Thursday, 28 August 2014

BBT Chart during BFP Cycle..



BerBBT setiap hari bukanlah perkara yang mudah. Perlukan disiplin yang sangat tinggi. Walau mengantuk mcm mana pon, erin terpaksa juga bangun sebab nak melengkapkan BBT chart. kalau ada lompong2 mcm tak cantik pula chart.

Sebenarnya dah hampir 2 tahun erin berBBT. Gigihkan? hehehe... sebelum erin memulakan  fertility treatment lagi erin dah start berBBT. Chart semuanya normal. with solid cover line. Ovulation detected, suhu remains high until 13-14DPO, then it dropped dramatically.Itu chart sebelum start treatment. tapi bila dah start treatment. makan clomid, chart dah pelik sikit. makan Duphaston pon sama. Bila dah start nak buat IUI lagi la chart jadi haywire. Ovulation pon dotted line je. Agaknya suhu badan kita akan berubah kot bila bermacam2 ubat masuk dlm badan.

Erin sangat galakkan kawan2 TTC  sekalian untuk berBBT sebab daripada graph, kita boleh tahu bermacam2 masalah kesuburan. macam2 boleh detect. Antaranya ialah:

1. Waktu ovulation yang sebenar. memanglah ovulation boleh jugak kita detect pakai OPK tapi waktu sebenar ovulation terjadi adalah melalui BBT chart sahaja. Once OPK dah positive, 12-36 jam lagi baru kita akan ovulate. tapi bila? tu kena tanya BBT chart lah. hihi..

2. Sebenarnya PCOS pon boleh detect melalui kaedah ini. Apabila BBT chart suhunya naik turun naik turun like a rocky mountain, you have the possibility to have PCOS. You cannot detect when is actually the ovulation takes place. Lepas tu, tak nampak dengan clear follicular phase and luteal phase. Keadaan ini haruslah berlaku setiap kitaran tanpa sebarang ubat-ubatan barulah anda ada kemungkinan mengidap PCOS. tapi kalau sebulan je cycle pelik, that's normal. erin pernah baca dlm setahun akan ada satu cycle yang abnormal. salah satunya anovulatory cycle di mana seseorang itu tiada ovulasi berlaku dalam kitaran haidnya pada bulan tersebut.

3. Keseimbangan hormon. Seperti yang kita tahu hormon estrogen sangat penting utk pembesaran folikel. Luteinizing hormon (LH) pulak penting untuk mematangkan folikel. Itulah yang di kesan melalui OPK dan membuatkan OPK positive. Satu lagi hormon progesteron pula penting utk persediaan rahim semasa kehamilan. Daripada BBT graph pon kita boleh detect. Apabila ovulasi dikesan, contohnya dlm graph di atas, ovulasi berlaku pada CD16. 

CD1-CD15 - adalah follicular phase. Hormon estrogen adalah tinggi di sini.
CD17 onwards- adalah luteal phase. Make sure suhu tinggi di sini kerana kadar suhu yang tinggi menandakan hormon progestron kita cukup untuk menampung kehamilan. satu lagi, suhu yang tinggi haruslah maintain sehingga 12-14 hari iaitu 12DPO (Days past ovulation) ke atas kerana kalau seseorg itu mempunyai Luteal Phase yang singkat, ada kemungkinan susah utk sustain pregnancy apabila berlaku kehamilan nanti. Ia juga dipanggi Luteal Phase defect. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh la gugel sahaja. hehehe.. :p

So, nampak tak, daripada BBT chart pon kita boleh tahu sama ada kita ni ada masalah progestron yang rendah ke tak. Suhu tinggi = progestron tinggi. 

4. Dapat detect kehamilan. ini berlaku apabila suhu selepas ovulasi iaitu suhu di peringkat luteal phase maintain tinggi sehingga 14 hari ke atas.. you are most likely to get a positive pregnancy test. macam mana erin rasa kemungkinan erin pregnant adalah daripada BBT chart. erin jarang la pakai UPT every month sbb daripada graph pon dapat tengok suhu makin hari makin jatuh. so, membazir je la beli UPT. tambah pula sedih kalau negative. di sebabkan suhu badan erin maintain tinggi dah 16 hari...erin dah mula rasa something wrong...adakah betul erin pregnant? tengok2, mmg betul erin dah pregnant. Alhamdulillah. Kalau tengok chart kat atas tu, bila UPT positive, dia terus keluar garisan warna hijau. :)

Sekarang ni erin dah berhenti berBBT.. bila pregnancy dah detect, tak payah lagi la nak BBT. Tiba2, suatu hari erin bukak Fertility Friend application, erin dpt message ni..


Dengan itu, dengan rasminya erin akan stop berBBT. ;)


inilah termometer yang sentiasa erin gunakan pagi2 utk berBBT. selama 2 tahun tau. bateri  pun masih ada. x pernah padam. semangatnya termometer ni sama seperti kentalnya  semangat erin utk terus berTTC. inilah termometer yang banyak berjasa dan tidak pernah kenal erti putus asa.. :')

BBT chart ni adalah hadiah yang paling indah bagi erin.. erin dpt detect bila ovulation dan juga baby yang terhasil adalah daripada hari BD yang mana satu.. hahaha.. ni mmg baby bulan Syawal. kemungkinan embrio melekat pada uterus pada CD26 sebab ada temperature drop sedikit. 

Sekian...erin rasa dah banyak pulak membebel.. hihihi... next time erin tulis lagi yer..

7 comments:

  1. Ya Rabbi..gigihnya erin,semoga bermanfaat pada ramai ttc macam kita di luar sana..congrats n take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nuriz, inilah antara usaha & ikhtiar. ;)

      Erin nak share dengan semua TTCians kebaikan berBBT. Hanya TTCians sahaja yang boleh appreciate kaedah ini. Bagi orang yang senang dapat baby, silap2 x pernah dengar pon apa itu BBT..

      Delete
  2. Erin, bbt charting nilah yang saya sangat kagum ngan erin.. erin sangat istikomah hari hari cek suhu suhu. Ingat erin, ingat bbt charting.
    sepanjang baca blog erin.. tu lah yang saya nampak tentang erin.

    alhamdulillah... tak sia-sia amek suhu hari hari.

    Cuma nak tanya kot kot erin tahu. Saya on lucrin untuk 3 bulan. Jadi 3 bulan lebih saya takkan period. Perluke buat bbt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...hendak seribu daya kan? Erin cuba je apa2 kaedah yang erin rasa senang dan kaedah BBT ni jugak tak memerlukan cost yg tinggi. perlu beli termometer sahaja.

      Zarith, setahu erin la Lucrin ni sama juga fungsinya dengan Lupron kan di mana ia juga digunakan dlm IVF long protocol semasa down regulation. Rehatkan ovary. Dalam tempoh itu juga la ovulasi tidak akan berlaku buat seketika. So, Erin rasa tak perlu lah Zarith berBBT dlm tempoh pengambilan Lucrin sebab fungsi BBT adalah utk mencari hari ovulasi berlaku. Anyway, BBT must always starts at the 1st day of your period. Ni pon dah separuh jalan. Agak sukar utk membezakan follicular phase dan luteal phase.

      Erin pon bukannya arif sgt tentang ini. Ini cuma pendapat erin. Erin jawab berdasarkan pengetahuan erin sahaja. ;)

      Delete
    2. ha ah.. sama macam Lupron. Baru tahu guna untuk long protocol. Tapi doktor sekarang dah tak banyak guna long protocol.

      Haaa, itulah kan.. konon nak start berBBT 1st day period lepas inject lucrin. Which is dah period pun haritu. But then again, fikir-fikir balik, panjangya cycle kalini kalau buat BBT. Terus cam takyah lah lagi buat BBT. Bukan pun boleh pregnant dalam tempoh lucrin.

      Thanks for explanation Erin.

      Delete
  3. Hai erin. sangat setuju dgn zarith. erin sgt istikomah berBBT tiap2 hari. Jee sblm ni x penah tau psl BBT & knew it more thru your blog. alhamdulillah tak sia2 usaha erin. patience is what it takes. so mcm mana skrg? erin ade alahan ke? Best kan the feeling of being pregnant? Enjoy the moment while you can. Jee sentiasa doakan Erin sentiasa dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Jee.. ;D
      BBT kena byk bersabar aje dan juga disiplin.
      Erin baru je masuk 6 weeks. Muntah2 tak ade. cuma bila rasa loya tu, keluar angin sahaja. Betul Jee..the feelings of being preggy is very precious to me. Biarla org dok komplen2 sakit sana sini, muntah2. Bagi erin, inilah sakit yang dicari. ;)

      Delete