang okay! 


bukan gamba Google okay.




Babai!

Thursday, 26 December 2013

Follicle Scan CD11

Kembali sekali lagi! hehehe.. erin baru je balik dari Terengganu semalam. seronok ler sbb it's paid vacation! haha...ikut hubby outstation kan. hotel free la. transport boleh claim. ;)

Erin nak citer on my appointment with gynae at Alpha Fertility Centre (23.12.2013). Kalau ikut plan, ingat lepas appointment terus  nak gerak ke Terengganu. tengok2 lama pulak menunggu. ade la dlm 1 hr 20 mins. normally, kitorg jumpa pagi2. we are the first patient, so x de la menunggu manusia2 lain. dlm 10 mins je tunggu dah di panggil. That day in the morning, doc ade operation. thus, they arrange us for the appointment at 2 pm. okayla. we arrived sharp at 2pm tapi being called at 3.20pm. ade sorg patient tu lama giler jumpe doc. dlm 40 mins. yang lain tu kejap2 je. Nasib baik la erin x boring sgt menunggu. ade TV, magazine, etc.. hubby plak byk kali gi amik air milo. hahaha.. kat bawah ni ade beberapa gamba yang erin amik. nampak sgt xde keje kan..utk tatapan korg. mana la tau ade yg berminat nak buat treatment di sini ke.


ruang menunggu yg agak selesa

Kalau boring2 boleh tengok Discovery Channel.

macam2 health magazines ade. TV kat atas tu menayangkan kejayaan2 Alpha Fertility Centre dlm menghasilkan baby2 yg cumil through IVF & IUI. Tu gamba doc pegang baby twins.

Ini juga kejayaan Alpha Fertility centre. kena zoom in baru nampak ade yg ditulis dlm TV tu. banyak lagi sebenarnye. ini membuatkan patients lebih confident utk buat treatment di sini.


Finally, nama kitorg di panggil. macam biasa la, doc pon tanye la hari2 yg sepatutnya BD tu kitorg BD x. hehehe..of course la kitorg BD. since cycle erin 28days, doc kate erin ovulate on CD14. erin tanye lagi skali kat doc, "are you sure i'm ovulated?" "yes, sure.." since kitorg BD on hari ovulation, doc kate maybe the sperm is slow moving. pastu dia tgk lagi skali result semen analysis hubby. sperm okay. x de masalah. ye la , ni semua kuasa Allah kan. Then, doc pon buat TVS scan utk tgk ade x follie yang terhasil lepas makan 100mg clomid. last cycle erin pon makan 100mg clomid tapi buat follie scan on CD12. yang ni on CD11. memula doc scan tengah2..tengok my uterine lining. doc kate the thickness is very good for CD11, erin punya ketebalan dinding rahim 9.7mm. ade sesetengah org bila makan clomid, dinding rahim akan menipis. i think clomid works well on me. ;) lepas tu doc check ovary belah kanan..doc kate xde follie yang yang besar. erin dah sedih dah..."never mind, we go into ur left ovary.." jeng3..ade 2 follies yang besar.yeay!  doc pon ukur.. 16mm & 14.5mm. utk CD 11, dgn measurement ni, erin rasa okay la. last time CD12 ade 2 follies size 18mm & 14mm. lebih kurang sama je sebenarnye. cuma x boleh nak buat direct comparison. walaupon, each day follie akan membesar sebanyak 2mm. Doc juga ade buat OPK test. of course la negative. CD11 awal sgt utk dpt +ve result.

Okay, done with TVS. since erin dah pernah buat laps & dye test dulu, doc tanye result nye. erin kate, okay. if doc nak nak tengok video masa operation tu pon kitorg ade. ade nampak cecair biru mengalir keluar. doc kate, x payah tgk video. since tube dah okay. selesai satu masalah. kepada kawan2 TTC lain laps & dye merupakan satu lagi kaedah utk check fallopian tube sama ada tersumbat atau tidak. ia dilakukan dgn full anesthetic. kira x sedar langsung la ni. camera akan dimasukkan dan juga blue dye. kira dpt tgk kat screen dgn jelasnya cecair bewarna biru itu dimasukkan dan mengalir keluar. normally kan org buat HSG utk check tube, cuma akan nampak x-ray image. fungsi dia sama je cuma laps & dye test ni kita x sedar. x sakit langsung. utk pengetahuan, erin buat laps & dye sebab alang2 erin nak buang fibroid. buat la skali. doc tanye " are you already give up with all this?" erin kate belum give up lagi, we want another try. so, doc kate, harap cycle ni berjaya, if x berjaya, doc akan prescribe with 150mg clomid pulak. erin rasa, kalau tidak doc nak proceed dgn IUI je kot. sabar dulu. tgk cycle ni mcm mana kan. anyway, kitorg dah siap2 beli 150mg clomid. harap2 next cycle x sempat consume la. hehehe.. 

Di bawah ade la bill treatment kami. sila click utk lihat dengan lebih jelas. Total RM255.



okayla, sampai ketemu lagi. tata.. ;)

Monday, 23 December 2013

OPK

Salam yer kawan2 TTC.. ;)

Just to share semalam erin gi beli OPK. jeng..jeng...jeng... selalunye erin akan buat OPK on CD10. tapi erin rasa terlalu awal la plak. Normally pon erin akan dpt positive OPK on CD14. Jadi skrg ni erin nak test OPK bermula CD12 la. xdela banyak membazir OPK kan.

Semalam erin gi shopping kat  OU (One Utama)..selain menghabiskan duit membeli handbag,memula erin masukla watson kan. nak beli OPK. mmg sll pon erin beli OPK brand watson nie. tapi xde plak kat watson. tu yang masuk Guardian. harga OPK kat Guardian slightly expensive compared to Watson brand. yang Guardian OPK ni erin beli RM50.90. ade 5 sticks. yang watson plak selalunye erin beli RM49.90. ade 5 sticks jugak. lebih kurang je kan harga dia. 


nie bukan gambar Gugel tau


Walaupon Erin berBBT dgn cemerlang pada setiap hari, still erin have to rely on OPK jugak. temping pon sometimes suhu mcm ting tong. lebih2 lagi consuming clomid ni. graph pon jadi pelik jugak. 

Today is CD11. Erin akan pergi buat Follie Scan kat Alpha Fertility Centre, Damansara. takut dah nervous jugak sebenarnye sbb takut follie x membesar kan. ritu gi CD12, ni g CD11..ade beza x?  Lepas je gi scan nnt, erin terus bergerak ke Terengganu. actually hubby outstation. on business trip la ni. so, erin pon ikut la skali kan. lagi pon nak habiskan annual leave hujung2 tahun nie. doakan perjalanan erin dipermudahkan yer. Okay, nak packing ni. erin akan update on follie scan lepas balik dari Terengganu yer. tata~

Wednesday, 18 December 2013

BBT Chart 15 Nov 2013

Nie erin nak cite pasal BBT chart utk cycle yang lepas (15 Nov 2013).. keseluruhannya 28 hari.agak pelik jugak..sebab bile dah AF pon suhu masih tinggi. ni penangan makan Clomid la ni. tapi nasib baik la OPK yang membantu memberitahu bila agak2 erin ovulate. tambah lagi dgn pemantauan dokter kan. 




Pelik jugak, before ovulate pon suhu tinggi. adehhh..BBT ohh BBT…Rasenye BBT chart for current cycle pon mcm weng jugak..huhu...sebenarnye x de ape nak cite sgt dlm post ni. cuma erin nak recordkan BBT chart erin di sini. utk rujukan di masa hadapan. 


Tuesday, 17 December 2013

CD 5..

Salam… kembali bersua lagi.

Erin tengok period Erin dah berhenti la.. Today is CD5. hmmm..4 hari je AF? was it normal? huhu..takut plak ehhh…
CD1 heavy
CD2 heavy 
CD3 moderate
 CD4 spotting…
CD5 none..!

Erin perasan badan Erin panas la bila makan Clomid ni. previous cycle x de panas semacam ni..berpeluh gak la. tapi xde plak rasa nak muntah ke hape. pening kepala tu ade. tak tau la ade kaitan ke tak.. ade sape2 pernah ade experience macam erin x?  

Ok. bai.

Monday, 16 December 2013

On Clomid 100mg Cycle #2

Seperti yang dijangka, AF muncul dgn tiba2. erin ingat kan hari Sabtu, rupe2nye, hari Jumaat tu dah muncul dgn jayanya….adehhhh..sedih jugak la..huhu..yang pelik nye, erin langsung x rasa sakit period pain tau. very2 mild cramping je. erin rasa sgt best la period kali ni. cuma nya, ade kelainan drpd yang biasa. period sgt2 heavy pada hari pertama. selalunye erin cuma spotting je. x payah pakai pad lagi pon xpe. ni 1st day dah tahap waterfall hokeyy..x dpt dibendung. dah la kat opis. terpaksa pinjam kat ofismate sape yang ade spare pad. hahaha.. 

So ini menjadikan cycle erin bulan lepas CD28..i'm happy with the AF duration but not so happy since i'm yet to preggy. waaaaaa..nak nanges je rasa. darah period erin yang keluar kan, macam berketul pon ade. second day pon mash ade darah yg ketul2 tu. maybe ni ovum yg x jd kot. ade 2.tapi siyes tak sakit pon. on the 3rd day, xde lagi ketulan tu dah. Alhamdulillah. Hari ni pula, CD4 dah spotting. huhhhh..singkatkan period erin. erin rasa dlm 5 hari je kot. sama jugak ngan bulan lepas. Doc kate normal la tu. ye la doc.. erin ikut ckp dokter.

Since today is CD4, erin dah 3 hari makan Clomid 100mg bermula CD2. sebiji makan tgh hari, sebiji lagi makan malam. harap2, telur membesar dgn baik la mcm last cycle. Erin dah pon buat Doc appointment on CD11. ingat nak buat CD12 tapi kitorg travel plak time tu. so, ni je la masa yg ade. nak buat CD12 sbb nak bg consistant. maybe telur besar sikit kan. nasib baik dokter ade. erin risau jugak kan if doc cuti panjang nak hari krismas and new year ni. 

Hari yang sama pon kitorg gi beli Proxceed Plus. ni utk sperm hubby la. lama juga dia dah consume proxeed plus ni. sejak 2nd semen analysis result okay, erin nak hubby terus kan consume Proxeed Plus ni. semoga sperm dia sentiasa sihat dan cerdas.yeahhhh..hahaha.

Satu lagi Erin nak update pasal BBBT erin. sejak makan Clomid ni kan, suhu badan selalu je naik. even skrg ni pon..masa tgh period ni, suhu badan naik macam after ovulation. x pernah mcm ni tau. rupa2nye Clomid mmg ade effect…selepas usaha meng'gugel' , inilah hasilnya...

How does clomid affect basal body temperature?
According to some users of Clomid, this medication causes their basal body temperature to be quite high while taking it, then drop after, finally rising again with ovulation. Clomid has also been reported to have an effect on fertile cervical mucus. Clomid causes a decrease in the volume of cervical mucus or produce hostile cervical mucus, according to scientific studies.
Some women report that when charting your BBT and taking clomid at the same time, your temperatures will rise usually on the third day of Clomid use up to a few days after you stop using the medication. Ovulation usually happens 5-14 days after your last day of taking Clomid. Thus you can identify if the increase in your temperatures is due to Clomid or ovulation.
 If you start using your ovulation prediction kits while taking Clomid or even up to 2 days after the last pill, you will reportedly see a false positive test, which is quite normal. But for more accurate results, use your ovulation prediction kits 3-4 days after your last Clomid pill.

oooo,,patutla BBT graph macam giler je.  tapi still la nampak bile Erin ovulate tu. 

Okayla, sampai di sini aje…sambung lagi okay. :)

Friday, 29 November 2013

CD15 + lapar

hmmm…sebenarnye x tau nak cerita ape..erin cerita je la ape2 dlm kepala otak ni. hehehe..

erin nak bgtau, sejak erin makan pil subur @ clomid ni, selera erin semakin menjadi2..kejap2 lapar…sikit2 lapar..kenape ye? dulu boleh je makan nasi sekali sehari..skrg ni, every time pon nak makan nasik. bgn pagi2 dah lapar. adessss…penangan ubat subur. bahaya..bukannye erin ni on diet pon BMI tahap normal je. tinggi 161cm berat 53kg. so, x perlu la nak berdiet bagai. cuma erin fikir utk kesihatan je. x bagus pon makan sehari dgn kuantiti yang byk. tadi gi kedai, order nasik goreng daging..byk giler kot sepinggan. mcm boleh makan 2 org. hubby kate, kalo x habis, mintak bungkus. tapi, licin sepinggan…haihhh..kenape dgn erin ni…

tadi kebetulan kat ofis ade health check-up. boleh check bp and glucose. nasib baik la glocose tu tahap normal. hahaha…risau plak..for this month ttc, mcm biase la erin only depends on clomid 100mg + bbt + opk only. lagi satu, erin berBD dgn preseed..my best buddy. mesti kena ada. kalau xde preseed, mcm kering je. maybe my cervical mucus x byk. sorry, tmi plak..seperti yang doc bgtau, CD14, CD16 and CD 18 kena BD. haa..doc pon suruh selang sehari. BD hari2 quality sperm x bagus nanti. membazir sperm je. anyway, if BD hari2 pon boleh pancit en hubby tau. haha.. dlm masa yg sama erin ade buat OPK test. ni ha resultnye…jeng jeng jeng…




betul kan on CD 14 OPK dah positive seperti yg doc predict? so, erin akan ovulate dlm masa terdekat la..cuma kan, bile berBBT with clomid ni, erin rase macam suhu pon ade yg mcm giler sket. tak tau la salah termometer ke, hormon jadi giler sbb tu suhu kadang2 tinggi jugak. okayla, nasib baik ade opk kan. x de la tercari2 bile hari nak ovulate. even period regular pon, kadang2 risau jugak. ntah ovulate ke x erin ni. sekarang kan ade 2 follie yang cantik membesar di kedua2 ovary. adekah dia akan ovulate serentak? masa scan ritu @ CD12, satu 14mm and the other one 18mm. sape tau? sile bagi jawapan. kalau dia ovulate lain2, adekah kita akan dpt 2 kali positive OPK? haaa.byk lagi erin nak kena belajar pasal ovulation ni..


Tuesday, 19 November 2013

On Clomid..

Salam kawan2 TTC…

Erin nak bgtau yang Erin dah start makan clomid pon. bermula CD2-CD6. hari ni dah CD5..doc suro makan clomid 100mg. means 2 biji la sehari. makan tgh hari and malam. so far, Erin x rasa ape2 pon bile makan.nothing…pelik jugak la. sbb bile erin baca blog, ramai je org yg rasa nak muntah2 la..pening la..loya la…tapi erin x plak macam tu. mcm biasa je. takut jugak kalo clomid ni x memberi ape2 kesan pada follicle. harap sgt telur erin membesar dgn cantik..hoho... :)

Actually, hubby erin outstation..die gi medan…waaaaa..sgt sedih tau sbb kena tinggal sorg. kan best kalo are baby, xdela rase sunyi sgt kan. buat pengetahuan semua, erin pon akan gi medan jugak nnt. follow hubby..hahaha…hari jumaat sampai isnin. amik la cuti 2 hari. kalo ikut hubby dari awal, kang kene cuti seminggu plak.

Lepas kitorg balik from medan nnt, the following day is CD12. Erin n hubby dah buat appointment untuk FT dgn doc at Alpha Fertility centre. Telur2 sekalian, tolongla membesar dgn cantik yerr.. :p erin x sabar sebenarnye.. 

Okayla..sampai jumpa lagi.