Sunday 30 March 2014

Rawatan Perubatan Islam

Jumaat lepas kitorg suami isteri cuti..salah satu sebabnye nak pergi ke pusat rawatan islam al-hidayah. sampai dlm 9.15am dapat nombor giliran pukul 9.40am. kat kertas tulis masuk 10am tapi nampak mcm lambat je nombor bergerak kitorg singgah bank dulu. sempat transfer duit masuk ASB. time ni la peluang nak gi bank. masa office hour. pastu terus ke Pusatan Rawatan Islam Al-Hidayah. bukak je pintu, terus nombor dipanggil. terasa VIP sangat. haha.... 

Jumpe ustaz. ustaz tanya la sejarah perkahwinan kami, ape rawatan kesuburan yg dah buat. memula ustaz 'scan' hubby. dia kate ade gangguan. pastu 'scan' erin pulak..masa tgh 'scan' tu, ustaz suruh baca 'Lailahaillallah' dalam hati.rasa la mcm kebas2 sikit..pastu ustaz kate erin pon ade gangguan jugak. :( lepas tu ustaz bagi potongan2 ayat al-quran yang kami kena baca iaitu:

1. Surah Al-Mu'minun ayat 105-118. baca 3 kali semasa waktu siang hari. sebaik2nya lepas solat subuh, zohor atau asar

2. Surah Al-Fussilat ayat 25-44. baca 3 kali jugak pada waktu malam. sebaik2nya lepas solat maghrib atau isyak.

kebetulan surah2 kami kena baca sama. maybe ade jugak kes yg husband x sama dgn wife. 
ustaz juga ade bagi air penawar utk diminum. sebelum minum kena baca Al-Fatihah 3 kali diikuti dgn selawat nabi 3 kali.

erin berharap erin dan hubby akan terus istiqamah dlm membaca surah2 yg ustaz bagi ni. lepas 3 minggu, ade rawatan susulan lagi. ustaz nak tengok perkembangan. hihi..dah mcm dokter dah. 

perubatan moden kita cuba, tapi perubatan cara alternatif pon harus diusahakan juga. semoga Allah memberikan kami rezeki zuriat..InsyaAlllah...

Jumlah rawatan: RM50 seorang. (suami isteri dah jadi RM100 la)

7 comments:

  1. erin - pusat perubatan al hidayah tu kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm akak yg nyebuk reply ^_^ pusat rwtn tu kat setiawgsa. yg pak mertua ashraf muslim punye tu. dorg siap ada ambulance lg. ada rwtn pesakit luar n wad. ust lomkan mmg terkenal bjaya menyembuhkan ramai pesakit terutamanya kanser. gud luck erin. moga ada rezki kita tahun ini

      Delete
    2. Thanx Kak baby tolong reply. Haah, kat setiawangsa mag. betul, ustaz Lokman banyak menyembuhkan penyakit kanser. siap ada buku lagi tentang rawatan melalui mukjizat ayat2 al-quran.

      InsyaAllah...semoga ada rezeki kita. ;)

      Delete
  2. InshaAllah, semua tu kira usaha... Moga Allah berkati usaha erin n hubby...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn..sama2 ST... terus berusaha dan terus berdoa. ;)

      Delete
  3. Assalamualaikum wbt. Sedikit nasihat berdasarkan pengalaman. RM100 tu awak simpan untuk tabung rawatan moden (ivf) mungkin lebih bermanfaat. Saya bukan menolak / anti rawatan islam. Tapi amat menghairankan apabila perawat boleh memberitahu pesakit jumlah jin dalam badan dan boleh melihat jin/benda yang ghaib. Saya tahu kerana kami sendiri pernah mendapatkan rawatan tersebut. Bukankah Anak Haji Lokman / Isteri Ashraf Muslim yang juga seorang doktor sendiri masih belum hamil ?? :). Saya bukan anti Haji Lokman / Ashraf Muslim dan rawatan Islam. Tetapi biarlah mengikut rawatan yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w dan tidak mempunyai unsur yang meragukan. Cubalah cara rawatan lain yang boleh mengelakkan benda benda yang meragukan yang berselindung di sebalik 'menggunakan ayat ayat Al Quran'. Bukankah rawatan moden juga adalah rawatan perubatan islam?. :) Usia perkahwinan kami hampir mencapai 9 tahun dan masih TTC seperti anda. Semoga Allah s.w.t menjauhkan kita semua dari sifat mengenal putus asa dan sentiasa memperbanyakkan doa kepada Allah swt. InsyaAllah. :). - "Demi Masa! - Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " Al Quran Al-'Asr : 103.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Najmi..terima kasih atas nasihat. erin x boleh nak komen byk pasal ni. Cuma melalui pengalaman erin, ustaz cuma bgtau ada gangguan. x pula bgtau berapa ekor jin. ye, mmg isteri ashraf muslim belum ada rezeki zuriat lagi tapi itu semua dtg drpd Nya. Buat pengetahuan Najmi, erin skrg pon masih lagi membuat rawatan moden. rawatan ini hanyalah sebagai alternatif lain. Apa yang boleh erin katakan, mmg ada perubahan dlm diri selepas mengamalkan ayat2 al-quran yang diberikan itu. ;)


      Delete