Tuesday, 20 May 2014

Cerita boss dan TTC

Assalamualaikum...kembali bersua lagi.rindu x rindu x? hahaha..bajet femes je kan. :p

Hari ni erin CD17. cycle kali ni erin buat macam biasa je. dah nama pun TTC naturally kan. terasa lama pula x pergi berjumpa dokter. hihi...appoinment seterusnye adelah selepas raya. Appointment for IVF. huhh..lambatnyee rasa..ade 3 cycle period lagi. hohoho..rindu pulak nak TVS, rindu nak cucuk2 ni.

TTC kali ni erin just berBBT and OPK sahaja. CD13 dah dapat +ve OPK. Alhamdulillah. kalau previous cycle, erin sangat risau kan diri sendiri ovulate ke tidak. tapi +ve OPK ni kena confirmkan dgn BBT dulu. pagi tadi suhu dah start naik. tapi kena tunggu dulu. nak tengok pattern chart mcm mana. baru boleh confirm ovulation.

erin nak cerita pasal boss erin. Actually she knows what i've been through. All the TTC tingy. daripada makan clomid sampai la IUI yang kedua. yang paling penting dia sangat supportive. officemate yang lain pon sama. erin dah siap2 bgtau yang erin most probably akan apply for unpaid leave after raya. Dia okay aje. in fact, boss yang atas pon tahu pasal ni. dorg pon setuju if erin rest kat rumah.Syukur Alhamdulillah diberikan org sekeliling yang sgt memahami. erin rasa macam xdela stress sgt bekerja tapi maybe sebenarnye stress tapi erin yang x perasan yang diri ini stress. Tadi call Alpha Fertility, erin nak supporting letter drpd doc for unpaid leave application. baru 3 hari lepas erin call. Nurse check file, dia kate letter dah siap! hehehe.. nampak x...sangat x sabar nak bercuti. wahahaha...

Haaa..satu lagi erin nak bgtau yang erin dah start makan multivitamin. persediaan utk IVF nnt. erin makan multivitamin brand Blackmores. beli je kat Watson. Pastu bile gi Guardian, tengok kat Guardian lagi murahh..uwaaaa...xpela..nasib baik beli yang botol kecik je dulu. nak cuba.So far makan, okay aje. 

Sumber: Google


Hari Jumaat ni erin akan ke Jakarta. buat ape? ape lagi jalan2 dan bershopping la. hehehe...x sabarnye. 

Okay, tata....

sumber: encik Google lagi


Tuesday, 13 May 2014

Appointment..What's next??

7/5/14... erin ade appointment doc. post IUI...memula nurse suruh erin bagi sample urine for UPT. tapi erin bgtau period dah dtg pon. terus x jadi laa...actually period erin sehari je heavy..pastu dah sikit. 3 hari. huhu..pelik sangat laa..

Jumpa doc, since IUI kali kedua ni x jadi, doc x suggest pon utk buat IUI lagi. erin & hubby pon dah redha jika IVF adalah kaedah rawatan yang terbaik utk kami. takpela..kita cuba je k.. doc kira2 period erin..kalau nak buat before bulan puasa mmg sempat lagi since period erin regular. tapi buat short protocol la.. tapi doc kata nnt dah masuk bulan puasa, pastu nak raya..erin x boleh nak travel or gerak banyak. kalau ikutkan hati mmg nak sgt buat cepat2 kan. tapi erin takut juga erin mampu ke berpuasa dlm tgh pregnant tu. pastu kalau x balik kampung beraye, tak ke sedara mara akan bertanya. erin x nak la satu dunia tahu yang kami buat IVF. lagi satu, kami baru je lepas IUI haritu. takut badan penat. perlu rehat secukupnya. 

Lepas discuss dgn hubby kejap, kami decide nak buat IVF after raya la. kalau ikut perkiraan dlm pertengahan bulan August la. means kami ada 3 cycles utk try to conceive naturally. doc x kesah erin nak go for short protocol or long protocol. success rate pon exactly the same. lepas jumpa doc, kami dipanggil sekali lagi. kali ni embryologist pula nak jumpa. dia nak terangkan process IVF. semasa dia terangkan tu, erin & hubby senangla nak paham. sbb dah byk baca kan. TTCian mesti tau la sedikit sebanyak tentang IVF ni. mengikut kata embryologist tu, normally patient kat sini kebanyakannya yang buat long protocol (LP) ramai yang berjaya. tapi x byk beza pon dgn patient yang buat short protocol (SP). beza nye, LP nie doc akan bagi injection utk rehatkan ovary dan rahim kite sebelum period bermula. so sistem peranakan akan berada dlm keadaan rileks. lepas period baru diberi suntikan FSH utk besarkan telur2. so, semua telur2 akan berada dlm starting point yang sama la. telur2 akan membesar dgn size yang lebih kurang sama. Untuk SP, x de injection utk rehatkan ovary/rahim. terus start dgn FSH injection. maybe dosage utk sekali inject tu tinggi sbb masa pon singkat kan. basically, sama je 2-2 pon. cuma badan masing2 tahan atau tidak aje. erin tanya dari segi cost macam mana, dia kate sama je..hmmm..memandangkan erin akan ambil unpaid leave nanti, maybe kami akan buat LP la. 

sebelum balik tu, embryologist ade bagi kertas tentang info IVF. kena baca betul2 sebelum  procedure. next appointment lepas raya.

today punya appoinment FREE of charge! =D




Sunday, 4 May 2014

Result IUI#2

...and the result is BFN.. again.. :'(

sedih tu mmg la sedih..tapi nak buat macam mana kan. masih belum ada rezeki lagi. erin stop je Duphaston, CD28 tu dah start spotting. spotting yang sedikit amat sgt. xtau nak describe besar mana. sebesar hujung jarum kot. boleh bayangkan x? 

CD29 plak no spotting 
CD30 pon xde spotting..
CD31 spotting yang makin jelas apabila lap dgn tissue. kat pantyliner one dot aje
CD32 sama mcm CD31

actually erin dah dpt instinct IUI kali ni failed sbb BBT mcm pelik. suhu turun naik.. lepas HCG, suhu x naik2 pon mcm previous IUI. suhu makin menurun ade la..thermometer rosak ke? cek2, mcm okay je. so, ade x kemungkinan telur2 tu semua x pecah lepas HCG? hmmm... sedihnye... :(

disebabkan spotting tu x dikira hari period, cycle kali ni panjang sedikit. 32 hari tau. paling panjang dlm sejarah erin berTTC. hari ni mmg heavy. darah turun mcm waterfall okay. ingatkan adela berita gembira di hari jadi hubby. tapi xde..sorry sayang...actually..kami sama2 berharap semoga IUI kali ni berjaya. nampaknye memandangkan doc suruh cuba IUI 2 kali aje, kami harusla memikirkan apekah way forward TTC treatment kami.

Next step adalah IVF.. huhhh..x sangkakan perjalanan TTC erin sampai ke peringkat ini. kalau boleh x nak la. dah la mahal. pastu belum tentu lagi berjaya. kira try and error juga la.seperti kata doc Adilah dalam Salam Muslim episod zuriat (mesti ramai TTCian yang tengok kan?), ayat doc Adilah, "jangan buang masa. kalau ada kaedah yang lebih moden, why not cuba." haa..lebih kurang mcm ni la ayat dia. 

okay, jangan buang masa...erin ingat tuu..sama mcm gynae erin bgtau, jgn buang masa. jgn bazirkan duit buat IUI byk kali. kalau dah lebih dari 3 kali IUI, graph dah jadi mendatar. bila difikirkan balik. betul juga tu. umur pon dah meningkat. next year dah nak masuk 3 series dah. 

Actually, pasal IVF ni erin dah lama terfikir. dari segi kewangan tu insyaAllah ada. dah saving dari dulu. 7th may ni ada appointment dgn doc. maybe kami akan discuss pasal IVF. seram juga. harap2 sempat la buat sebelum masuk bulan puasa nnt. nak tanya kawan2 yang pernah buat IVF, kalau dari CD1 ke process ET biasanya ambil masa berapa hari ye?
erin nak budget2 timing IVF nie.

okayla, sampai di sini sahaja.. ;)






Sunday, 27 April 2014

2ww after IUI#2

Lama pulak rasenye x tulis blog..huhu
Hari nie 11dpiui..perasaan? hmm mcm biase je... still x nak fikir iui kali ni berjaya atau pon tidak. erin hanya berserah kepadaNya. insyaAllah jika ada rezeki.

2 hari lepas iui, iaitu 2dpiui, erin rasa perut ni sgt senak..mmg sakit..masa tu tgh tengok tv. tak pula nak terus ke toilet pergi check. rasa sakit tu sama mcm period pain la. bile pergi toilet, ade spotting kat pantyliner.. 2 titik masa tu.. dah takut..erk..apekah ini? x kan dah period secepat ini?..

erin pon rasa x sedap hati, call la clinic. nurse tanya, darah tu warna ape..erin kate warna coklat...nurse kate..tu darah semasa procedure tu..kalau kaler coklat tu means darah lama. dia x terus keluar immediately after the procedure. tapi ade sesetengah patient yg terus ade spotting lepas tu. lepas nurse dah terangkan, lega la..

hari ni dah CD26, breast dah terasa sakit ni..tapi cycle kali ni erin dpt symptom tender breast bermula CD25. selalu nye kan CD20 dah mula rasa sakit. x tau kenapa. ke ade kaitan dgn pil progestrone itu. ade 2 hari je lagi utk consume duphaston. pastu dah kena stop. masa IUI #1 dulu belum pon sempat habiskan 14hari duphaston, erin dah ade spotting. but not this time. CM (cervical mucus) pon agak banyak..creamy-like texture..kadang2 letih, kadang2 cramp. masa awal2 lepas procedure lagi terasa tapi towards the end tu cuma ada sedikit letih aje.

okayla..itu saje sedikit updates on my 2ww.. ;)

Thursday, 17 April 2014

IUI#2 Done!

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.. :)
IUI #2 berjaya dilakukan semalam (16/4/2014) pada jam 11.10 am. semasa hari IUI tu ramai juga patient. patient IVF kot. ade nak buat ET and ade buat OPU.  

Nurse tu kate, nnt masa IUI dtg dgn full bladder. so, erin pon full kan la bladder ini. reason sbb takut ssh nak masukkan speculum/catherer. sepatutnye kami dijadualkan pukul 10am IUI, tapi tggu punya tunggu, 10.45 masih belum bermula. erin dah nak terkucil sgt ni. pastu, ape lagi, tak leh tahan dah ni. gi toilet jugak la. kih3.. lepas tu lega...pastu kejap tu rasa balik bladder dah full tapi xde la sampai x leh tahan. cepat je kan. masa speculum dimasukkan tu erin dah prepare. previous IUI mcm terkejut sbb x expect. kali ni, dah ready. so, x sakit sgt pon. sikit je. 

Ni result askar2 hubby after sperm post wash. IUI#1 count 93 million, IUI#2 81 million. tapi still okay jugak. sbb ideal sperm count 20 million dah memadai. 2 hari yang lepas hubby erin demam. jangkit pulak ngan erin. tapi erin sekarang Alhamdulillah dah sihat. Sperm motility after post wash 100%. Syukur Alhamdulillah...

Click utk lebih jelas.

Doc buat 2 insemination. pertama very good quality sperm dimasukkan dalam uterus. dalam sikit. yang kedua pulak, dimasukkan dalam vagina. 

Before balik doc bagi MC. yeay!. pastu doc bagi Duphaston utk kuatkan rahim. makan 14 hari. Total bill: RM 974

To make sure erin x ovulate on my own before the procedure, erin buat OPK la hari2 sebelum IUI.


 CD 11..negative

 CD12...still negative. Test line makin terang.



 CD13..still negative. lagi terang daripada CD12.


CD 14..positive! 2 kali erin test. satu pukul 3.30pm and satu lagi 10pm.This was after the trigger shot. Ade yang kate, OPK mmg akan jadi positive sbb OPK pon boleh detect HCG. never mind. i just want to ensure that the hormone had successfully entered into my body and i will be ovulated anytime after. IUI was scheduled on CD15 the following day.  

 OPKs sekalian..


Ni la OPK yang baru. erin suke lagi OPK ni daripada yang Watson or Guardian punya tu. yang ni beli kat Watson. harga RM1 je mahal daripada brand Guardian punya OPK.


Okay. tu aje cerita pasa OPK...

Tak nak stress2 dah. hubby pon kate jangan fikir sangat. so, erin pon download la game kat phone. hahaha. bagi lupa. kita enjoyy!

Doakan kami yer... ;)

Monday, 14 April 2014

Mari mencucuk Pregnyl!

Semasa entry ini dibuat, erin baru je beberapa minit lepas cucuk Pregnyl 5000iu. nak tahu ape tu.. tu la antara jenis HCG yang fungsinya utk memecahkan telur. lepas inject dlm 36-48 hours, telur2 sekalian akan pecah. today is CD13..erin inject pukul 9 malam..CD15 pukul 9 pagi dah 36jam.. IUI dijadualkan pukul 10am. means dah 37hours after injection. actually, timing is very crucial for IUI procedure. hmmm...yang masa yang sama, erin ade buat BBT dan OPK. BBT masih sama je, suhu still rendah. OPK erin dah buat starting CD11 lagi. CD11, CD12, CD13.. Test line makin terang setiap hari tapi still negative. should be esok akan jadi positive la. ;)

sebelum ni doc bagi HCG trigger shot menggunakan Ovidrel. Ovidrel lebih senang sbb solution semua dah siap2 dlm syringe. cuma buka dan terus inject.

tapi...Pregnyl mcm ni rupa dia...


 Yang belah kanan tu kotak dia. belah kiri plak ape lagi..syringe la. sama horror mcm inject HumoG.

yang ni plak rupa dia selepas kotak dibuka. ade 2 botol kaca. yang ade line hijau tu solution, yang line kuning tu powder. kena pecahkan 2-2 botol ni dulu. hubby erin takut nak pecahkan. so, xde org lain lagi nak buat, terpaksala erin yang pecahkan. hubby cuma nak inject je. dia kan dokter. hihi.


Dekat 10 minit jugak la nak prepare bende alah Pregnyl ni. terketar2.. nasib baiklah x tumpah. bende yang paling takut skali. x kan nak gi clinic memalam buta ni. 

Okay, lusa erin akan menjalani process IUI yang kedua..kawan2, doakan erin dan hubby yer.... ;) 


Saturday, 12 April 2014

Follie Scan..Salah kira lagi ke?

10 April 2014..patutnye CD12, erin and hubby pon pergi la Alpha Fertility seperti dlm appointment. kol 8am dah sampai. ingatkan org pertama, rupanya kami adelah org yang ketiga. okayla kan..

sebelum doc scan, erin ade bgtau doc yang 3 hari lepas erin demam..x sihat..adekah effect telur2? pastu doc tanye masa injection ke demam tu? erin ckp la, injection dah habis dah. doc kate patutnye xde effect. pastu bermula lah activity TVS..

Endometrium Thickness (ET): 7.5mm
Right ovary: 10.5mm, 9 mm
Left ovary: 12.5mm, 11mm, 10.5mm

erk....nape telur2 ku masih kecil2 ni? erin dah mula risau...adekah erin salah kira CD1 lagi? mengikut pengalaman yang lepas spotting tu erin x kira..cycle mcm pendek giler. so, cycle ni, bila ade je spotting, erin anggap la itu CD1. 

CD1...spotting
CD2...spotting
CD3...spotting
CD4...heavy flow

pastu erin bgtau la doc...actually CD1-CD3 tu spotting aje. adekah ia dikira? doc tanye la, flow mcm mana? kalau pakai pantyliner still can hold ke? erin kate, haah..kalau pakai pantyliner pon okay. tapi erin pakai je pad sebagai langkah berjaga2. doc kate, bila dah pakai pad baru dikira CD1. hmmmm...sedih pon ade sbb salah kire cycle..pastu tanye la doc, injection dah ambil. mcm mana? doc kate, okay xpe kalau injection ambil awal pon. should be on that day suppose to be CD9 la. doc kate, betul la CD9 sbb size telur2 ni bersepadan dgn CD9. telur erin biasenye dlm range 14-18mm on CD12. if semua telur ni membesar dlm jangkaan 2mm sehari, mmg logik la on CD12 ia akan membesar dalam range itu.

erin ingatkan IUI akan dibuat sabtu ni CD14 (read: CD11)..hoho..so sekarang nie, doc lambatkan date IUI la.. kih3..erin tanya la doc, on CD12 nnt nak kene dtg lagi skali x buat TVS? doc kate, x payah. doc bagi injection Pregnyl 5000iu utk inject on CD14 nnt pukul 9pm. IUI akan dibuat on CD16 pukul 10am. erin tanye doc, telur2 ni akan pecah awal x? doc kate, kalau ikut size, telur2 x akan pecah before injection. 

sebelum balik encik hubby ade tunjukkan pada doc video laparoscopy erin bulan August last year. doc ade buat dye test untuk check fallopian tube. tapi ni buat kat Prince Court dengan doc lain. saje nak tunjuk kat doc leong utk double confirm..doc kate, x tersumbatlah tu..ade blue dye flush out.okayla...lega..

lepas jumpa doc, nurse ade ajarkan cara2 nak inject Pregnyl pulak. hmm sama la dgn HumoG. kena campur2 bancuh powder dengan fluid. baru boleh inject. insyaAllah boleh buat sbb dah ade pengalaman dengan HumoG. 

kami berdua diberi time slip sebelum balik. okayla kan. pastu terus masuk ofis semula. Total bill: RM 280. 

hari ni CD11. saje buat OPK. masih negative. pastu, BBT hari2 masih buat. belum ade shift in temperature. so, betul la tu telur2 erin masih belum pecah. ;) 

okayla, nnt erin cerita lagi yer on IUI pulakk..stay tuned... ;)