Monday, 29 September 2014

Update 8 weeks & 9 weeks

17 September 2014
Masa nie kandungan erin dah 8 weeks. So, far erin tak de la alahan yang teruk2 sampai sesetengah preggy mom tu lembik ke, tak lalu makan ke..makan setakat nie Alhamdulillah selera aje. Tapi erin tak boleh nak makan banyak sangat. Rasa macam cepat kenyang. Selalu nya hubby erin yang yang tolong menghabiskan makanan erin. hihihi..Mual2 tu memang ada..ade la sekali dua je yang muntah balik makanan. yang lain cuma keluar angin aje.Untuk hilangkan rasa mual, erin kena selalu mengunyah la. selalunya erin makan kismis aje.

Today, erin ada appointment kat PCMC. Jumpa lagi Dr Aziz. Jeng jeng jeng.... setiap kali jumpa doc mesti ada perasaan berdebar tu. Ntahla...sebab erin ni golongan TTC kot, macam2 perasaan..kejap rasa mengandung, kejap rasa tak.. Adeh...Orang lain rilex je kan..

 Inilah hasil scan baby erin..masa ni dah 8 weeks. Size baby baru 1.75cm. hmmm sangat kecil kan.

Doc Check jugak heartbeat. Laju tau jantung baby berdegup..Subhanallah!


19 September 2014
Lepas 2 hari erin gi checkup, tetiba bangun pagi tu ada brownish spotting. Tak banyak pon..Campur sekali dengan creamy CM. perasaan takut tu mmg ada...erk...kenapa ni..tapi perut takde la sakit ke ape ke..macam biasa je. Alhamdulillah...sekali je keluar..Lepas tukar pantyliner baru dah hilang dah spotting tu. CM takde langsung. Very dry..

20 September 2014
Bangun pagi cuma ada secalit brownish spotting.Pastu CM dah kembali creamy kaler putih macam biasa...macam takde pape yang berlaku.. erin takut jugak, buat UPT masih double line terang. Alhamdulillah...

25 September 2014
Today baby dah 9 weeks. Erin mmg ade appointment kat Alpha Fertility. Mesti korg pening kan kenapa erin pergi 2 hospital. hahaha..Sebenarnya kalau ikutkan kami dah tak nak pergi ke Alpha Fertility dah. Tujuan asal mmg nak buat fertility treatment aje kat sini. Ingatkan, hari tu dah last jumpa doc dah. Tapi disebabkan ada spotting tu, hubby erin pon risau jugak. dia kata, baik kita jumpa je doc kan. At least kita tau keadaan baby kan. Erin bgtau la kat doc yang erin ade brownish spotting sikit. Doc kata, kalau spotting kaler coklat tu biasanya okay aje. Jangan spotting yang kaler fresh blood tu. yang merah tu bahaya. Pastu doc tanya erin ada sakit ke tak.. erin kata la tak de sakit langsung. Pastu doc terus scan. Kali ni doc dah tak buat TVS lagi. lega jugak la kan. Tak payah scan ikut bawah. doc kata baby dah cukup besar untuk nampak kalau scan kat perut. Inilah hasilnya...


hihi..cumil tak baby? Happy sangat dapat jumpa baby tau..kejap je baby dah besar. ni ukuran dia dah 2.57cm. Doc dengarkan heartbeat lagi...Okay je kata doc.jantung baby sihat..pastu doc tunjukla ni tangan dia,ni kaki dia..doc suruh perhatikan...nampak tangan dan kaki baby tengah gerak2 dengan begitu aktif..Subhanallah...indahnya ciptaanMu Ya Allah...Doc kata, kalau baby yang selalu gerak2 tangan kaki ni bagus sebab otak dia tengah berkembang pesat. Cukup nutrient. Alhamdulilllah... Lepas tu doc scan lagi kawasan sekitar rahim. tengok ada tak kesan2 pendarahan. Doc kata semuanya dalam keadaan baik. ;)

Bila balik rumah tu, banyak kali erin dan hubby tengok gamba ultrasound baby ni.. kerisauan semua hilang bila tau keadaan baby sihat. Hubby kata rugi pulak tak record video kan masa baby tengah bergerak2 tu. Takpela, next time.. ;)

sebelum tu, erin nak bgtau yang kami dah dapat balik duit IVF deposit. ;) RM3,880. hihi..yeay!


Next appointment dalam masa sebulan lagi. Lamanya rasa.... 

Friday, 5 September 2014

Kantung Baby & Early Heartbeats :')

First and foremost erin nak mintak maaf jika entry ini atau entry2 selepas ini akan mengguris hati kawan2 TTC atau membuat kawan2 kurang selesa. Tiada niat untuk mengguris perassan sesiapa cuma erin nak mencoret pengalamam pregnancy untuk dijadikan kenangan dan panduan di masa2 akan datang. :)


27 August 2014
Kami ke Prince Court Medical Centre. Dah buat appointment dengan Datuk Dr Aziz pukul 10.30am. Kalau ikut perkiraan, masa ni erin 5w3d. Badan terasa letih even berjalan pergi toilet pon rasa jantung laju. Actually, erin agak berdebar2 nak berjumpa dengan dokter sbb takut ade masalah ape2 ke dengan pregnancy. Yela, 3 tahun kami menunggu saat ini, memang ade keraguan di dalam hati. Erin berharap sangat kali ini erin & hubby dapat melihat kantung baby dan erin sangat berharap baby berada di kedudukan yang betul. Bukan di ovary, bukan di fallofian tube. Bukan ectopic pregnancy.... dup dap dup dap...

Jumpa Dr Aziz...dia sangat happy erin pregnant. Actually, Dr Aziz jugakla dokter yang pernah membuang fibroid erin pada tahun yang lepas. Dia terkejut bila kami memberitahu yang kami pernah 2 kali failed IUI dan dah pon merancang utk IVF. Tu la kan...rezeki..
Lepas tu dokter pon scan..dokter Aziz ni dia tak buat TVS pon. dia akan buat TAS je. Abdominal scan. Alhamdullah, baby berada pada kedudukan yang betul. iaitu di dalam rahim. Lega.... 



Erin pon tak paham gak bila tengok image ni. dokter kate, tu kantung baby..... kat tengah2 tu..nampak tak macam cincin..rasa teruja sebentar.. Nak menangis pon ada. 

4 September 2014
Kami ke Alpha Fertility..Dokter janji hari tu nak scan and dengar heartbeat baby. Buat pengetahuan, nanti kami tak pergi lagi dah ke sini. Sebenarnya kami ke Alpha Fertility hanya untuk buat fertility treatment. Walaupun agak jauh dari rumah, tapi kami sanggup redah aje demi dapatkan baby. Mungkin sampai akhir bulan ni je kot. Sedih juga nak tinggalkan Dr Leong. Dia sangat baik.. :)

Dr Leong pulak scan ikut bawah la. mcm biasa dia buat TVS. Terus nampak dengan jelas kat screen ultrasound itu.. dia cerita pasal air ketuban..yolk sac...macam mana baby dapat makanan. hahaha. Pastu dia tunjuk kat mana baby tu berada...kecik cumil aje...dokter besarkan image..nampak la organ yang berdenyut2 itu.. Dokter kate itu la jantung baby.. Subhanallah.....indah nya ciptaan Mu Ya Allah... nak mengalir air mata ini melihat nyawa yang berada di dalam rahim ini. Lepas tu, dokter terus focus kat area jantung baby and kuat kan sound.. terkesima sebentar kami mendengar bunyi heartbeat baby..Ya Allah, macam tak percaya..laju sangat jantung baby berdegup. dua kali ganda laju..baby dah ada nyawa ni...kesian pulak dia sorg2 dlm tu..baby mesti kuat ye sayang. jangan takut2. walaupun kat sana gelap tapi mama selalu ada temankan baby.. :)  

Macam tak puas pulak nak dengar hearbeats baby..mcm nak beli je mesin ultrasound tu..hahaha.. takpela, next appointment mama & papa dpt jumpa baby lagi. yeay!

Dokter bagi:
-Obimin
-Calcium
-Duphaston 
-Progynova

Folic acid & multivitamin dah tak payah makan lagi sebab semua sekali dah termasuk dlm pil Obimin.


Okay, sekian...



Tuesday, 2 September 2014

Symptoms by DPO

Assalamualaikum...

Now erin nak share antara symptom2 yang erin rasa sebelum BFP. Kalau korang nak tahu, erin ni suka sangat Gugel macam2 symptom dalam masa 2ww tu. bila terjumpa yang hampir sama, mula la hati berbunga2. Feeling2 preggy gitewww.. :P

Dalam masa yang sama, erin juga mencatitkan sedikit apa yang erin alami sepanjang 2ww dlm application Fertility Friend. Sejujurnya, symptom BFN cycle lagi macam2...Bila BFP ni symptom dia takde la macam2 pon. Pelik kan..

Inilah antara symptom2 nya. Erin listkan by DPO. 

1DPO- Rasa mengah sedikit
2DPO- Nothing
3DPO- Rasa mengah
4DPO-Nothing
5DPO-Creamy CM yang sangat banyak. Tender breast. Sakit breast bila bukak bra. 
6DPO-Nothing
7DPO- Breast teramatla sakit
8DPO-Breast sakit sangat2. Even pakai bra dan berjalan pon sakit
9 DPO-Breast sakit sangat2. Even pakai bra dan berjalan pon sakit
10 DPO-Breast sakit sangat2. Even pakai bra dan berjalan pon sakit
11DPO-Breast sakit sangat2. Even pakai bra dan berjalan pon sakit
12DPO-Breast sakit sangat2. Even pakai bra dan berjalan pon sakit
13DPO-Breast sakit sangat2. Even pakai bra dan berjalan pon sakit. Terasa mengah.
14DPO-Breast masih sakit. Feeling crampy at night. Macam ada sedikit spotting sebesar jarum. sikit sangat.
15DPO- Sakit breast. mengah sangat.
16DPO-Boobs sakit lagi..Suhu BBT masih tinggi..UPT Dip & Tell, Clear Blue BFP!!!

Itu sahaja lah symptom2 yang erin rasa.Lebih kurang sama sahaja setiap hari. Tender breast adalah symptom yang paling ketara. Daripada 5 DPO sampai la sekarang tau symptom breast tenderness belum stop lagi. Tak ada rasa tanda2 nak surut pon.. Rasa macam nak kena tukar bra baru jer. haha..

Okayla...itu sahaja nak cerita. ;)
Lepas ni erin akan share my pregnancy journey pula yer. 

To all my TTCians friends, erin x pernah lupa mendoakan sekalian mendapat rezeki zuriat. Teruskan berusaha dan jangan sekali2 berputus asa. Janji ALLAH itu pasti!


Thursday, 28 August 2014

BBT Chart during BFP Cycle..



BerBBT setiap hari bukanlah perkara yang mudah. Perlukan disiplin yang sangat tinggi. Walau mengantuk mcm mana pon, erin terpaksa juga bangun sebab nak melengkapkan BBT chart. kalau ada lompong2 mcm tak cantik pula chart.

Sebenarnya dah hampir 2 tahun erin berBBT. Gigihkan? hehehe... sebelum erin memulakan  fertility treatment lagi erin dah start berBBT. Chart semuanya normal. with solid cover line. Ovulation detected, suhu remains high until 13-14DPO, then it dropped dramatically.Itu chart sebelum start treatment. tapi bila dah start treatment. makan clomid, chart dah pelik sikit. makan Duphaston pon sama. Bila dah start nak buat IUI lagi la chart jadi haywire. Ovulation pon dotted line je. Agaknya suhu badan kita akan berubah kot bila bermacam2 ubat masuk dlm badan.

Erin sangat galakkan kawan2 TTC  sekalian untuk berBBT sebab daripada graph, kita boleh tahu bermacam2 masalah kesuburan. macam2 boleh detect. Antaranya ialah:

1. Waktu ovulation yang sebenar. memanglah ovulation boleh jugak kita detect pakai OPK tapi waktu sebenar ovulation terjadi adalah melalui BBT chart sahaja. Once OPK dah positive, 12-36 jam lagi baru kita akan ovulate. tapi bila? tu kena tanya BBT chart lah. hihi..

2. Sebenarnya PCOS pon boleh detect melalui kaedah ini. Apabila BBT chart suhunya naik turun naik turun like a rocky mountain, you have the possibility to have PCOS. You cannot detect when is actually the ovulation takes place. Lepas tu, tak nampak dengan clear follicular phase and luteal phase. Keadaan ini haruslah berlaku setiap kitaran tanpa sebarang ubat-ubatan barulah anda ada kemungkinan mengidap PCOS. tapi kalau sebulan je cycle pelik, that's normal. erin pernah baca dlm setahun akan ada satu cycle yang abnormal. salah satunya anovulatory cycle di mana seseorang itu tiada ovulasi berlaku dalam kitaran haidnya pada bulan tersebut.

3. Keseimbangan hormon. Seperti yang kita tahu hormon estrogen sangat penting utk pembesaran folikel. Luteinizing hormon (LH) pulak penting untuk mematangkan folikel. Itulah yang di kesan melalui OPK dan membuatkan OPK positive. Satu lagi hormon progesteron pula penting utk persediaan rahim semasa kehamilan. Daripada BBT graph pon kita boleh detect. Apabila ovulasi dikesan, contohnya dlm graph di atas, ovulasi berlaku pada CD16. 

CD1-CD15 - adalah follicular phase. Hormon estrogen adalah tinggi di sini.
CD17 onwards- adalah luteal phase. Make sure suhu tinggi di sini kerana kadar suhu yang tinggi menandakan hormon progestron kita cukup untuk menampung kehamilan. satu lagi, suhu yang tinggi haruslah maintain sehingga 12-14 hari iaitu 12DPO (Days past ovulation) ke atas kerana kalau seseorg itu mempunyai Luteal Phase yang singkat, ada kemungkinan susah utk sustain pregnancy apabila berlaku kehamilan nanti. Ia juga dipanggi Luteal Phase defect. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh la gugel sahaja. hehehe.. :p

So, nampak tak, daripada BBT chart pon kita boleh tahu sama ada kita ni ada masalah progestron yang rendah ke tak. Suhu tinggi = progestron tinggi. 

4. Dapat detect kehamilan. ini berlaku apabila suhu selepas ovulasi iaitu suhu di peringkat luteal phase maintain tinggi sehingga 14 hari ke atas.. you are most likely to get a positive pregnancy test. macam mana erin rasa kemungkinan erin pregnant adalah daripada BBT chart. erin jarang la pakai UPT every month sbb daripada graph pon dapat tengok suhu makin hari makin jatuh. so, membazir je la beli UPT. tambah pula sedih kalau negative. di sebabkan suhu badan erin maintain tinggi dah 16 hari...erin dah mula rasa something wrong...adakah betul erin pregnant? tengok2, mmg betul erin dah pregnant. Alhamdulillah. Kalau tengok chart kat atas tu, bila UPT positive, dia terus keluar garisan warna hijau. :)

Sekarang ni erin dah berhenti berBBT.. bila pregnancy dah detect, tak payah lagi la nak BBT. Tiba2, suatu hari erin bukak Fertility Friend application, erin dpt message ni..


Dengan itu, dengan rasminya erin akan stop berBBT. ;)


inilah termometer yang sentiasa erin gunakan pagi2 utk berBBT. selama 2 tahun tau. bateri  pun masih ada. x pernah padam. semangatnya termometer ni sama seperti kentalnya  semangat erin utk terus berTTC. inilah termometer yang banyak berjasa dan tidak pernah kenal erti putus asa.. :')

BBT chart ni adalah hadiah yang paling indah bagi erin.. erin dpt detect bila ovulation dan juga baby yang terhasil adalah daripada hari BD yang mana satu.. hahaha.. ni mmg baby bulan Syawal. kemungkinan embrio melekat pada uterus pada CD26 sebab ada temperature drop sedikit. 

Sekian...erin rasa dah banyak pulak membebel.. hihihi... next time erin tulis lagi yer..

Tuesday, 26 August 2014

Antara Usaha & Tips2 Sebelum BFP...

Salam TTCians... :)

Kat sini erin nak kongsi ape usaha yang erin dan hubby buat sampai la kami tiba2 dapat BFP secara mengejut. masih terkejut dan tak percaya lagi. Sorryla, entri ini agak panjang. erin harap ia ilmu yang berguna untuk dikongsi dengan rakan2 TTC yang lain.

Pemakanan (Erin):
-Multivitamin (Blackmores)
-Folic Acid
-Madu
-Pati Delima Gulsan (bagus utk ovary)
-Buah prune (sebab mempunyai antioksidan yang tinggi-baca drpd blog Dr Adilah)
-Susu kambing Hi-Goat
-Olive oil (capsule)
-Habbatussauda (yang ni erin makan before ovulation sahaja. lepas ovulate, erin stop sekejap sebab ada yg cakap habbatussauda ni panas)
-Buah kurma
-Buah Tin

Pemakanan (Hubby):
-Proxeed Plus (minum setiap hari, untuk tambahkan sperm count, sperm quality, bentuk sperm yang sihat) 
-Olive oil (capsule)
-Habbatussauda

Semua pemakanan di atas erin amalkan setiap hari. Memang kena disiplin, walaupun erin tau sampai nak muntah kadang2 menelan semua ni. tapi nak baby punya pasal. terpaksa jua. Sebenarnya, before plan nak buat IVF pon erin dan mula amalkan. ;)

Semasa ber'BD':
Guna lubricant Pre-Seed..yang sperm friendly. erin pernah cerita dlm post sebelum ni. boleh click  sini

Cuma apa yang lain sikit 3 bulan terakhir adalah erin amalkan minum air zam zam iaitu air solat hajat mak erin. Perlu diingatkan, doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab. Apa sahaja usaha dan ikhtiar kita, bagitau ibu. In Shaa Allah, ibu akan mendoakan & merestui apa yang kita usahakan. ibu bapa dan ibu bapa mertua tahu usaha kami untuk mendapatkan zuriat. Daripada 10 liter air zam zam, tak sampai separuh pon air itu erin minum, dah berjaya conceived. ;) sebelum minum, erin baca Al-Fatihah 3 kali, selawat nabi 3 kali, Ya Bari' Ya Khaliq Ya Musawwir 3 kali

Satu lagi petua..yang ni baru period cycle ini erin amalkan.. Last minute erin & hubby amalkan. walaupon kami dah plan nak buat IVF, tapi masih ada secebis pengharapan di saat2 akhir. kami cuba kaedah ini utk cuba conceive secara natural. Hanya cycle kali ini sahaja harapan kami. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, rezeki ini hadir di saat2 akhir. Syukur Alhamdulillah.

Siapa yang pernah dengar ceramah Ustaz Sharhan pasal petua nak dpt kan zuriat. boleh click video ni..


Petuanya...
-Bahagikan telur ayam kampung 14 biji suami dan 14 biji isteri. telur ayam kampung tau..
-Campurkan sebiji telur ayam kampung (separuh masak) bersama dengan satu sudu madu asli
-Amalkan minum selang sehari. Suami isteri kena makan la. ade 14 biji seorang, selang sehari minum, dlm 28 hari dah habis. 

Erin harap kawan2 dapat cuba petua ni. hubby okay je telan telur ayam kampung dan madu tu. erin tak dpt nak telan sekaligus. sampai berair mata erin nak telan. So, apa yang erin buat adalah telan asing2. mula2 telan madu dulu, pastu baru telan telur ayam kampung separuh masak.

kejap...sebelum makan tu kena baca:
-Surah An-Nahlu (Ayat 69)
-Surah At-Tin
-Selawat Nabi 7 kali

Selain daripada itu, jangan lupa buat solat sunat.
Lebih kurang 3 bulan sebelum conceived, erin amalkan solat sunat secara istiqamah.

Solat Dhuha
2 rakaat setiap hari..Kalau nak tahu keajaiban solat sunat Dhuha dalam memberikan rezeki, cubalah amalkan. erin cuba amalkan seminggu je dulu..pastu erin dah tak boleh nak tinggal kan solat dhuha lagi. rasa macam bersalah pula. bukan nak menunjuk2, niat erin cuba nak berkongsi bersama kawan2 TTC semua. Even dekat ofis, walau macam mana busy pon, erin akan cuba luangkan sekejap masa untuk solat Dhuha. The powerful of solat dhuha terletak pada doa Dhuha. erin boleh menangis setiap dan sebak bila membaca doa solat dhuha setiap kali selepas solat. mula2 mmg susah nak hafal, pastu dengar nasyid kat bawah ni daripada kumpulan UNIC, 2-3 kali dengar, erin cuba hafal doa ni. 





Solat Hajat
Dulu erin buat solat hajat ni sesuka hati erin je. bila rasa rajin, baru buat. Tapi lepas tu erin nak cuba buat secara istiqamah. Yelakan, kita ni bila nak kan sesuatu, mestilah kena mintak dengan bersungguh2 dengan ALLAH. buat berkali2. macam anak kecil yang nak mintak ibu bapa belikan barang permainan. banyak kali kan budak tu mintak. macam tu jugak la kita yang nak sangat zuriat. kena mintak banyak kali dengan ALLAH. jangan buat sambil lewa.InsyaAllah Allah akan mendengar setiap doa dan rintihan hambaNya...Yakin lah dan bersangka baik dengan ALLAH.

Dalam sujud yang terakhir tu erin baca:


setiap ayat tu erin ulang sebanyak 3 kali. pernah ustazah bagitau, jika sesuatu doa itu kita ulang sebanyak 3 kali, In Shaa Allah, akan dimakbulkan. 
-Doa Nabi Yunus 7 kali. 



-Ayat 1000 Dinar 1 kali


*Erin amalkan solat sunat hajat setiap kali selepas solat fardhu.


Doa Amalan Harian
-Ayat 1000 Dinar. biasanya ayat ni kita akan nampak ramai yang gantung kat kedai2 atau pon kat rumah. ayat seribu dinar sangat hebat dalam memberikan rezeki. tapi kalau gantung saja, tak baca pon tak guna. Cuba la hafal. tak panjang pon. :) setiap hari, erin akan baca ayat seribu dinar ni sebanyak 3 kali. 

-Surah At-Taubah ayat 128-129. Baca 3 kali sehari.
kalau nak tahu betapa powernya Surah At-Taubah ini, boleh click di sini http://mystormreaders.wordpress.com/2013/03/12/kelebihan-ayat-128-129-surah-at-taubah-tahukan-saudara-tentang-powernya-ayat-ayat-ini-jika-di-amalkan/
Surah ni pon erin baru tahu daripada boss erin. dia yang suruh erin amalkan setiap hari agar dimurahkan rezeki.

-Zikir Ya Bari' (Yang Membuat Membentuk & Menyeimbangkan) Ya Khaliq (Yang Maha Pencipta) Ya Musawwir (Yang Membentuk Rupa). Zikir dibuat 100 kali setiap kali selepas solat fardhu. 

-Bismillah 5. Mungkin ramai yang tak tahu khasiat Bismillah 5 dalam merawat penyakit dan gangguan jin/sihir. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh click http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/12/khasiat-bismillah-5/

Bismillah 5 ni erin amalkan setiap kali lepas solat fardhu. erin baca ulang 7 kali sambil kedua2 belah tapak tangan diletakkan pada pangkal rahim.





-Berdoalah dan berikhtiar.. berdoalah dengan meletakkan sepenuh pengharapan kepada ALLAH.. In Shaa Allah doa2 kita akan termakbul.

Kita hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal kepada ALLAH. Yang lain kita hanya serahkan kepada Allah... :)

Ini sahaja yang dapat erin kongsikan..Semoga bermanfaat. ;)




Friday, 22 August 2014

IVF Cancelled.....Miracle Do Happen~

Erin pon tak tahu nak mulakan daripada mana.. sebab masih dalam keadaan terkejut. Baru je 2 hari lepas Erin post pasal appoinment. Erin pon masih on Buserelin for 10 days.

21/8/2014- Pukul 6.20am dah terjaga daripada tidur. Nak bangun solat subuh..mcm biasa, erin kan akan ambil suhu BBT. memang terasa badan ni panas. Erin agak pelik, sebab ni dah 16DPO tapi suhu masih belum drop. Normally, 13-14DPO dah jatuh menjunam dan Erin akan period atau spotting. Demam ke? Breast teramatla sakit.. Masa appoinment hari tu doc kate, Erin akan period   1 week later sebab melalui ultrasound, mmg dah confirm Erin ovulate. 

Okay fine, Erin pon ape lagi, terus la capai UPT. ade Dip & Tell UPT beli hari tu, satu dah pakai masa before jumpa doc. Of course la negative. CD22 guna UPT kan. Ape kata UPT satu lagi tu Erin guna pagi ni. Ala, kalau negative pon xde la sedih sangat sebab mmg dah nak buat IVF pon.. Daripada bacaan BBT, Erin ovulate CD16. So CD16+14 days = CD30. hmmm CD30 patutnye period dah due okay. tapi hari ni dah CD32. means period Erin dah lewat 2 hari. huhhh...! 2 hari je pon. Erin pon dengan selambanya test.......



....

.........

.......................

....................................................

...................................................................................

...

...


....


...



.....





......




.........


resultnya.....

Faint positive! Dalam 15 seconds kot.



Errkkk......betul ke apa yang mata Erin nampak ni? ke tengah bermimpi??!! Ape lagi, terusla kejut hubby sebab nak double check. Sebelum ni x pernah pon Erin nampak line ke 2 ni. Faint line pon tak pernah..Hubby pon bangun dengan muka lalok..hahaha... 

Erin: Abg, tadi ayg ade buat pregnancy test..tengok macam nampak ade 2 line. Cuba abg tengok, ke Ayg yang silap baca.

Hubby pon terus ke toilet....dengan mata kuyu..

Hubby: satu line je... 

Erin: Line ni laa..Nampak tak..faint line.

Hubby: Haah...ade line tapi kabur. tu pon kira positive ke?

Erin: Yela..patutnye macam tu la. ni UPT bukan OPK. Abg, nak tak kite test lagi sekali guna Digital Clear Blue? nak betul2 confirm..

Hubby: Okay, cuba la.

UPT Digital Clear Blue tu dah lama dah Erin beli. Tapi masih belum pernah pakai. belum expired lagi.. sebab nk pakai saat2 macam ni la. Bila ragu2 dgn result UPT..




Test test........adeh..berdebar rasanya...lama pulak keluar gambar jam pasir tu...

.........

......................

...............................


.................................................

:::::::::



::::::::





memula perkataan 'Pregnant' muncul.. Erin dah bergenang air mata ni...antara percaya dengan tidak. 3 tahun kami suami isteri menanti saat ini..Tak lama lepas tu, keluar pulak "2-3 weeks". Kalau ikutkan dah 4-5 weeks pregnant la sebab doc akan kira from 1st day of period.Kali ni Erin lebih yakin yang result positive. Ya ALLAH, syukur padaMU Ya ALLAH kerana memberi kami rezeki zuriat ini..Lepas solat Subuh, terus kami Sujud Syukur.. :')

Macam biasa, patutnya Erin kena continue inject Buserelin pukul 7 pagi. Tapi Erin & hubby risau la..Takkan nak cucuk jugak kan. takut nanti effect baby. Pukul 8.30am, Erin call Apha Ferility.. cerita semua...nak cucuk ke tak Buserelin ni. Nurse kate stop injection. Nurse nak refer pada doctor. 5 minit lepas tu clinic call balik.. Nurse kata, doc mintak datang ke clinic hari ni juga. 

Hubby Erin terus EL today. Erin tak ape.. mmg tengah unpaid leave pon. hehehe... 2 positive UPT tu Erin bawak je...Kat clinic nurse mintak ambil urine lagi skali. ambik lagi ke? Kat rumah rasa nya dah 3 kali shi shi...masih ada lagi ke HCG tu? okayla, Erin tadah je la urine..pastu nurse timbang berat.. 53.4kg. static jee.. pastu nurse ambil blood pressure. agak tinggi. maybe Erin nervous kot. terasa jantung ni bergerak laju. Nurse kate, hari ni juga doc kena confirmkan pregnancy sbb Erin on IVF program. still on medication. If normal cases, biasanya kita x jumpa doctor lagi. sebab terlalu awal.

Tak lama lepas tu, doc dah panggil masuk.."Congratulations! You are pregnant. UPT positive" depan Erin ade UPT tu...yes, it's double line!



Doc nak buat TVS. 2 kali Erin tanya nurse, scan bawah ke? nurse angguk je. bila scan tu nampak ovary..fallopian tube.. semua dalam keadaan baik. pastu doc pusing scanning probe tu ke arah uterus...lama dia tengok..Lining sangat tebal tapi doc belum nampak apa2 lagi. baru 4 weeks.."it's rather too early..belum nampak apa2..in 2 weeks time, you come again, i must see the sac and hear the baby's heartbeat" Erin & hubby tersangat la gembira. walaupon x nampak apa2 daripada ultrasound itu.

Doc bgtau, IVF program cancel.stop Buserelin. Doc suruh continue folic acid, multivitamins. Doc juga bagi Progynova & Duphaston untuk kuatkan rahim. IVF deposit tempoh hari kami akan dapat refund balik. :) 

Cost:
Duphaston- RM84
Progynova- RM28
UPT- RM30
TVS- RM90
Consultation- RM90

TOTAL: RM 312

Next appointment in 2 weeks time.
After 3 years of marriage, finally, the two lines found! Yes, i believe in miracle...

So, there will be NO IVF.. In Shaa Allah.. 

Thank you ALLAH! =D


Nanti Erin akan share antara usaha2 Erin sebelum BFP..Erin doakan kawan2 pon akan dapat merasai nikmat ini. Doakan Erin dan baby sihat yer. ;)















Wednesday, 20 August 2014

Appointment 11/8 & Buserelin 0.5ml

11 August 2014- Di sini lah bermulanya perjalanan IVF erin. ye, IVF yang pertama. mcm biasa, kami mmg suka buat appointment pagi2 sebab lepas tu boleh erin & hubby terus masuk ofis. so x payah la nak ambil cuti bagai kan.

Appointment kali ini semasa CD22. selalunya erin jumpa doc masa hari nak dekat2 subur aje. doc buat TVS. dah agak dah..doc cuma nak check whether period erin akan dtg x lama lagi atau tidak. nak tau dah ovulate ke belum. bila check tu doc kate ET dah tebal. telur belah kanan & kiri ade satu. tinggal kantung je. means erin dah ovulate dah period akan datang bila2 masa sahaja. Syukur Alhamdulillah. erin kan dah pernah lewat period 3 weeks hari tu. so erin takut la kali ni jadi lagi. tapi kali ni erin yakin sedikit yang erin dah ovulate sebab suhu BBT stable. 




solid coverline...lama dah x dpt bbt yg mcm ni. selalunye dotted line aje. bila makan ubat, inject ubat hormon mcm2 dlm badan, BBT pon jadi x stable. cycle ni erin tanpa sebarang medication. 

kembali kepada cerita tadi, doc kate, erin kena inject Buserelin 0.5ml bermula hari ini. masa tu CD22. erin kan buat long protocol, so process IVF akan start awal.cycle yang sebelum nya. x paham ehh..contohnye cycle depan kita nak buat IVF kan, jadi cycle ni CD21 dah start Buserelin injection. bukan FSH injection lagi. Buserelin ni some sort of down regulation drugs. ape yang diberitahu, dia nak bagi both ovaries rest sebelum mulakan stimulation injection (FSH). Long protocol ni banyak la nak kena inject2 berbanding short protocol. Lepas inject Buserelin, doc kate, dia dah in control dengan erin punya cycle. so, x perlu risau la nak kejar hari subur ke. senang utk clinic sebenarnya. erin tengok doc tulis, 1/9 nak kene start Gonal-F dan tarikh OPU adalah on 13/9. 

Lepas keluar dari bilik doc, nurse ajarkan mcm mana nak inject Buserelin. perut erin ni dah lali sgt dengan jarum. so, xde la takut sgt. Hubby duduk je sebelah tengok. padahal dia la yang kena inject erin hari2 nanti. Nurse bgtau kali ni dosage Buserelin paling tinggi iaitu 0.5ml. Next stage, doc akan kurang kan. depends la..tengok mcm mana badan erin response dengan ubat. 25/8 ni ade appointment lagi. 

Lepas inject, both of us kena ambil darah. Nurse kate untuk check Talasemia, HIV, etc...x ingat dah.. yang erin ingat, doc ambil darah erin lagi banyak. darah hubby sikit je. tapi en hubby yang takut lebih. hahaha... 


tu tangan en hubby tau tgh pegang Buserelin

tengokla betapa byknya syringe kan. rasa mcm 28 batang kalau x silap. orange syringe okay. yang dlm botol tu la Buserelin. Suprefact tu brand dia. so, bermulalah episod mencucuk setiap hari. erin akan dicucuk setiap pagi pukul 7am. sebelum pergi kerja la. rasa nya lepas habis kesemua syringe ni, en hubby dah boleh jadi dokter la. :p

Detail cost:
Buserelin 11ml- RM580
Blood work (husband & wife)- RM235
TVS- RM90
Syringe- RM30
IVF deposit- RM4000
IVF Consultation-RM430

Total cost: RM 5365


okayla, nnt erin cerita lagi yer. :D