Mmg x sangka yang treatment kami suami isteri akan sampai ke tahap ini. bila erin cakap yang erin nak buat ivf kan, org mesti question kenapa nak buat ivf sedangkan usia masih muda. byk masa lagi nak berusaha. org yang tanya tu tak tahu pon usaha kita selama ini. dia ingat kita ni terus pergi hospital cakap nak buat ivf ke? padahal dah mcm2 dah kami lalui... makan pil, injection, IUI, etc... semua dan kami lalui. dah hampir setahun erin dan hubby buat treatment. tapi masih belum berhasil. mungkin Allah nak uji erin. kita yang TTC ni harusla kuat menghadapinya. ckp pasal usia ni kan, 29 tahun bukanlah muda sangat pon. kawan2 yang sebaya erin, yang kawin sama tarikh pon sekarang ni dan ada 2 org anak. yang baru kawin 5 bulan pon sekarang dah preggy. so, sampai bila nak tunggu baru nak buat ivf kan? ivf pon salah satu ikhtiar juga. berjaya atau tidak itu urusan Allah. kami tak nak lah dah lanjut usia baru nak buat. dokter pon suruh buat awal. nanti kalau buat lambat, quality telur pon dah kurang. betul tak? tadi erin borak la dgn sorg kakak ofismate ni. dia pernah buat IVF sekali dan 2 kali FET. tapi ketiga2 nya tak ade rezeki. erin kesian sgt kat dia tau. berkahwin dah dekat 10 tahun. dia ckp, dia dah tak larat nak menangis lagi. dah tak ade air mata lagi. nanti maybe dia akan cuba IVF lagi. sangat tabah.. erin tak tahu lah erin boleh jadi sekuat dia atau tidak. masa OPU, telur dpt byk tapi maybe kurang berkualiti sebab usia dia pon dah lanjut. erin doakan Allah kurniakan dia zuriat. siapa tahu kan? janji Allah itu pasti!
Ada 2 org kawan erin masa buat OPU tu dokter tak bius langsung! dorg kata mmg sangat sakit masa telur tu disedut. procedure di buat masa sedar.. ada x kawan2 ttc yang lain buat procedure OPU tanpa sebarang bius? erin rasa patutla ivf cost jadi murah sedikit sbb x de ubat bius. erin punya ivf nnt akan pengsan terus. x sedar. lega la sedikit mendengar. masa ET nnt kan, kita kena request ke kalau nak dokter kosong kan bladder? ET kan dibuat masa full bladder. erin ni pulak jenis yang cepat je nak shiii shiii. hahaha... masa IUI dulu punya la tahan kencing. dah la kena baring sejam..
sebenarnya erin ni nervous jugak nak buat ivf ni. dalam masa yang sama, x sabar pon ade.... x sabar nak jumpa dokter hari isnin ni. erin akan buat long protocol. rata2 daripada pembacaan blog ttc, ramai yang buat short protocol. ade yang kawan ttc yang buat long protocol? erin pon x tahu kenapa doc pilih long protocol ni.
okayla, nnt erin update lagi ye. tata! :D
salam. good luck Erin :)
ReplyDeletekalau Erin boleh tahan shi shi sejam masa IUI, kira ok la tu. mesti boleh tahan nanti masa ET :) kalau nak terkencing sangat boleh kecing sikit. tapi jangan kencing habis..hehe
Thanks Kak Pamela..u too..gud luck tau.
Deletepart kencing sedikit tu yang tak tahan tu..mesti nak lepas habis je. hihi.. :)
Good luck Erin,setuju dgn erin,lebih byk telur masa muda ni..inshaAllah dipermudahkan.,Amin..tp,sgt ngeri ok cerita tak bius ms opu..
ReplyDeleteyang penting telur tu berkualiti. sedikit pon x pe.. tapi nak la banyak kan. hihi. semoga ade frozen eggs nanti.
Deleteerin dengar cerita pon ngeri, apatah lagi yang merasa tu.
Erin, request je... Kalo tak mmg x senang baring lps et tu. Kalau dgn dr a, dia mmg akan kosongkan bladder after et. Even before et pon kalo banyak sgt air dlm bladder dia akan kkuarkan sikit so that kita selesa. I opt for pengsan terus...sakit wooo kalo x bius... Imagine jarum masuk and cucuk dari bawah....ngeri okeh... Hehehe...
ReplyDeleteNothing wrong with doing ivf. Ada rezeki bleh buat, buat la... Kalau org bising2, buat dono je erin... They are nit in our shoes, so their opinion does not matter. Smg Allah permudahkan... I plak yg excited tgk kawan2 start ivf. X sabar nak julakan treatment :-)
jom ST kite buat IVF sama2! :)
Deletetula, erin dah tanya nurse kat situ, doc akan kosongkan bladder. lega la sikit.
kalau OPU x bius, mmg erin menjerit dan menangis la kot dlm OT. haha..
tu la kan..erin pekakkan telinga aje bila ada yang bising2.
erin
ReplyDeletemy pengalaman le buat ivf kat gomen hosp (HSNZ, trg) dia buat OPU under sadation, i tido tp mimpi le dengar diorg ckp2 but tak rasa sakit... kejam oo kalau buat tak bius, dahle jarum panjang giler... n lepas ET doc akan letak tube kencing sbb nak kosongkan bladder
thanks mizz nor for sharing ur experience. ;)
Deleteooo..kira mcm separa sedar la ehh.. mcm tu okay sikit kan. erin rasa most hospitals akan bius & kosongkan bladder. Kawan erin ni buat kat Sime Darby Medical Centre. maybe package IVF dia mcm tu. mmg agak murah. tapi bila nak tambah bius, kena byr lebih la kot.
Semoga dipermudahkan segala urusan erin.. Saya pun buat ICSI masa umur 29 tahun.. Start inject semua bulan 1.. dan ET sehari sebelum birthday.. Saya buat di pantai.. kat sana semua kene bius penuh masa OPU.. Masa ET plak nnt bladder kite doc akan kosongkan melalui tiub kencing...
ReplyDeletethanks sizuka.. blog sizuka selalu erin jadi kan reference. mcm2 dugaan sizuka semasa ivf. alhamdulillah berjaya kan. ;)
Deletedoakan erin yer....
gud luck erin! saya pun dah jalani 2x ivf tapi rezki masih blm berpihak pada diri saya.Masih ada 1 frozen embrio dan x tahu bla nak fet lagi.Mayb rehat dulu tuk kumpul duit.. Walaupun kedua2 ivf saya failed..saya x menyesal buat ivf sebab sekurang-kurangnya saya mencuba dan berikhtiar tuk dapatkan zuriat sendiri..Pedulikan cakap2 negatif orang disekeliling awak..Kalo blh join mana2 group ivf whatsapp tuk dapatkan moral support dan tips dari kawan2 ivf yg lain.Sume ni blh naikkan semangat awk..kalo blm join blh tgk entri kt blog sy n tinggalkan phone number kt situ.Nanti sy suh admin add..ok erin...all da best ya...Insyaallah...
ReplyDeleteieda, gud luck to u too dearie... ;)
Deletebetul tu ieda...erin sgt takut pada kegagalan. tapi xpela, kita dah berusaha dan berikhtiar kan. drpd langsung x mencuba.
drpd pembacaan dan apa yang nurse kat clinic erin bgtau, frozen eggs peratus kejayaan utk preggy lebih tinggi drpd fresh transfer tau. bila ieda dah bersedia, buat la FET yer. ljgn lupa update! ;)