Showing posts with label Buserelin. Show all posts
Showing posts with label Buserelin. Show all posts

Friday, 22 August 2014

IVF Cancelled.....Miracle Do Happen~

Erin pon tak tahu nak mulakan daripada mana.. sebab masih dalam keadaan terkejut. Baru je 2 hari lepas Erin post pasal appoinment. Erin pon masih on Buserelin for 10 days.

21/8/2014- Pukul 6.20am dah terjaga daripada tidur. Nak bangun solat subuh..mcm biasa, erin kan akan ambil suhu BBT. memang terasa badan ni panas. Erin agak pelik, sebab ni dah 16DPO tapi suhu masih belum drop. Normally, 13-14DPO dah jatuh menjunam dan Erin akan period atau spotting. Demam ke? Breast teramatla sakit.. Masa appoinment hari tu doc kate, Erin akan period   1 week later sebab melalui ultrasound, mmg dah confirm Erin ovulate. 

Okay fine, Erin pon ape lagi, terus la capai UPT. ade Dip & Tell UPT beli hari tu, satu dah pakai masa before jumpa doc. Of course la negative. CD22 guna UPT kan. Ape kata UPT satu lagi tu Erin guna pagi ni. Ala, kalau negative pon xde la sedih sangat sebab mmg dah nak buat IVF pon.. Daripada bacaan BBT, Erin ovulate CD16. So CD16+14 days = CD30. hmmm CD30 patutnye period dah due okay. tapi hari ni dah CD32. means period Erin dah lewat 2 hari. huhhh...! 2 hari je pon. Erin pon dengan selambanya test.......



....

.........

.......................

....................................................

...................................................................................

...

...


....


...



.....





......




.........


resultnya.....

Faint positive! Dalam 15 seconds kot.



Errkkk......betul ke apa yang mata Erin nampak ni? ke tengah bermimpi??!! Ape lagi, terusla kejut hubby sebab nak double check. Sebelum ni x pernah pon Erin nampak line ke 2 ni. Faint line pon tak pernah..Hubby pon bangun dengan muka lalok..hahaha... 

Erin: Abg, tadi ayg ade buat pregnancy test..tengok macam nampak ade 2 line. Cuba abg tengok, ke Ayg yang silap baca.

Hubby pon terus ke toilet....dengan mata kuyu..

Hubby: satu line je... 

Erin: Line ni laa..Nampak tak..faint line.

Hubby: Haah...ade line tapi kabur. tu pon kira positive ke?

Erin: Yela..patutnye macam tu la. ni UPT bukan OPK. Abg, nak tak kite test lagi sekali guna Digital Clear Blue? nak betul2 confirm..

Hubby: Okay, cuba la.

UPT Digital Clear Blue tu dah lama dah Erin beli. Tapi masih belum pernah pakai. belum expired lagi.. sebab nk pakai saat2 macam ni la. Bila ragu2 dgn result UPT..




Test test........adeh..berdebar rasanya...lama pulak keluar gambar jam pasir tu...

.........

......................

...............................


.................................................

:::::::::



::::::::





memula perkataan 'Pregnant' muncul.. Erin dah bergenang air mata ni...antara percaya dengan tidak. 3 tahun kami suami isteri menanti saat ini..Tak lama lepas tu, keluar pulak "2-3 weeks". Kalau ikutkan dah 4-5 weeks pregnant la sebab doc akan kira from 1st day of period.Kali ni Erin lebih yakin yang result positive. Ya ALLAH, syukur padaMU Ya ALLAH kerana memberi kami rezeki zuriat ini..Lepas solat Subuh, terus kami Sujud Syukur.. :')

Macam biasa, patutnya Erin kena continue inject Buserelin pukul 7 pagi. Tapi Erin & hubby risau la..Takkan nak cucuk jugak kan. takut nanti effect baby. Pukul 8.30am, Erin call Apha Ferility.. cerita semua...nak cucuk ke tak Buserelin ni. Nurse kate stop injection. Nurse nak refer pada doctor. 5 minit lepas tu clinic call balik.. Nurse kata, doc mintak datang ke clinic hari ni juga. 

Hubby Erin terus EL today. Erin tak ape.. mmg tengah unpaid leave pon. hehehe... 2 positive UPT tu Erin bawak je...Kat clinic nurse mintak ambil urine lagi skali. ambik lagi ke? Kat rumah rasa nya dah 3 kali shi shi...masih ada lagi ke HCG tu? okayla, Erin tadah je la urine..pastu nurse timbang berat.. 53.4kg. static jee.. pastu nurse ambil blood pressure. agak tinggi. maybe Erin nervous kot. terasa jantung ni bergerak laju. Nurse kate, hari ni juga doc kena confirmkan pregnancy sbb Erin on IVF program. still on medication. If normal cases, biasanya kita x jumpa doctor lagi. sebab terlalu awal.

Tak lama lepas tu, doc dah panggil masuk.."Congratulations! You are pregnant. UPT positive" depan Erin ade UPT tu...yes, it's double line!



Doc nak buat TVS. 2 kali Erin tanya nurse, scan bawah ke? nurse angguk je. bila scan tu nampak ovary..fallopian tube.. semua dalam keadaan baik. pastu doc pusing scanning probe tu ke arah uterus...lama dia tengok..Lining sangat tebal tapi doc belum nampak apa2 lagi. baru 4 weeks.."it's rather too early..belum nampak apa2..in 2 weeks time, you come again, i must see the sac and hear the baby's heartbeat" Erin & hubby tersangat la gembira. walaupon x nampak apa2 daripada ultrasound itu.

Doc bgtau, IVF program cancel.stop Buserelin. Doc suruh continue folic acid, multivitamins. Doc juga bagi Progynova & Duphaston untuk kuatkan rahim. IVF deposit tempoh hari kami akan dapat refund balik. :) 

Cost:
Duphaston- RM84
Progynova- RM28
UPT- RM30
TVS- RM90
Consultation- RM90

TOTAL: RM 312

Next appointment in 2 weeks time.
After 3 years of marriage, finally, the two lines found! Yes, i believe in miracle...

So, there will be NO IVF.. In Shaa Allah.. 

Thank you ALLAH! =D


Nanti Erin akan share antara usaha2 Erin sebelum BFP..Erin doakan kawan2 pon akan dapat merasai nikmat ini. Doakan Erin dan baby sihat yer. ;)















Wednesday, 20 August 2014

Appointment 11/8 & Buserelin 0.5ml

11 August 2014- Di sini lah bermulanya perjalanan IVF erin. ye, IVF yang pertama. mcm biasa, kami mmg suka buat appointment pagi2 sebab lepas tu boleh erin & hubby terus masuk ofis. so x payah la nak ambil cuti bagai kan.

Appointment kali ini semasa CD22. selalunya erin jumpa doc masa hari nak dekat2 subur aje. doc buat TVS. dah agak dah..doc cuma nak check whether period erin akan dtg x lama lagi atau tidak. nak tau dah ovulate ke belum. bila check tu doc kate ET dah tebal. telur belah kanan & kiri ade satu. tinggal kantung je. means erin dah ovulate dah period akan datang bila2 masa sahaja. Syukur Alhamdulillah. erin kan dah pernah lewat period 3 weeks hari tu. so erin takut la kali ni jadi lagi. tapi kali ni erin yakin sedikit yang erin dah ovulate sebab suhu BBT stable. 




solid coverline...lama dah x dpt bbt yg mcm ni. selalunye dotted line aje. bila makan ubat, inject ubat hormon mcm2 dlm badan, BBT pon jadi x stable. cycle ni erin tanpa sebarang medication. 

kembali kepada cerita tadi, doc kate, erin kena inject Buserelin 0.5ml bermula hari ini. masa tu CD22. erin kan buat long protocol, so process IVF akan start awal.cycle yang sebelum nya. x paham ehh..contohnye cycle depan kita nak buat IVF kan, jadi cycle ni CD21 dah start Buserelin injection. bukan FSH injection lagi. Buserelin ni some sort of down regulation drugs. ape yang diberitahu, dia nak bagi both ovaries rest sebelum mulakan stimulation injection (FSH). Long protocol ni banyak la nak kena inject2 berbanding short protocol. Lepas inject Buserelin, doc kate, dia dah in control dengan erin punya cycle. so, x perlu risau la nak kejar hari subur ke. senang utk clinic sebenarnya. erin tengok doc tulis, 1/9 nak kene start Gonal-F dan tarikh OPU adalah on 13/9. 

Lepas keluar dari bilik doc, nurse ajarkan mcm mana nak inject Buserelin. perut erin ni dah lali sgt dengan jarum. so, xde la takut sgt. Hubby duduk je sebelah tengok. padahal dia la yang kena inject erin hari2 nanti. Nurse bgtau kali ni dosage Buserelin paling tinggi iaitu 0.5ml. Next stage, doc akan kurang kan. depends la..tengok mcm mana badan erin response dengan ubat. 25/8 ni ade appointment lagi. 

Lepas inject, both of us kena ambil darah. Nurse kate untuk check Talasemia, HIV, etc...x ingat dah.. yang erin ingat, doc ambil darah erin lagi banyak. darah hubby sikit je. tapi en hubby yang takut lebih. hahaha... 


tu tangan en hubby tau tgh pegang Buserelin

tengokla betapa byknya syringe kan. rasa mcm 28 batang kalau x silap. orange syringe okay. yang dlm botol tu la Buserelin. Suprefact tu brand dia. so, bermulalah episod mencucuk setiap hari. erin akan dicucuk setiap pagi pukul 7am. sebelum pergi kerja la. rasa nya lepas habis kesemua syringe ni, en hubby dah boleh jadi dokter la. :p

Detail cost:
Buserelin 11ml- RM580
Blood work (husband & wife)- RM235
TVS- RM90
Syringe- RM30
IVF deposit- RM4000
IVF Consultation-RM430

Total cost: RM 5365


okayla, nnt erin cerita lagi yer. :D