Showing posts with label sperm. Show all posts
Showing posts with label sperm. Show all posts

Thursday, 20 February 2014

IUI #1 Completed!

Semalam bermula la process IUI kami. tipu la kalau erin kate erin x nervous. mmg sgt2 nervous okay. dahla ni first IUI kami. patutnye kena arrive kat Alpha Fertity kol 9am. tapi tersampai awal plak. 8.30am kami dah sampai. ingat nak gi breakfast dulu la since dah dtg awal. pastu nurse tu kate boleh terus release sperm. erin pon ckp la, x awal sgt ke nurse? IUI pukul 11am nnt. nurse kate dia dah tanye doc, doc kate okay je. lagi pon embryologist tgh free pagi2 ni. baik buat awal2 kan. nurse suro naik level 3 utk sperm release. erin tggu je la kat luar sementara hubby dlm process pengeluaran askar2 nya. hehehe..


Keadaan di Level 3. Pintu belah kanan tu bilik pengeluaran sperm. hehehe..since kat sini ade penimbang, erin sempat timbang berat. hahaha..


belah kiri tu ade bilik2.. yang pintu sliding tu. Daily care room. bilik ni for patients yg buat IVF. erin kat bilik lain. x de katil pon. 

Sementara menunggu tu, ade plak org lain nak pakai bilik tu. nasib baik la hubby dah masuk dulu. dlm 20 mins tu, hubby dah siap! dia dah pass kan sperm dia pada lab. kena letak botol tu kat dlm peti mcm post box. tekan loceng, then embryologist yg standby terus amik botol tu dari bilik sebelah (lab). okayla, semua berjalan dgn lancar. erin berharap askar2 hubby semua kuat2 dan bergerak mara ke hadapan. chewahh.!

Lepas tu, kitorg pergi la makan. nurse kate dlm kol 10.30 dah kene balik semula ke clinic. dengan full bladder..what? full bladder? dah la erin ni jenis yg cepat nak terkucil. ni nak kena tahan plak. the reason for full bladder sbb uterus kite ni shape dia mcm kacang. if full bladder, bentuk dia jadi bulat. so, senang la catherer tu nak masuk. hmmm..erin pon x paham sebenarnye. tapi iye kan aje la. sesudah itu, kami pon gi la lepak2 kat kedai mamak kejap. seriously erin mmg dah x de selera nak makan tau.air x habis. roti canai pon x habis..

tepat kol 10.30am kami dah sampai semula ke clinic. nurse kate terus ke level 3 since sperm wash semua dah ready. huhhh..pantasss.! nurse bg baju hospital suruh tukar. pastu masuk kedalam satu bilik..dlm bilik tu ade kerusi. pelik sikit kerusi dia. ade tempat letak kaki. seram plak. ni dah mcm nak beranak la plak! tgk kat sebelah. ade file erin. result semen analysis. erin pon intai la. walaupon x berapa nak paham, erin tgk macam memberansangkan la. haha. then nurse masuk. ade 3 org. sorg tu embryologist kot. masa tu erin redha je la ape yg terjadi. pastu erin terkejut bila speculum tu di masukkan.. hadoii...terangkat punggung tau..terjerit sikit. nurse tu kate, relax...turunkan punggung..kalau tahan lagi sakit. erin pon cuba la rilex kan diri. Alhamdulillah lepas tu dah okay, cuma rasa sgt x selesa...pastu embryologist bagi 2 tabung uji..kecil je diameter dia. dia suruh check nama betul ke x..betul..satu tabung uji ade tulis no 1 dan satu lagi no 2. dia minta erin genggam kedua2 tabung uji tu. maybe nak biase kan dgn suhu badan kot.   erin tanye kenapa ade 2 tabung uji, dia kate yang no 1 tu good grade of quality sperm yang 2nd tabung uji tu pon good sperm quality but slightly lower grade. ape2 la kan. haha..asalkan cepat2 habis procedure.


Ni result semen analysis pre was and post wash. boleh click utk lebih jelas. Alhamdulillah..Proxeed Plus kene teruskan minum la.

5 minit lepas tu doctor pon sampai. doc tengok file biru tadi. "sperms quality is very good for IUI"..Alhamdulillah..berkat minum Proxeed Plus la ni. kali ni hubby minum secara konsisten. then doc terus masukkan catherer. masuk sperm yang no 1 tu dulu. erin selawat byk2 dlm hati. semoga segalanya dipermudahkan ya Allah. " done the 1st sperm..here goes the 2nd....done!" huhhhh??! i was like...whatt??! why so fast? erin rase mcm x sampai 5 minit je dah selesai. erin tgk jam..pukul 10.50am..sebelum kol 11am lagi IUI dah settle..ke mmg mcm ni procedure IUI? during the insemination tu erin langsung x rasa ape2 tau. seriously.....erin rase macam xde pon sperm yg mengalir keluar.lepas tu doc suro erin rehat 1 hour. pastu dah boleh buat activity mcm biase. 3 weeks after, kena dtg clinic balik nak buat UPT. Ya Allah, semoga semuanya dipermudahkan. 

Sebelum balik, doc bagi Duphaston for 14 days. makan 2 biji sehari.

Total bill: RM974

Duphaston- RM84
IUI- RM890

Ni Duphaton doc bagi. Cukup bekalan for 2 weeks.

On the way balik rumah tu erin x rase ape2 pon. tapi bile dah sampai rumah baru la rase sedikit cramp and bloated. jalan pon mcm x betul je. harap2 lepas ni dah okay. erin x mengharap lebih2 utk 1st IUI ni. walaupon semuanya nampak mcm smooth je kan..walau sehebat mana doktor pon, walau sehebat mana telur dah sperm. tapi kalau Allah belum nak bagi rezeki, mmg xde jugak..semuanya erin berserah yang Esa. InsyaAllah.. 


Monday, 16 December 2013

On Clomid 100mg Cycle #2

Seperti yang dijangka, AF muncul dgn tiba2. erin ingat kan hari Sabtu, rupe2nye, hari Jumaat tu dah muncul dgn jayanya….adehhhh..sedih jugak la..huhu..yang pelik nye, erin langsung x rasa sakit period pain tau. very2 mild cramping je. erin rasa sgt best la period kali ni. cuma nya, ade kelainan drpd yang biasa. period sgt2 heavy pada hari pertama. selalunye erin cuma spotting je. x payah pakai pad lagi pon xpe. ni 1st day dah tahap waterfall hokeyy..x dpt dibendung. dah la kat opis. terpaksa pinjam kat ofismate sape yang ade spare pad. hahaha.. 

So ini menjadikan cycle erin bulan lepas CD28..i'm happy with the AF duration but not so happy since i'm yet to preggy. waaaaaa..nak nanges je rasa. darah period erin yang keluar kan, macam berketul pon ade. second day pon mash ade darah yg ketul2 tu. maybe ni ovum yg x jd kot. ade 2.tapi siyes tak sakit pon. on the 3rd day, xde lagi ketulan tu dah. Alhamdulillah. Hari ni pula, CD4 dah spotting. huhhhh..singkatkan period erin. erin rasa dlm 5 hari je kot. sama jugak ngan bulan lepas. Doc kate normal la tu. ye la doc.. erin ikut ckp dokter.

Since today is CD4, erin dah 3 hari makan Clomid 100mg bermula CD2. sebiji makan tgh hari, sebiji lagi makan malam. harap2, telur membesar dgn baik la mcm last cycle. Erin dah pon buat Doc appointment on CD11. ingat nak buat CD12 tapi kitorg travel plak time tu. so, ni je la masa yg ade. nak buat CD12 sbb nak bg consistant. maybe telur besar sikit kan. nasib baik dokter ade. erin risau jugak kan if doc cuti panjang nak hari krismas and new year ni. 

Hari yang sama pon kitorg gi beli Proxceed Plus. ni utk sperm hubby la. lama juga dia dah consume proxeed plus ni. sejak 2nd semen analysis result okay, erin nak hubby terus kan consume Proxeed Plus ni. semoga sperm dia sentiasa sihat dan cerdas.yeahhhh..hahaha.

Satu lagi Erin nak update pasal BBBT erin. sejak makan Clomid ni kan, suhu badan selalu je naik. even skrg ni pon..masa tgh period ni, suhu badan naik macam after ovulation. x pernah mcm ni tau. rupa2nye Clomid mmg ade effect…selepas usaha meng'gugel' , inilah hasilnya...

How does clomid affect basal body temperature?
According to some users of Clomid, this medication causes their basal body temperature to be quite high while taking it, then drop after, finally rising again with ovulation. Clomid has also been reported to have an effect on fertile cervical mucus. Clomid causes a decrease in the volume of cervical mucus or produce hostile cervical mucus, according to scientific studies.
Some women report that when charting your BBT and taking clomid at the same time, your temperatures will rise usually on the third day of Clomid use up to a few days after you stop using the medication. Ovulation usually happens 5-14 days after your last day of taking Clomid. Thus you can identify if the increase in your temperatures is due to Clomid or ovulation.
 If you start using your ovulation prediction kits while taking Clomid or even up to 2 days after the last pill, you will reportedly see a false positive test, which is quite normal. But for more accurate results, use your ovulation prediction kits 3-4 days after your last Clomid pill.

oooo,,patutla BBT graph macam giler je.  tapi still la nampak bile Erin ovulate tu. 

Okayla, sampai di sini aje…sambung lagi okay. :)

Monday, 4 November 2013

TTC @ Korea

Dearest all my TTC friends.. :)

Okayla, entry ni erin nak cerita plak usaha TTC sepanjang honeymoon @ korea. Frankly speaking, bukan senang nak berTTC kat tempat org. lagi2 erin tgh ikut tour kan. huhhhh..penat yang teramat sgt! boleh katekan macam tido x berapa nak cukup la. 

Pernah erin cerita dulu yang usaha kali ni just depends on BBT and OPK sahaja. tapi pemakanan susu kambing, buah prune, habbatussauda, olive oil, jus delima erin masih amalkan walaupun di sana. erin bawak tau semua tu. semangat x? Dulu ingat kan nak test OPK kat opis je susah. ni nak test OPK kat Korea much more difficult. toilet dahla xde air..adesss…ni yang lemah ni. tapi Erin buat jugak la. sorok2 tau. hahaha. ni la hasil OPK Erin..tadaa… boleh click pada gambar utk lihat dgn lebih jelas.



 Kalau ikut kan , erin dpt positive OPK on CD14. Actually, before CD 14 pun dah berBD..kesian jugakla kat encik hubby sbb kena berBD walaupun minda dan fizikal teramatla penat. tapi xdela kitorg BD setiap hari. selang sehari la. kalau BD berturut2 pon x bagus kan.Nanti quality sperm x bagus.Kat bawah ni plak hasil BBT chart Erin. 



See..Erin ovulate on CD15. :) anyway, erin sgt berpuas hati la dgn chart ni sbb erin yakin sgt2 erin ovulate.

Haaa..ade satu lagi berita gembira yang erin nak bgtau. actually dalam 10 org yang mengikuti tour ni, ade 2 org doctor tau. yang best nye dorg ni doctor gynae! erin sgt2 la gembira. dah la erin tgh TTC ni kan. so, mmg bykla soklan erin tanye kat 2 org gynae ni. free consultation kan? hehehe.. :p

Doakan Erin berjaya yer utk cycle kali ni. hmm..kalo cycle ni xde rezeki, nampaknye erin akan cuba next cycle with 100mg clomid and FT with Alpha Fertility Centre. 

Friday, 11 October 2013

Vagina Lubricant

Entry kali ni lebih kepada 18sx kot. Oleh itu, sesiape yang di bawah umur mohon jgn baca la. tapi kalo korg nak bace jugak, lantak korg laa..hahaha.

Erin nak citer pasal lubricant ni. i mean sex lubricant. macam pelincir la.. sewaktu berBD sometimes kite rasa macam kawasan miss V tu kering, ataupun kekurangan pelincir. so bile nak bersama pon rasa kurang seronok la kan. Especially during non-fertile time. kalo erin la boleh rasa sakit. Pada zaman jahilliyah dulu, erin ada guna air liur juga..tapi kan, korg tau tak actually saliva can kill sperm?? 

kalau x cayer, korg boleh gugel la..you may find kind of below answer. therefore, a BIG NO NO to use saliva as vagina lubricant. 

"If you’re trying to get pregnant, better tell your guy to keep his mouth away from down there. Sorry to spoil the fun, but while saliva doesn’t exactly wipe out all sperm, it does have a slight spermicidal activity. Research has found that when saliva was added to normal semen, it induced a “shaking movement” in 12 percent of the total sperm population. It only happened in high concentrations of saliva, but researchers did find that sperm motility (their ability to swim) was cut down significantly. Their conclusion was that saliva had a “deleterious effect on sperm motility and activity” and should not be used as a vaginal lubricant. So save the oral sex for days when you’re not ovulating and keep to the other kind of sex when the focus is on making a baby."

Sebelum Erin berkecimpung dlm dunia TTC nie, erin beli je ape2 jenis lubricant kat pharmacy. bukan erin beli la. hubby yang beli. hehehe...malu la kot kalo erin nk beli. biar dia yang beli sambil buat muka selamba je dgn cashier tersebut (cehh ayat skema..).
Ni la jenis2 lubricant yang berada di pasaran. nak berBD mestila kena enjoy. org kate jgn stress. 




image: Google


Lubricant seperti di atas berlambak la jual kat pharmacy.Yg KY jelly tu, erin perasan doc pon guna masa buat TVS. Lubricant Durex play tu ade plak perisa2. hahaha...korg paham2 la kenapa ia berperisa ye... :p

Tapi korg tau x, all lubricants mention above also not sperm friendly?? hoho..... even kat botol dia pon ade tulis " not advisable for baby making. it may slow down the sperm motility"..haa..lebih kurang gitu la ayat nye. erin memamg terkejut la bila dpt tau. yela, before this just pakai je la. x pernah pon nak membaca ape yg tulis kat botol tu kan.aaaaa~~terus la gugel..mmg betul pon..

Untuk sesiape yang ade masalah pelincir, jgn risau..there's still few lubricant on shelf that is sperm friendly...contohnye..jeng jeng jeng...

image: Google

Erin pernah cari kat pharmacy,mmg x ade..merata pharmacy jugakla masuk nak mencari lubricant. tetapi hampa...last2, erin gugel je. beli online. lubricant yang fertility friendly ni berkali2 ganda lebih mahal daripada yang biasa tau. kalau x silap erin harga dia RM85 satu. pastu bukan nye byk pon 1 tube tu. Erin beli yg Pre-seed.. So, erin just boleh bagi review yang tu je la. dia punya lubricant mmg similar tu your Egg White Cervical Mucus (EWCM). non-scented..mmg best la. it comes with 9 applicators. so, kalau nak pakai tu kena inject kat dlm vagina la before BD. inject tu pakai applicator. kalo sapu kat luar je, dia cepat dry. x berapa effective. lagi pon, bende ni mahal.so, tak nak la membazir kan.

Okayla, tu je yang boleh erin cerita. dah byk menulis ni. harap korg paham la. Oleh itu, secara kesimpulannye, kalau nk pakai lubricant, beli la yang sperm friendly yer.. ini ditujukan khas utk yang berTTC. :)

Monday, 7 October 2013

Appointment with Gynae #2

Salam kawan2 TTC....lama plak x update blog. setelah 'down' 2-3 hari..skrg dah ade semangat sedikit nak update blog. :)

Sabtu lepas 5/10/2013, erin and hubby gi Alpha Fertility Centre kat Damansara. ingat x sebelum ni erin ade bgtau yang kitorg ade buat 2nd Semen Analysis. lepas makan supplement bagai nk rak, mesti la nak tgk hasilnye kan? sampai je kat sana, kitorg x tunggu lama pon. dlm 30mins mcm tu, nombor dah dipanggil untuk masuk jumpa doc.

Kat tgn doc ade satu kertas "Semen Analysis Report"...dup dap dup dap...doc pon explain la setiap satu line... overall result, mmg marvellous! boleh lihat di bawah ini...erin sgt happy walaupun ade a few incidator tu border line je. doc kate "Your wife boleh pregnant nie..quality of the sperm cantik.." 



Anyway, result yang mcm nie pon hubby makan ubat x berapa nak consistant. kalau consistant, boleh improve lagi. insyaAllah..selama nie hubby makan proxeed plus + tribestan + speman..doc kate, makan 1 jenis pon dah memadai.okayla doc..kitorg just habiskan je speman +tribestan tu..nnt just continue makan proxeed plus je.. erin n hubby pon rasa proxeed plus lebih byk membantu sebenarnya. kalau baca review pon mmg proxeed plus mostly positive feedback. 

Doc pon ade interview erin juga...erin pon bgtau la erin pernah ada fibroid tapi dah buang, tube xde masalah..lepas tu doc suruh baring kat katil. dia nak buat TVS..hoho...malu la juga sbb doc laki kan. tapi bukan doc tgk pon. dia tgk screen je...erin mcm biasa la..mula la buat muka pelik sbb ade benda asing dlm tuttt..hahaha..tapi erin berdebar2 jugak tau..takutla kalau doc jumpa fibroid lagi ke, cyst ke...endo ke..pcos ke..fobia jugak dgn TVS nie..

"Today is CD17, kalau ikut u punya normal cycle, sepatutnye u dah ovulate la..uterus u mmg cantik to carry a baby...kat sini ade kesan surgery tu..belah kanan kan fibroid u dulu?" erin cuma angguk je.."yang ni u punya ovari..ade 1..2..telur..very nice..kita tgk ovary belah kanan pulak..." cari punya cari...erin rasa sedikit tidak selesa..sakit sikit kot.."i can't find your right ovary cos i don't want to push to much..u pon baru je lepas sugery kat belah kanan uterus..xpela, next time kita tengok okay.." 

Lepas buat TVS tu, doc kate "Everything is normal..sperm okay, ovary okay,egg pon okay, uterus okay..." erin tanye "doc, sy ada pcos x" tiba2 je tanya sbb mostly kawan TTC ada PCOS..i think PCOS is quite common nowadays..  "no, you xde PCOS..telur okay..kalau ade PCOS mesti ade byk egg yg x matang dlm ovary.." erin lega..."from my observation, u can get pregnant naturally.." hehehe...tersenyum lebar la erin masa tu.dlm hati Alhamdulillah...so far lepas buang fibroid, kitorg stop dulu TTC.. 

doc: i give u clomid...pil kesuburan..u pernah makan x?
erin: pernah dulu..6 bulan yang lepas kot. sekali je..
doc: did the doctor monitor your egg during that time?
erin: nope..sy ambil pil tu dari klinik biasa je..
doc:owhhh..okay..i give u clomid 50mg..makan 2 biji sehari from CD2 to CD5..on CD11 or CD12, u come & see me okay. i nak buat TVS tgk telur u macam mana. ada perubahan atau tidak.
erin: okay..thanks doc.

doc kate after 2nd cycle lepas fibroid surgery dah boleh TTC...punya la erin nak tggu 3 months. kalau macam ni, happy la..lagi cepat mencuba, lagi bagus kan. cuma erin rasa, for next cycle erin x nak makan clomid lagi la..sbb kitorg dah plan nak ke Korea for 1 week. CD11 tu pon dah kat Korea. mana la sempat nk jumpa doc kan. we will try first with unstimulated cycle..insyaAllah..org kate kalau makan pil subur ni kene ade doc monitor. x boleh main suka hati je nak telan. betul x?hmmm..


okay, sampai di sini sahaja.. :) 

Treatment Cost
Clomid 50 mg (10 pills) : RM 50
TAS : RM 100
TVS: RM 130
Consultation: RM 120

Total: RM 400

*mahal...uwaaa..demi utk dptkan zuriat. xpela..

Tuesday, 1 October 2013

Semen Analysis

Salam kawan2 semua...sekejap je kan dah masuk bulan October..setahun sudah hampir berlalu perjalanan TTC erin. erin sgt berharap this year erin boleh conceive..tapi semuanya atas ketentuan Allah..InsyaAllah...erin x kan berputus asa. erin pon harap kawan2 yang lain pon sama juga.

Untuk post ni erin nak cite pasal semen analysis.in previous post erin ade citer yang sperm hubby x berapa okay..sperm count je okay..quality (speed & shape) tidak memberansangkan. bila doc bgtau result mmgla susah nak terima kan. lebih2 lagi encik hubby. lelaki...mestila tercabar keegoannya bila tau result 'anak2 berudu' nya x menepati criteria. tapikan doc cuma cakap verbally je on the result. xde proper report macam erin tgk dlm internet. bgla proper reportkan. senang juga nk refer kat mana2 doc yang lain. doc ada bagi encik hubby makan Proxeed Plus, Tribestan & Speeman. Kalau nak tahu, ubat2 ni pon bukannya murah tau. boleh tgk breakdown dia kat bawah. nie erin bg total harga untuk stock sebulan je:

1)Proxeed Plus : RM360 (serbuk..kena bancuh dlm air. sehari 2 sachets. perisa lemon.sekotak ade 30 sachets.ni harga 2 kotak (sebulan) RM 180 X 2)

2) Tribestan: RM 180 (Sehari makan 2 biji)

3)Speman: RM 43 (ade 100 biji sebotol. makan 4 biji sehari. 2 pagi 2 malam)

Total ubat 'anak2 berudu' = RM 583

huh....mahal x? kalau ade kawan2 dpt harga lagi murah drpd erin dpt ni, bgtau la ek. yang ni semua erin beli kat Klinik Pakar Wanita Medina. kat Taman Melati tu. erin pon xtau la kenapa doc bagi 3 jenis. erin baca2 kawan2 lain cuma makan satu jenis je. yang erin tau,yang betul2 ubat adalah Proxeed Plus. Dr Zubaidi pon rekemen yang nie. yang Tribestan & Speeman tu hanya herba2. tapi walaupun herba, ade juga kawan2 TTC yang makan ade improvement.


sebelum kitorg buat semen analysis, encik hubby dah 2 bulan makan supplement zinc + vitamin E shaklee. agak consistent jugakla dia makan. tu yang bile buat semen analysis dia x berapa nak risau. siap confident lagi sperm dia okay. tgk2 result sgt menghampakan...maybe badan dia x serasi kot dgn supplement Shaklee. terus dia stop makan shaklee. makan 3 jenis ubat yang doc bagi.

Hari sabtu lepas (28/9/2013), kitorg buat 2nd semen analysis. yela kan...dah makan ubat...nak la tengok hasilnya. memula gi la kat Damai Fertility Centre. dah bg ic dah register semua, tetiba encik hubby kate cancel la. kite pergi kat tempat lain. ntahla..maybe dia x selesa kot. nurse kat situ macam x puas hati je ngan kitorg. hahaha...Pastu kitorg gi kat Alpha Fertility Centre..yang ni encik hubby macam confident je. kitorg just walk in je. sbb nk buat sperm test. erin x nak check ape2 pon sbb masih on recovery. cuma nak review result x boleh on the same day. doc x available. kena review next saturday la. 

Kat Alpha Fertility Centre ni, erin tengok x ramai la melayu. mostly chinese la. maybe population kat Damansara ni ramai chinese kot. encik hubby cerita, dekat bilik semen production room tu ade satu kerusi yg boleh baring. pastu dinding semua cermin la. siling pon cermin. ape motif? ntahla..hahaha... the best part is ade TV and VCD 18SXXX.. ki3...ni mmg lawak. ;P

cukup sampai di sini je erin cerita ye..on the semen analysis result tu, erin akan update lepas dpt resultnye nanti yer..tata~


Wednesday, 25 September 2013

Appointment with Gynae

Salam kawan2..ni Erin nak update lagi on my TTC Journey.. semangat je kan nak tulis. Harap ade la yang sudi mendengar luahan hati erin..

Actually, erin dah lama dah nak gi jumpa gynae untuk buat check-up. mmg la x sakit kan. tapi mane la tau kan ade ape2 ke. dah bgtau hubby tapi hubby x setuju. hubby suro tunggu next year.  katenye kite ni awal lagi nak jumpa gynae nnt dia suro TTC naturally. takut kena gelak plak kat doc. erin kate, kite cuba je buat appointment dulu. belum cuba belum tahu kan.. tapi perbualan ini terhenti di sini aje with no action and decision..

Sampaila ade suatu ketika tu, erin berchit-chat dgn kawan yang lain. actually dia ni my bff masa belajar sama2 kat university dulu. dia kawin about 6 months earlier than me. no baby..erin tau dia mmg tgh TTC sbb dia selalu juga luahkan perasaan dia. everytime AF je mesti sedih. dia lagi la bertambah sedih sbb after kawin je, terus dpt hidup bersama berdua di bawah satu rumah. mesti korg x paham kan ape erin nak ckp. mmg la kawin hidup bersama. hahaha..what i mean is erin x macam tu. before kawin erin keje kat sarawak. husband keje kat labuan. ssh gila nak jumpa. naik flight + bus lagi tu..sampaila lepas kawin mcm ni. selepas setahun lebih kawin barula sama2 dpt transfer to KL. menyayat hati tak? haha..hanya long distance husband n wife je yang paham. so, kawan2 yg dpt terus hidup sebumbung right after wedding tu harusla bersyukur okay. ;)

okay, berbalik kepada perbualan chit chat kami tadi. bff erin kate dia dah pegi jumpa gynae kat tmn melati. doc marsita mansor. kat Klinik Pakar Wanita Medina. doc nie actually O&G kat hospital Ampang Puteri tapi dia juga ada her own clinic. setiap petang sampai malam doc akan ada kat clinic la. pagi dia kat hospital. bff erin ni kate, gynae nie sgt best. islamic gitu. cuma lama la nak tunggu turn walaupun dah buat appointment. Lepas berchit-chat secara detail, erin pon mintak la contact no clinic. kat rumah terus bgtau hubby. convince hubby utk buat appoinment. setelah aksi pujuk-memujuk, yeayyy akhirnye berjaya! hubby setuju nak jumpa gynae.

Erin ingat lagi in late June 2013, 2 weeks before Ramadhan, Erin pon call la Klinik Pakar Wanita Medina. hari sabtu.erin call dengan harapan nak buat appointment thru phone call je.. 3 kali call..xde org angkat sampai masuk voice mail. uishh..klinik ni bukak ke tutup ni? busy benorrr..lepas dah 3 kali call tu, erin n hubby decide kite pergi je la turus klinik tu. x payah susah2 nak call. lagi pon bukan jauh sangat pon rumah.

Sampai je clinic, masuk klinik..mak aiiii, punyela ramai manusia. semua pon datang bercouple. husband n wife. ade yang preggy. buat baby check up kot. ade juga yang x preggy. maybe senasib dgn erin kot. tgh TTC dengan bantuan gynae. ingat dapatla walk-in je kan terus jumpe doc that day. betul ckp bbf erin tu, x dapat punye la sbb ramai manusia menunggu. Erin n hubby pon terus menuju ke kaunter. buat appoinment next saturday la 6th july 2013. abg kaunter tu pon selak log book dia..every page penuh dgn nama org..ramai nye setiap hari even hari weekdays pon. erin tgk list erin ni dah yang ke belas2 la...hmmm malam ke baru dpt jumpa doc ni?.. abg kaunter tu ckp, minggu depan dtg ambil nombor dulu. pastu baru dia akan susun semula la ikut turutan saper yang dtg amik nombor dulu. if ade case emergency ke mcm miscarriage, doc akan dahulu kan. hmmm..agak systematic jugak la. xde la erin sedih sgt kan nombor berbelas2, hahaha..

Disebabkan rumah erin dgn clinic x berapa nak jauh sgt, kitorg sampai clinic seawal pukul 10am. dorg baru nak buka klinik kitorg dah tunggu kat pintu. terus la amik nombor. dah tunggu kat pintu pon kitorg adalah org yang ke-3. huhhh..okaylakan drpd nombor berbelas2.. dia kate dlm kol 4pm gitu dia akan call suro dtg. pagi mmg pon doc xde. pastu, kitorg pon balik rumah la ape lagi. tggu sampai clinic call. dlm kol 4pm gitu clinic call suro dtg standby. kitorg pon bertolak la ke klinik semula. masa tu kan, erin rasa ni la pertama kali rasa happy bila nak jumpa doc. yela..org baru 1st time jumpa gynae. dlm kol 5pm tu baru dpt jumpa doc. 

First time jumpa doc marsita ni dia mmg sgt friendly tau. suka sgt dia. masa tu dia adela interview sket. bile kawin, berapa lama kawin, umo berapa..erin takut gak doc tu marah ke sebab baru 2 tahun kawin. padahal, doc kate, bagus awak dtg jumpa sy awal sebelum terlambat. doc pon ade buat ujian darah and check BP utk kitorg. dia kate erin punye darah n BP okay. hubby darah okay, BP  tinggi sket. stress ke neves x tau la..pastu doc kate nak buat pap smear test and TVS scan. bile dengar je doc nak buat pap smear test, terus jantung berdegup kencang..waaaa..takutnye..sbb ofismate erin ade cakap dulu, dia buat pap smear sakit sbb nak kena masukkan besi yang besar dan panjang dalam tuttt. ooohhh..tidakk! tp doc ni mcm tau2 je ape yg ade dlm kepala otak erin.."pap smear ni x sakit, doc guna kan alat kecik je..plastik.." lega sikit hati mendengarnye.. erin dah terbaring dah masa tu..pejam mate. tutup muka dgn tgn.x sanggup nak tgk...kejap je..x sakit pon..hahaha..over je erin ni. "dah selesai.." erk..kejap je ke? "sekarang doc nak scan vagina awak"..erin dah expect pon bende ni. confirm nk kena buat TVS scan. scan belah kiri.."hmmm..telur awak cantik..." scan lagi..."rahim awal tebal cantik je...utk CD13 dah sesuai utk baby tinggal ni.." scan lagi belah kanan..masa tu muka erin dah pelik sbb x biasa kan.. "aik....ape ni?..jap2..doc nk tgk...awak ade cyst la...yang ni plak ape??..awak ade fibroid la.." WHAT??? terus erin pandang hubby masa tu...luluh hati serta jantung.."jap...doc nak measure berapa besar fibroid ni..about 3cm.." during that time,i'm speechless....i thought everything was normal. hubby genggam kuat tgn erin.. masa tu, dah menitis air mata ni..Ya ALLAH, kuatkanlah semangat hambaMu ini..

After TVS scan. doc cerita sedikit la ape findings dia. muka n mata erin dah merah2 dah masa tu menahan tangis.. doktor pon lukis la.. dia kate fibroid erin tu dah mengganggu laluan sperm. boleh nak conceive naturally tapi the chances is very low. semakin berlinangan la air mata ni... encik hubby masa tu pon diam je..senyap.."sy suggest awak buat operation. sy sendiri yang akan operate. sy belah perut awak dlm 4cm utk buang fibroid tu..cyst skali. sy akan masukkan tgn sy(dgn buat aksi menyeluk) if ade bende2 lain, sy buang terus..macam mana? isnin ni operate boleh?kat Hospital Ampang Puteri. lepas tu sy bg awak cuti 6 weeks..awak boleh rehat sepanjang bulan puasa.." erkk.....doc ni..biar betul.ingat perut erin ni macam poket Doraemon ke.nak seluk2.hari nie baru jumpa, lusa nk operate dah..hmmm, x boleh la camtu..erin kena la bgtau org ofis dulu. kalo operate terus, mmg x beraya la kitorg. lagi pon doc kate bende ni x urgent sbb erin x rasa sakit pon cuma nak conceive tu susah la..serious mmg erin x rasa sakit pon..tekan2 kat kawasan ari2 tu pon x rasa pape. period pon regular. tapi ade la period pain sikit. cuma xde la teruk sgt. doc kate "kalau ikut kan kedudukan fibroid tu, patutnye period awak sgt sakit tau..maybe ur level of tolerance is very high..dah immune..sakit pon dah boleh tolerate.." maybe la kot doc..sbb masa belajar dulu mmg erin period pain giler2 sampai kena skip lecture..masa dulu tu, doc just bagi pil perancang je. nk balance kan hormon. 

"Lepas ni doc akan buat sperm test plak..i need ur husband semen. isteri boleh bantu..nnt jumpa sy balik pasni. i will exlain the result afterwards" kitorg pon keluar la dari bilik tu, masuk bilik lain. lepas dah pass semen kat kaunter kat depan. abg kaunter ckp, dlm 30 mins nnt dtg balik.kitorg pon keluar jap dari klinik tu..singgah kedai makan. masa tu semua makanan pon dah x terasa ape2. sgt sedih dan masih dlm keadaan terkejut..hubby mmg byk bg support la..tenangkan erin yg x tentu arah..

Kitorg masuk balik klinik tu.. tunggu kejap pastu doc panggil. bukak je pintu bilik terus doc geleng kepala.."sperm count okay..motility only 20% je yang ok sepatutnya at least 40% utk yang normal." kalau nak tau sperm motility nie adelah the ability of sperm to move properly towards an egg. "sperm morphology pon x berapa cantik.." sperm morphology is the size and shape of sperm...kira encik hubby punya sperm count okay..quality je x bagus. erin dah pegang tgn hubby dah..tambah lagi satu kesedihan..."xpe..utk ni jgn sedih..sy akan bg awak makan ubat, dlm 3 months nnt sy akan buat semen analysis lagi. it should be okay, no worries"..sebelum balik tu, doc pegang tgn erin. baca doa sama2 ikut doc..sejuk je hati bila pandang doc ni.berlinangan lagi air mata ini.. macam2 la ubat dr marsita ni bagi, nak tau dia bg ape. yang sunnah ade, yg modern pon ade..tgk kat bawah ni..

Yang ni erin n hubby kena makan.makanan sunnah yg termaktub dlm al-quran:
-Kurma
-Buah tin
-Olive oil
-Jus delima
-Madu
-Susu Kambing
-Habbatussauda

Yang ni hubby kena makan untuk kuatkan sperm:
-Provas
-Proxeed Plus
-Speman
-Tribestan

total semua termasuk blood test, semen analysis, pap smear, TVS and consultation: RM 1K ++ 
huh..mmg mahal fertility treatment ni. nak baby punya pasal kan..xpela..duit boleh dicari.

my TTC journey belum habis di sini sahaja..perjuangan masih diteruskan. Disebabkan dah panjang sgt erin menaip, erin akan sambung later on okay..to be continue...