Tuesday, 26 August 2014

Antara Usaha & Tips2 Sebelum BFP...

Salam TTCians... :)

Kat sini erin nak kongsi ape usaha yang erin dan hubby buat sampai la kami tiba2 dapat BFP secara mengejut. masih terkejut dan tak percaya lagi. Sorryla, entri ini agak panjang. erin harap ia ilmu yang berguna untuk dikongsi dengan rakan2 TTC yang lain.

Pemakanan (Erin):
-Multivitamin (Blackmores)
-Folic Acid
-Madu
-Pati Delima Gulsan (bagus utk ovary)
-Buah prune (sebab mempunyai antioksidan yang tinggi-baca drpd blog Dr Adilah)
-Susu kambing Hi-Goat
-Olive oil (capsule)
-Habbatussauda (yang ni erin makan before ovulation sahaja. lepas ovulate, erin stop sekejap sebab ada yg cakap habbatussauda ni panas)
-Buah kurma
-Buah Tin

Pemakanan (Hubby):
-Proxeed Plus (minum setiap hari, untuk tambahkan sperm count, sperm quality, bentuk sperm yang sihat) 
-Olive oil (capsule)
-Habbatussauda

Semua pemakanan di atas erin amalkan setiap hari. Memang kena disiplin, walaupun erin tau sampai nak muntah kadang2 menelan semua ni. tapi nak baby punya pasal. terpaksa jua. Sebenarnya, before plan nak buat IVF pon erin dan mula amalkan. ;)

Semasa ber'BD':
Guna lubricant Pre-Seed..yang sperm friendly. erin pernah cerita dlm post sebelum ni. boleh click  sini

Cuma apa yang lain sikit 3 bulan terakhir adalah erin amalkan minum air zam zam iaitu air solat hajat mak erin. Perlu diingatkan, doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab. Apa sahaja usaha dan ikhtiar kita, bagitau ibu. In Shaa Allah, ibu akan mendoakan & merestui apa yang kita usahakan. ibu bapa dan ibu bapa mertua tahu usaha kami untuk mendapatkan zuriat. Daripada 10 liter air zam zam, tak sampai separuh pon air itu erin minum, dah berjaya conceived. ;) sebelum minum, erin baca Al-Fatihah 3 kali, selawat nabi 3 kali, Ya Bari' Ya Khaliq Ya Musawwir 3 kali

Satu lagi petua..yang ni baru period cycle ini erin amalkan.. Last minute erin & hubby amalkan. walaupon kami dah plan nak buat IVF, tapi masih ada secebis pengharapan di saat2 akhir. kami cuba kaedah ini utk cuba conceive secara natural. Hanya cycle kali ini sahaja harapan kami. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, rezeki ini hadir di saat2 akhir. Syukur Alhamdulillah.

Siapa yang pernah dengar ceramah Ustaz Sharhan pasal petua nak dpt kan zuriat. boleh click video ni..


Petuanya...
-Bahagikan telur ayam kampung 14 biji suami dan 14 biji isteri. telur ayam kampung tau..
-Campurkan sebiji telur ayam kampung (separuh masak) bersama dengan satu sudu madu asli
-Amalkan minum selang sehari. Suami isteri kena makan la. ade 14 biji seorang, selang sehari minum, dlm 28 hari dah habis. 

Erin harap kawan2 dapat cuba petua ni. hubby okay je telan telur ayam kampung dan madu tu. erin tak dpt nak telan sekaligus. sampai berair mata erin nak telan. So, apa yang erin buat adalah telan asing2. mula2 telan madu dulu, pastu baru telan telur ayam kampung separuh masak.

kejap...sebelum makan tu kena baca:
-Surah An-Nahlu (Ayat 69)
-Surah At-Tin
-Selawat Nabi 7 kali

Selain daripada itu, jangan lupa buat solat sunat.
Lebih kurang 3 bulan sebelum conceived, erin amalkan solat sunat secara istiqamah.

Solat Dhuha
2 rakaat setiap hari..Kalau nak tahu keajaiban solat sunat Dhuha dalam memberikan rezeki, cubalah amalkan. erin cuba amalkan seminggu je dulu..pastu erin dah tak boleh nak tinggal kan solat dhuha lagi. rasa macam bersalah pula. bukan nak menunjuk2, niat erin cuba nak berkongsi bersama kawan2 TTC semua. Even dekat ofis, walau macam mana busy pon, erin akan cuba luangkan sekejap masa untuk solat Dhuha. The powerful of solat dhuha terletak pada doa Dhuha. erin boleh menangis setiap dan sebak bila membaca doa solat dhuha setiap kali selepas solat. mula2 mmg susah nak hafal, pastu dengar nasyid kat bawah ni daripada kumpulan UNIC, 2-3 kali dengar, erin cuba hafal doa ni. 





Solat Hajat
Dulu erin buat solat hajat ni sesuka hati erin je. bila rasa rajin, baru buat. Tapi lepas tu erin nak cuba buat secara istiqamah. Yelakan, kita ni bila nak kan sesuatu, mestilah kena mintak dengan bersungguh2 dengan ALLAH. buat berkali2. macam anak kecil yang nak mintak ibu bapa belikan barang permainan. banyak kali kan budak tu mintak. macam tu jugak la kita yang nak sangat zuriat. kena mintak banyak kali dengan ALLAH. jangan buat sambil lewa.InsyaAllah Allah akan mendengar setiap doa dan rintihan hambaNya...Yakin lah dan bersangka baik dengan ALLAH.

Dalam sujud yang terakhir tu erin baca:


setiap ayat tu erin ulang sebanyak 3 kali. pernah ustazah bagitau, jika sesuatu doa itu kita ulang sebanyak 3 kali, In Shaa Allah, akan dimakbulkan. 
-Doa Nabi Yunus 7 kali. 



-Ayat 1000 Dinar 1 kali


*Erin amalkan solat sunat hajat setiap kali selepas solat fardhu.


Doa Amalan Harian
-Ayat 1000 Dinar. biasanya ayat ni kita akan nampak ramai yang gantung kat kedai2 atau pon kat rumah. ayat seribu dinar sangat hebat dalam memberikan rezeki. tapi kalau gantung saja, tak baca pon tak guna. Cuba la hafal. tak panjang pon. :) setiap hari, erin akan baca ayat seribu dinar ni sebanyak 3 kali. 

-Surah At-Taubah ayat 128-129. Baca 3 kali sehari.
kalau nak tahu betapa powernya Surah At-Taubah ini, boleh click di sini http://mystormreaders.wordpress.com/2013/03/12/kelebihan-ayat-128-129-surah-at-taubah-tahukan-saudara-tentang-powernya-ayat-ayat-ini-jika-di-amalkan/
Surah ni pon erin baru tahu daripada boss erin. dia yang suruh erin amalkan setiap hari agar dimurahkan rezeki.

-Zikir Ya Bari' (Yang Membuat Membentuk & Menyeimbangkan) Ya Khaliq (Yang Maha Pencipta) Ya Musawwir (Yang Membentuk Rupa). Zikir dibuat 100 kali setiap kali selepas solat fardhu. 

-Bismillah 5. Mungkin ramai yang tak tahu khasiat Bismillah 5 dalam merawat penyakit dan gangguan jin/sihir. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh click http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/12/khasiat-bismillah-5/

Bismillah 5 ni erin amalkan setiap kali lepas solat fardhu. erin baca ulang 7 kali sambil kedua2 belah tapak tangan diletakkan pada pangkal rahim.





-Berdoalah dan berikhtiar.. berdoalah dengan meletakkan sepenuh pengharapan kepada ALLAH.. In Shaa Allah doa2 kita akan termakbul.

Kita hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal kepada ALLAH. Yang lain kita hanya serahkan kepada Allah... :)

Ini sahaja yang dapat erin kongsikan..Semoga bermanfaat. ;)




8 comments:

  1. Tq for sharing erin..betullah kata erin..bersangka baiklah dengan Allah.,Erin take care!

    ReplyDelete
  2. Subhanallah Erin! Happy for you. Jaga diri elok2 tau...may u have a smooth sailing pregnancy. Ummi pun pray for miracle to happen ni amiin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ummi, erin akan jaga diri elok2...Thanks.

      i'll pray for you dear... ;)

      Delete
  3. terima kasih untuk perkonsianni.. take care ye erin

    nak tanya, dekat mana erin bula telur ayam kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome zarith.. :)

      Zarith, erin beli telur ayam kampung kat supermarket Jusco Au2 kat setiawangsa. 10 biji RM5.6 kalau tak silap. tak sangka kat situ ada jual. cold storage wangsa walk pon ade. yang ni maybe ayam tu tak kena suntik je. tapi di bela secara komersial. kalau nak telur ayam kampung yang lebih pure, boleh beli kat pasar keramat. yang ni maybe ayam bela lepas. 60 sen sebiji. ;)

      Delete
  4. Salam Erin..
    Habatusauda tu biasanya lpas period bole mkn ke? Atau mcmn?

    ReplyDelete
  5. Hi erin kt mane u beli susu kambing hi goat ye?

    ReplyDelete